Sunday, 3 February 2013

Kibune Jinja 貴船神社.

Berpeluh-peluh saya dipagi yang nyaman kerana akhirnya saya berjaya juga mendaki sehingga ke puncak Gunung Kurama yang terletak di Kyoto.Saya seterusnya berjalan menuju ke Kibune Jinja yang terletak berhampiran kaki gunung tersebut sambil menikmati keindahan musim luruh yang cukup mempersonakan. Kemerahan dedaun momiji yang saya dapat lihat disepanjang perjalanan tersebut sukar untuk saya jelaskan dengan kata-kata. Ianya dihiasi pula dengan anak-anak sungai yang jernih serta mengalir lesu.

Terdetik dihati saya untuk kembali semula ke sini pada bulan Disember nanti.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 30 January 2013

Kembara Jepun : Kita Bukan Photogenic !

Saya sedar yang saya bukan seorang yang photogenic! Gambar saya juga tidak laku untuk menjual majalah. Pendek kata, saya lebih selesa berada di belakang kamera daripada berdiri dihadapan kamera. Sebab itulah hampir keseluruhan gambar-gambar di dalam blog saya dipenuhi dengan gambar isteri dan anak-anak.

Ada kalanya, Naomi dan anak-anak cukup mendesak saya untuk diambil gambar.Haaa..terpaksalah juga terpacak berdiri dan membiarkan Nana & Erika mengambil gambar-gambar saya :) 

Nikon D3000  50mm  1/200 sec F/2.8 ISO 200 @ Nara, Jepun.

Nikon D3000 50mm  1/125 sec F/2.8 ISO 100 @ Nara, Jepun.

Nikon D3000 50mm  1/400 sec F/2.8 ISO 200 @ Naruto,Jepun.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, 29 January 2013

Renovasi Rumah 2013.

Alhamdulillah. Setelah hampir 2 bulan kerja-kerja renovasi rumah dijalankan, akhirnya sebahagian daripada bahagian rumah telah pun siap. Walaupun habis kawasan sekeliling rumah dipenuhi dengan debu dan sisa-sisa kerja pembinaan, saya cukup berpuas hati dan tidak sabar menantikan keseluruhan kerja-kerja tersebut siap.

Hari ini, kerja-kerja pemasangan lampu akan dijalankan sebelum pekerja binaan menyambung semula kerja renovasi dibahagian dapur. Insya allah - mungkin dalam masa sebulan lagi semuanya akan siap.

Sebelum (Before)

Selepas ( After )

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 27 January 2013

Nikon 17-55mm f/2.8 DX AF-S

Terima kasih saudara Noriaki Hishinuma, wakil penjualan daripada syarikat Matsuiya International Kanagawa , Jepun diatas bantuan beliau menguruskan proses penghantaran lensa terbaru saya iaitu Nikon 17-55mm f/2.8G DX AF-S terus ke Malaysia daripada Jepun. Lensa yang memang menjadi buruan saya sejak sekian lama ini akhirnya berjaya juga saya perolehi pada harga yang cukup berpatutan ( Jauh lebih murah daripada harga pasaran sekarang iaitu RM6,000 ataupun 179,000 JP Yen ).

Insya allah, saya akan cuba untuk upload gambar-gambar terbaru dengan menggunakan lensa baru tersebut.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 20 January 2013

Kembara Ke Kepulauan Shikoku & Lautan Pasifik.

Saya ke Kepulauan Shikoku, Jepun semata-mata ingin mencuba Katsuo - iaitu hidangan ikan tuna bakar bersama ramuan istimewa dan cukup terkenal di sini. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke Istana Kochi yang terletak betul-betul di tengah bandar Kochi. Sepanjang lawatan saya ke sana, saya juga sempat melawat tugu peringatan Chiyo iatu isteri pintar Yamauchi Kazuyoto salah seorang samurai terbilang.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, 19 January 2013

Menongkah Arus Kemajuan....

Nikon D300  50mm ISO 200 1/800 Sec f/1.8

Sekeping gambar yang saya ambil awal pagi tadi semasa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Kelihatan puluhan kerbau dan burung-burung bangau bertaburan diatas kehijauan kawasan sawah padi yang terbentang luas sejauh mata memandang di Pulau Langkawi.

