Thursday, 12 March 2015

Gunung Fuji & 5 Tasik Keramat.

Untuk makluman, terdapat 5 tasik utama disekitar Gunung Fuji. Ianya terdiri daripada Tasik Kawaguchi ,Tasik Yamanaka, Tasik Saiko, Tasik Shujiko dan yang terakhir adalah Tasik Motosuko. Sekiranya anda mempunyai banyak masa terluang sewaktu anda berada disini, anda dinasihatkan harus melawati kesemua 5 tasik tersebut untuk menikmati keindahannya. Tetapi sekiranya ditakdirkan anda kesempitan masa, saya syorkan anda melawat saja ke Tasik Kawaguchi. Selain daripada dapat menyaksikan pemandang Gunung Fuji yang cukup menakjubkan disini ( Tasik Kawaguchi) , segala kemudahan asas seperti taman riadah dan kedai-kedai makanan lebih mudah didapati disini.
 
Oh ! Bercakap atas pengalaman, saya juga berpendapat lawatan pada musim luruh dan sejuk lebih manarik berbanding dengan musim-musim yang lain kerana pada ketika ini Gunung Fuji sudah kelihatan seperti memakai serban putih (bersalji). Dan percayalah, tiada apa lagi yang lebih menarik selain daripada dapat menyaksikan sendiri Gunung Fuji diselaputi salji tebal sebegini.
 
Ianya satu pemandangan yang indah lagi mengujakan !
 
Nota Kaki : Harus diingatkan juga tentang masalah kabus tebal yang sering melanda Tasik Kawaguchi pada bulan Januari yang mana boleh "menghilangkan" Gunung Fuji dari pemandangan anda. 

 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Monday, 9 March 2015

Gokonomiya-jinja, Kyoto : Menjejak Langkah Kuroda Kanbei.

Gokonomiya-jinja ini terletak agak hampir dengan rumah saya di Kyoto. Walaupun namanya tidaklah gah seperti Kinkaku-ji ataupun Byodo-in, tetapi sebenarnya ianya cukup popular sebagai salah satu daripada 100 shrine yang mempunyai mata air yang asli di Jepun. Terletak di daerah Fushimi, Kyoto ianya kini mula dilawati pengunjung selepas umum mendapat tahu yang ianya pernah dilawati oleh Kuroda Kanbei (bapa kepada Kuroda Nagamasa), samurai hebat yang pernah memerintah wilayah Fukuoka pada satu ketika dahulu. 
 
Terima kasih jugalah kepada stesen siaran NHK yang menyiarkan drama taiga "Gunshi Kanbei" dan juga kerana tidak pernah jemu-jemu mempromosikan tempat-tempat sebegini untuk dilawati.
 
Nah, saya "belanja" disini beberapa keping gambar yang di ambil tempoh hari.

 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 8 March 2015

Nagoya Jurnal : Tentang Kato Kiyomasa & Topeng Noh.

Terlalu banyak kisah menarik sewaktu saya berada di Nagoya tempoh hari. Pertama, saya masih mampu menikmati pemandangan dedaun merah momiji walaupun musim sejuk ( momiji selalunya merah pada musim mluruh). Kedua, saya berpeluang melawat ke tugu Kato Kiyomasa, seorang samurai terbilang pada zaman Azuchi - Momoyama yang terletak betul-betul berhampiran pintu masuk Nagoya Castle. Ketiga, saya berpeluang mencuba sendiri topeng muka Noh yang cukup terkenal sewaktu pementasan tradisional Jepun.
Apa yang lebih menarik lagi, ketiga-tiga pengalaman tersebut saya alami hanya pada radius 500 meter dari Nagoya Castle dan tanpa perlu berjalan jauh !
  
 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday, 7 March 2015

Artsy Fartsy : Fuji-san & Ultraman ウルトラマン

Saya ambil gambar ini semasa dalam perjalanan dari bandar Shizuoka, Jepun menuju ke Yaizu Sakana Center. Pantulan sinaran matahari yang menembusi cermin tinted kereta membuatkan saya dan anak-anak saya ketawa kecil seketika.Ianya cukup unik dan menarik. 
Nana & Erika berkata ianya seolah-olah Ultraman sedang muncul dari atas gunung Fuji semasa gambar ini diambil.

Hmmmmmmmmmmmmm....  

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Friday, 6 March 2015

Ratusan Penjaga Roh Kanak-Kanak Di Perkuburan Zojoji, Tokyo.

Terdapat ratusan patung-patung Jizo di tanah perkuburan kanak-kanak berhampiran Zojo-ji Shrine di Tokyo.Selain dihiasi dengan permainan kanak-kanak seperti pinwheels dan juga bunga-bunga, hampir keseluruhan patung Jizo ini juga dihiasi dengan baju-baju hiasan serta napkin yang cukup berwarna-warni. Saya juga mendapati terdapat ukiran pada bahagian belakang di sesetengah patung-patung Jizo ini dan besar kemungkinan ianya adalah nama kanak-kanak yang meninggal tersebut. 

Terdapat juga nota-nota sedih dan puitis yang ditulis oleh ibu-bapa kanak-kanak tersebut yang diselit pada celahan patung-patung Jizo ini. Bermacam-macam yang ditulis - daripada nota meminta maaf kerana terlalu mengabaikan kanak-kanak tersebut sewaktu mereka masih hidup hinggalah kepada nota-nota bualan seharian.

 Banyak lagi yang ditulis tetapi terlalu menyedihkan dan tidak tergamak untuk saya berkongsi di sini. 