Wednesday, 28 March 2012

Kyoto Jurnal: Bingkisan Dari Kamogawa.


Takdir sudah menentukan yang saya akan kembali semula ke Sungai Kamo ataupun Kamogawa di Kyoto. Saya mengumpamakan trip kali ini bagai sirih pulang ke gagang. Kalau Aizat berjaya memikat hati dan telinga pendengar dengan lagu Sungai Lui, saya juga ingin melakukan perkara yang sama dengan Sungai Kamo. Bukannya apa, walau ke mana jua saya pergi, tiada tempat lain yang lebih istimewa di hati saya selain dari Kamogawa


Selepas menghabiskan lawatan ke Kyoto Botanical Garden dan Garden Of Fine Art sebentar tadi, saya terus mendapatkan pek makanan (Bento), buah-buahan dan minuman di kedai Lawson sebagai bekalan untuk berkelah di tebing sungai Kamo bersama Naomi dan anak-anak.


Setelah lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari Garden Of Fine Art, saya tiba di tebing sungai Kamo.Ternyata, keadaan cuaca pada tengah hari tersebut cukup dingin dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Tiada banyak perubahan ataupun pembangunan ketara yang berlaku kebelakangan ini. Aliran air sungainya masih tenang dan jernih, pepohon sakura di sekitarnya juga sudah mula mengeluarkan putik-putik menandakan yang musimnya akan menjelang tiba nanti. Selain daripada itu, saya juga mendapati yang burung-burung hijrah tetap singgah sementara di sini sebagai rutin tahunan dan itik-itik liar Kamogawa semakin tembam dan comel !!

Saya begitu teruja dan kagum.Maklumlah, waktu saya membesar di kampung pinggir sungai di Kedah dulu mana ada semua itu - Buaya dan keladi bunting banyak lah!


Beberapa perkara yang saya sedar apabila pulang ke sini adalah sikap orang-orang Jepun begitu menghormati antara satu sama lain. Jarang anda mendapati perokok menghembuskan asap disekeliling sesuka hati. Ada tempat khas yang disediakan kepada perokok. Kejadian vandalisme juga amat jarang berlaku.


Disebabkan perasaan hormat-menghormati itu jugalah kebersihan sekeliling, kemudahan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang lain dijaga dengan begitu rapi.Contoh yang terbaik - tandas awam. Ianya dijaga dengan begitu bersih dan wangi.Malah saya sanggup tidur didalamnya kalau terdesak.Maaf cakaplah, kalau di tempat kita, perasaan geram bercampur marah pasti timbul apabila kita ingin menggunakan tandas awam. Ianya bukan setakat kotor malah sampai ke peringkat menjijikkan dan memualkan kepada sesiapa yang melihatnya !

But will we ever learn? I doubt.


Bersambung...............


P/s : Untuk pembaca yang begitu berminat bersoal-jawab dengan saya mengenai pengalaman dan kehidupan di Jepun, saya masih mempunyai ribuan stok gambar dan penulisan yang akan saya siarkan dari hari ke hari. By the way,  if you are still around, this is for you !!!



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.