Persoalannya; masih adakah lagi pemandangan mengasyikkan sebegini dimasa akan datang memandangkan banyak sudah kawasan sawah padi yang telah ditebus guna menjadi kawasan taman perumahan ?

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 6 January 2013

Naruto : Pusaran Air Laut Gergasi

Saya ke wilayah Tokushima bulan lepas dalam siri jelajah Jepun untuk tahun 2012. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya ke Naruto untuk menyaksikan sendiri pusaran air bersaiz gergasi ! Saya cukup terpegun malah tidak percaya yang saya telah  sampai ke sini untuk menyaksikan sendiri kuasa Allah s.w.t

Moga-moga saya berpeluang untuk datang ke sini lagi pada masa akan datang.
Insya Allah.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday, 3 January 2013

Tamron 70-200mm F/2.8 (Bahagian 2)

Bercakap tentang lensa untuk potret, ramai yang memikirkan hanya lensa siri 80mm atau 50mm sahaja yang mampu menghasilkan imej yang berkualiti. So, apa akan jadi untuk orang seperti saya yang meminati mengambil gambar-gambar potret tetapi tidak mampu untuk melabur atau memiliki untuk lensa-lensa mahal seperti Nikon 80 f/1.4 ? Saya akhirnya mencuba lensa zoom 70-200mm f/2.8 Tamron yang saya beli pada bulan May tahun lepas untuk sesi potret dan hasil gambar tersebut agak tajam dan berkualiti.

Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 70mm ISO 400 1/40 sec 

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 30 December 2012

Lagi Cerita Jelajah Kamogawa ( Sungai Kamo).....

   Saya keluar untuk sesi fotografi pagi tersebut sambil mencuba kombinasi kamera Nikon D3000 yang dipadankan bersama lensa Tamron 70-200mm f/2.8. Walaupun kamera Nikon D3000 tidak mempunyai kepantasan seperti Nikon D2H (8 fps), ternyata hasil gambar yang dihasilkan agak mengejutkan.

Nikon D3000 95mm  ISO 100 1/1250 sec F/2.8

Nikon D3000 78mm  ISO 100 1/1250 sec F/2.8

Nikon D2H 70mm  ISO 250 1/2000 sec F/2.8

Nikon D2H 98mm  ISO 280 1/2000 sec F/2.8

Nikon D3000 200mm  ISO 450 1/1250 sec F/2.8

Nikon D3000 80mm  ISO 360 1/1250 sec F/2.8

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, 29 December 2012

Brazilian Washuzan Highland Park, Okayama ( Part 1)

Saya takut pada ketinggian.Gayat ! Malah, saya cuba mengelak daripada dijerat oleh anak-anak yang mahukan saya turut bermain roller coaster sewaktu lawatan saya ke Brazilian Washuzan Highland Park di Okayama, Jepun tempoh hari.

Walaupun dicabar, saya tetap berdegil lalu membiarkan Naomi dan anak-anak saja menjerit-jerit bermain roller coaster tersebut............

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, 22 December 2012

Renovation 2012 !!!!

Minta maaf kerana kurang aktif menulis blog semenjak kebelakangan ini. Bukannya apa, saya terlalu sibuk dengan renovation rumah yang saya beli tempoh hari. Banyak benda yang harus dilakukan - bermula dari pesanan barang-barang pembinaan sehinggalah kerja kerja mencuci debu-debu disekitar rumah.

Insya allah, saya akan lebih aktif apabila selesai kerja-kerja pembinaan nanti...   

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 16 December 2012

Chiyo & Tomoe Gozen ?

Lawatan pendek ke Istana Hiroshima tempoh hari telah menyebabkan kedua-dua
anak kembali semula ke zaman kuno Jepun.Nama-nama wanita hebat seperti Chiyo dan Tomoe Gozen mula meniti di bibir mereka. Saya agak bernasib baik kerana Istana Hiroshima menyediakan ruang untuk sesi photografi tanpa sebarang bayaran dikenakan. Lebih menyeronokkan lagi, pakaian perisai samurai ataupun yoroi juga disediakan untuk anda bergaya.   
  
