Tuesday 27 February 2018

Lepasan SPM : Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Tawaran IPT & Biasiswa Mudah.

Sewaktu saya hendak keluar dari rumah untuk mengambil gambar suasana pagi di Pulau Langkawi, saya nampak berlambak-lambak surat dalam peti surat yang abang posmen selitkan.Boleh dikatakan hampir kesemua surat-surat tersebut ditujukan untuk Nana, anak sulong saya yang kini sedang menunggu keputusan SPM. Surat-surat tersebut datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Ada yang bersampul kecil, ada yang besar, yang berwarna warni, yang panjang dan ada juga yang pendek. Nak tahu surat apa? Heh..Semuanya surat tawaran masuk ke IPT dan universiti-universiti swasta! Ini termasuklah juga biasiswa-biasiswa pelik lagi tak masuk akal.

Selain daripada surat tawaran, berjela-jela juga promosi dan prospektus yang disertakan. Kelayakkan masuk pun punyalah senang. Kalau dapat 2-5 kepujian, dah gerenti boleh masuk. Guna keputusan percubaan pun boleh. Eh? Senang benar. Dah la tu, kalau setuju dengan tawaran pun, boleh main hantar persetujuan melalui Whatapps jer. Salinan dokumen-dokumen pun tak perlu di cop pengesahan. Tapi yang paling penting, jangan lupa bawa duit RM500 untuk pendaftaran! Amboi!

Anyway, saya tak nak komen apa-apa la. Bukan niat saya nak demotivate sesiapa. Saya pun bukanlah pandai sangat.Tapi sebaik-baiknya, kalau ada anak-anak dekat luar sana yang mengalami “peristiwa” yang sama seperti saya, janganlah terlalu rambang mata. Saya nasihatkan, tunggulah dulu keputusan SPM yang sebenar keluar nanti. Janganlah terburu-buru. Kalau dapat keputusan yang bagus, insya allah, banyak lagi peluang yang akan muncul tiba. Sabarlah. Kalau inginkan kepastian, saya cadangkan agar ibu bapa dan adik-adik refer dulu dengan guru. Lagi pun, bukannya murah harga  untuk Diploma dan Ijazah yang ditawarkan di IPTS. Bergolok-bergadai pun belum tentu boleh dapat duit secukup itu. Ada yang RM20 ribu, ada yang RM30 ribu malah RM50 ribu pun ada. Manalah ibu-bapa nak cekau cari duit sebanyak tu.

By the way, siapalah yang pandai-pandai mendedahkan alamat rumah dan nombor- nombor telefon kita kepada pihak ketiga ni?

Hmmm.. Apa apa pun, sebelum terlupa, saya kongsikan beberapa gambar waktu pagi yang diambil di sekitar Pulau Langkawi.

All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday 24 February 2018

Street Photography At Shirakawago

Not bad eh !

All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday 15 February 2018

Pulau Langkawi : HDR Photography With Iphone 7+

 One of the most wonderful aspects of Langkawi is that it has so many treasures – usually hidden in plain sight – such that you never run out of new discoveries..

All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday 8 February 2018

Street Photography : I Love Alor Setar

All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday 7 February 2018

Rahmat Pagi Rabu !

Sewaktu keluar membeli kuih-muih pagi tadi, saya nampak ada banyak lagi "orang-orang lama" yang begitu sihat lagi bertenaga.Mereka bukan saja segak bergaya malah mereka kelihatan begitu "rugged" bermotosikal,berbasikal dan berjalan kaki ke surau bagi menunaikan solat subuh. Begitu bersemangat!

Tertanya-tanya juga saya apa rahsia mereka.

Alangkah bertuahnya mereka ini yang dirahmati Tuhan serta diberi umur yang panjang. 

Bagaimana pula dengan kita?

Pening juga saya memikirkannya...

All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Saturday 3 February 2018

Istana Sepachendera : A Place Where Nightmares Are Real.

Istana Sepachendera, Kampung Baru, Alor Setar Kedah.
 This used to be one of the most beautiful buildings in Alor Setar but now in ruins and spirits walk within its wall. Rumours have been spread that the Japanese Kenpeitai (Notorious Secret Police) used this place to torture POWs during WW2 rather than to treat them and since then there have been screams heard amongst the rooms of the building.

