Untuk makluman, terdapat 5 tasik utama disekitar Gunung Fuji. Ianya terdiri daripada Tasik Kawaguchi ,Tasik Yamanaka, Tasik Saiko, Tasik Shujiko dan yang terakhir adalah Tasik Motosuko. Sekiranya anda mempunyai banyak masa terluang sewaktu anda berada disini, anda dinasihatkan harus melawati kesemua 5 tasik tersebut untuk menikmati keindahannya. Tetapi sekiranya ditakdirkan anda kesempitan masa, saya syorkan anda melawat saja ke Tasik Kawaguchi. Selain daripada dapat menyaksikan pemandang Gunung Fuji yang cukup menakjubkan disini ( Tasik Kawaguchi) , segala kemudahan asas seperti taman riadah dan kedai-kedai makanan lebih mudah didapati disini.
Oh ! Bercakap atas pengalaman, saya juga berpendapat lawatan pada musim luruh dan sejuk lebih manarik berbanding dengan musim-musim yang lain kerana pada ketika ini Gunung Fuji sudah kelihatan seperti memakai serban putih (bersalji). Dan percayalah, tiada apa lagi yang lebih menarik selain daripada dapat menyaksikan sendiri Gunung Fuji diselaputi salji tebal sebegini.
Ianya satu pemandangan yang indah lagi mengujakan !
Nota Kaki : Harus diingatkan juga tentang masalah kabus tebal yang sering melanda Tasik Kawaguchi pada bulan Januari yang mana boleh "menghilangkan" Gunung Fuji dari pemandangan anda.
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.
All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.