Thursday, 29 March 2012

Kyoto Jurnal: Kau mekarlah wahai mu bunga ...


Saya meninggalkan Kamogawa tengah hari tersebut dengan tekad untuk kembali semula. Saya kemudiannya menaiki bas menuju ke Kitano-temangu shrine untuk melengkapkan jadual perjalanan saya pada hari tersebut. Untuk makluman, saya membeli pas lawatan bandar Kyoto dengan harga Yen 1200 (RM65) untuk sehari bagi memudahkan pergerakan saya. Selain daripada penggunaan tanpa had (unlimited) untuk kenderaan awam ( keretapi & bas), ianya juga menawarkan diskaun untuk hampir setiap tempat lawatan yang saya akan lawati. 


Sewaktu saya di Kitano-temangu, saya dapati banyak juga pengunjung-pengunjung dari Malaysia yang berada di sini. Ada yang datang direct dari Malaysia kerana mengikuti pakej pelancungan yang ditawarkan oleh agensi dan ada juga pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di universiti-universiti Jepun. Saya sebagai orang Malaysia yang mengembara ke negeri orang tentulah berasa bangga apabila melihat banyak orang-orang kita yang berjaya di Jepun.Meraka hidup bukan sahaja "tidak bertongkat" malah mampu bersauh dengan tulang empat kerat serta berjaya kerana ketekunan diri sendiri.


Berbalik semula tentang cerita Kitano-temangu, lawatan saya di sini adalah kerana "ketaksuban" saya dengan bebunga Ume (Plum tree). Hampir 2000 pokok Ume di tanam di sini dan bunga-bunga tersebut mula mekar pada penghujung bulan Februari hinggalah pertengahan March. Alhamdulilah, syukur dengan rezeki yang Tuhan bagi kerana saya di sini sewaktu kemuncak bunga-bunga Ume mekar bercambah !!


Sesi Baikasai - upacara minum teh kelat !


Teh Ume yang disediakan secara percuma !


Kalau tidak kerana Naomi, mungkin saya tidak akan sampai ke sini :)


Pengunjung yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar bunga-bunga Ume.


Ini mungkin professional ! 


Bersambung........

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.