Anyway, I passed through the area yesterday with Naomi, never once recite anything (3 Qul , whatsoever) and thank God the ghost never appear in my room or my dream last night. I told Naomi that we should never give a flying f@cK of the recurrent reports of a ghostly apparition being seen around here but instead we should be more worry and concern of those sinister politicians that keep stealing our stuff !!

 Untuk makluman, saya pernah bersekolah disini  dan anda dapat melihat dengan jelas Istana Sepachendera berdiri megah didalam gambar "old skool" di atas.

Hancur luluh hati saya sewaktu kali pertama menjejakkan kaki semula ke sini selepas hampir 34 tahun saya meninggalkannya.Kawasan yang dahulunya cukup bersih lagi menarik serta dipenuhi pokok-pokok berusia lebih ratusan tahun kini dipenuhi rumput lalang dan berkemungkinan besar menjadi sarang penagih dadah.

Malah keadaan Istana Sepachendera ataupun Istana Kampung Baru yang terletak disini dan pernah dibina oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid pada tahun 1882 ini juga berada dalam keaddan yang cukup menyedihkan.Saya tidak pasti apakah tindakkan seterusnya daripada pihak berkaitan - sama ada membiarkan Istana tersebut jatuh sujud menyembahi bumi ataupun memang terdapat rancangan untuk pemulihan.

Untuk makluman, saya ada menulis sedikit nota kepada pihak terbabit namun sehingga hari ini tiada sebarang jawapan yang saya terima. Mungkin sibuk atau tidak berminat, wallahualam.

All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Friday 2 February 2018

Terima Kasih Daun Keladi, Saya Kini Kembali.

Semenjak berblogging selama lebih tujuh tahun, saya tidak pernah membiarkan blog saya "bersawang" hampir 4 bulan rasanya. Bukannya tiada benda untuk menulis tetapi rasa seperti malas pula.

Apa-apa pun, alhamdulillah, pagi tadi sewaktu saya keluar bermotosikal di perkampungan berhampiran Makam Mahsuri tiba-tiba semangat untuk menulis datang pula. Mungkin kerana mendapat inspirasi daripada hiasan kereta uzur milik Pak Malau Nasi Dagang ini atau mungkin kerana suasana sunyi di sini.

Insya Allah, moga-moga tahun 2018 ini saya boleh menulis lebih banyak lagi terutama sekali tentang Pulau Langkawi atau apa-apa jua mengenai negeri Kedah.

All images copyright @ 2018 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Tuesday 22 August 2017

Life Begins At 40: Saya harus mencari hidup baru !

Semenjak umur mencecah angka 4 series ni, banyak benda yang berlegar-legar di ruang kepala.Fikir tentang duit, fikir tentang hidup bermasyarakat, fikir tentang masa bersama keluarga, fikir tentang masa depan dan bermacam-macam lagi. Saya akui yang kehidupan saya sebagai salah seorang tourism player yang banyak telibat dalam bidang operasi hotel ini adakalanya cukup stress walaupun gaji yang saya terima agak cukup lumayan. Saya dapat lebih daripada apa yang orang lain berkelulusan tinggi dapat walaupun saya hanyalah belajar setakat SPM.

Mungkin ramai yang mengangap saya cuba memberi alasan. Tapi tidak ramai yang tahu bahawa masa yang saya habiskan di tempat kerja adakalanya cukup melampau memandangkan demand perkerjaan saya yang sedemikian. Dan tiba-tiba saya mula berfikir, betullah apa yang orang tua-tua selalu katakan bahawa duit bukanlah segala-galanya walaupun segala-galanya memerlukan duit! Ye lah, kalau dah berhenti kerja nanti, macam mana nak bayar pinjaman perumahan? Bil-bil lain? Insuran? Itu pun nak kena fikir juga walaupun isteri masih lagi bekerja dan mampu untuk menanggung keluarga untuk sementara.