Nikon D3000 50mm 1/60 sec F/1.8 ISO 100

Nikon D3000 50mm 1/60 sec F/1.8 ISO 100

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Friday, 14 December 2012

Mitsubishi "Zero" ! Eien No Zero ! - All Boys Dream Of Flying

Isteri saya Naomi pernah menceritakan kepada saya tentang buku hebat karya Naoki Hyakuta berjudul Eien No Zero ataupun Eternal Zero. Punyalah hebat impact buku tersebut serta berkesannya penulisan Hyakuta tentang protagonist utama Kyuzo Miyabe hinggakan Naomi mengajak saya sendiri terbang ke Hiroshima bagi mencari  Zero serta mempelajari tentang sejarah pesawat tempur tersebut. Kepada peminat sejarah yang memahami tentang perang dunia kedua dan Pacific Theatre , sudah tentu anda tahu akan kehebatan pesawat ini menentang pesawat Allied  F4F Wildcat.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut cerita-cerita duel dan dogfight hebat seperti Saburo Sakai menentang James "Pug" Southerland dan sebagainya.

Yamato Museum Kure.
Another few shots with the legendary "Zero" fighter.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid

misunderstanding. Thank you..

Thursday, 13 December 2012

Oh Kure..............!

KURE, bandar persisiran lauti ni diasaskan pada 1hb Oktober 1902. Sehingga akhir Perang Dunia II, ia telah berkhidmat sebagai pusat tentera dan tentera laut. Kure merupakan tempat asal kilang kapal perang terbesar yang pernah dibina iaitu IJN Yamato.
Sebuah bandar yang cantik dan bersih.Ianya mengingatkan saya kepada lawatan saya ke pangkalan TLDM di Lumut tempoh hari.  

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday, 10 December 2012

Hiroshima - The Genbaku Dome

Saya terkedu berdiri dihadapan A Dome di bumi Hiroshima. Saya jadi celaru terkenangkan segala cerita tentang kezaliman manusia sesama manusia. Enam puluh tujuh tahun yang lalu, sebutir bom atom telah digugurkan tanpa sebarang amaran di  bandar Hiroshima.
Letupan daripada bom tersebut cukup dasyat ! Kesannya juga membawa malapetaka radiasi selama bertahun-tahun. Seratus empat puluh ribu orang terbunuh dan majoriti daripada angka tersebut adalah wanita dan kanak-kanak dan bukan musuh yang di cari iaitu tentera Jepun!

Puluhan ribu mangsa lain meninggal dunia akibat keracunan radiasi dan ramai juga yang menjadi cacat ! Beberapa hari selepas pengeboman tersebut, akhirnya Radio Tokyo mengumumkan bahawa Maharaja Jepun telah menerima terma Amerika untuk menyerah kalah. Maka seluruh dunia bersorak gembira dan percaya yang Amerika telah menyelamatkan dunia. Rata-rata penduduk dunia pada masa itu (sehingga hari ini) percaya bahawa bom atom tersebut telah menyebabkan perang berakhir serta berjaya "menyelamatkan" jutaan nyawa yang mungkin akanhilang jika Amerika bertekad untuk menyerang tanah besar Jepun secara habis-habisan. Ada satu ketika, saya sendiri percaya yang pengeboman tersebut adalah tindakan yang wajar dilakukan bagi menamatkan perang dunia. Namun setelah saya sampai ke sini, barulah saya mengetahui yang tindakan tersebut adalah tidak tepat dan tidak adil. Terlalu banyak pembohongan dilakukan bagi mengelak daripada serangan tersebut diketahui umum. Banyak cerita-cerita karut direka supaya dunia dapat menghalalkan pengeboman zalim tersebut. Daripada perbualan saya dengan penduduk veteran tempatan, angka kematian awal yang dilaporkan juga adalah tidak tepat malah jauh dari angka sebenar. 

Saya juga mendapati yang cerita tentang pesawat tentera udara Amerika yang menggugurkan risalah khas di bandar-bandar Jepun sebagai amaran untuk berpindah kepada penduduk awam Jepun adalah cerita karut ! Hakikatnya, risalah tentang serangan tersebut hanya digugurkan di bandar-bandar tersebut selepas Hiroshima dan Nagasaki telah musnah dijilat api.

Ah.. manusia...we are animals and we just pretend to be civilized !!!!!