Sejujurnya, semenjak kebelakangan ini, saya banyak memujuk hati supaya bersabar. 
Ah! mungkin saya patut bersabar dan berkerja selama setahun dua lagi. Bukan senang hendak mencari pekerjaan lain sekarang ini. Tapi naluri saya pula menjerit-jerit supaya saya lupakan saja pekerjaan saya sekarang.Cuba-cubalah belajar keluar dari kepompong kehidupan yang cukup tertekan yang mana selama hampir 20 tahun saya survived ini. Cukup-cukuplah menjadi hamba kerja. Tetapi isunya sekarang, apa pekerjaan lain yang saya boleh lakukan? 

*****

Lewat petang tersebut, saya berjalan keluar menuju ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Punyalah ramai manusia yang keluar masuk ke pulau ini hanya Tuhan saja yang tahu. Saya pasti, dalam satu bulan, ratusan ribu pelancong datang ke sini. Saya juga percaya, angka yang saya sebutkan ini pasti bertambah dikala cuti sekolah menjelma.Tiba-tiba hati saya mula terdetik - alangkah bagusnya sekiranya saya boleh melakukan sesuatu dengan kebanjiran pelancong yang datang melawat? Alangkah bagusnya sekiranya saya mampu mengambil peluang di depan ini dengan mendapatkan RM1.00 dari setiap seorang? Khayalan? Mungkin juga tidak? Maksud saya, saya ingin menjadi sebahagian daipada "penerima" wang yang dibelanjakan oleh pelancong-pelancong ini. Tetapi bagaimana? Berniaga kiosk kecil-kecilan? Membuka gerai makanan? Kereta sewa? Membuka agensi pelancongan?

Sebaiknya, saya tidak harus membuang masa lagi. Saya harus melakukan sesuatu bagi menjamin masa depan sekeluarga.

Ah! Ulat dalam stone pun boleh cari makan!

                                                                               Bersambung...................

All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday 20 August 2017

Wordless Sunday : Nikon D3000 Sample Images. Not Bad Eh.....

Sekeping dua gambar yang diambil sewaktu lawatan ke Mampuku-ji di Kyoto tempoh hari.

All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Tuesday 15 August 2017

Dengarlah Nasihat Isteri.............

Kadang-kadang betul juga apa yang Naomi selalu leterkan kepada saya - "Motor ni, kalau beli RM2O ribu ke, RM30 ribu ke, kalau hujan basah kuyup juga"! Tetapi maklumlah, lelaki ni kadang kadang ego dia tinggi sangat. Selalu ingat dia betul.Selalu ingat dia pandai.

Nah ! Dalam bulan Ogos ni, hampir 2 minggu hujan turun tidak berhenti-henti dibumi Langkawi. Nak keluar pergi kerja pun susah. Lebih teruk lagi, hari ini off day pula. Nak naik motor ke mana pun tak boleh.
Kalau fikirkan balik, betullah apa yang isteri selalu cakapkan. Dia bukan jealous sebab tak boleh ikut sekali kerana single seat tetapi kerana dia sayangkan suami dia.

Nasihat saya pada suami luar sana pula, dengarlah cakap isteri. Bukannya nak rugi apa-apa pun !

All images copyright @ 2017 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.

Sunday 6 August 2017

Kyoto Street Photography: Took My New Iphone 7 Plus For A Spin !

Buat pertama kalinya saya tinggalkan kamera DSLR, bag, lensa, tripod serta alatan fotografi di rumah dan keluar ke Bandar Kyoto hanya "bersenjatakan" telefon bimbit Iphone 7 plus. Walaupun berasa agak janggal tetapi saya akui yang saya berasa agak selesa berjalan-jalan tanpa bebanan dengan peralatan. Badan terasa agak ringan serta seronok!

Petang tersebut, saya habiskan masa bersama Naomi berjalan-jalan di sekitar sungai Kamogawa sementara menantikan masa yang sesuai untuk makan malam berhampiran Shijo. Punyalah ramai pelancong yang datang ke Kyoto hanya Tuhan saja yang tahu. Walaupun ianya bagus untuk industri tourism Jepun, tapi saya rindukan Kyoto yang sunyi dan tenteram seperti tahun-tahun yang lalu.

Nah! Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang diambil dengan menggunakan telefon tersebut. Sesungguhnya, suasana di Kyoto pada lewat petang cukup cantik dan honestly, it's amazing and defies all explanation.