Sunday, 15 July 2012

Kappa : Puaka Tebing Sungai.

Saya pernah menulis tentang Kappa, makhluk mitos masyarakat Jepun yang dikatakan menjadi penghulu segenap penjuru sungai. Walaupun mengikut kepercayaan Shinto ianya adalah dewa air, namun majoriti masyarakat Jepun percaya ianya adalah puaka yang harus dijauhi.

 Saya mengembara jauh ke pendalaman Jepun and menuju ke satu pekan kecil yang terletak di wilayah Kyoto untuk mencari dan melihat sendiri artikel dan bukti-bukti tentang kewujudan makhluk bernama Kappa ini. 


Saya sampai ke pekan kecil Fushimi di Kyoto pada jam 10 pagi. Agak kurang pengunjung pada pagi tersebut mungkin kerana hari masih awal. Untuk pengetahuan, di pekan ini jugalah terletaknya Teradaya Inn ,tempat di mana Sakamoto Ryoma (salah seorang samurai terakhir) dibunuh.


Dalam perjalanan menuju ke muzium Kappa, saya ternampak kain rentang tanda sokongan padu penduduk di sini kepada pasukan bolasepak Kyoto Purple Sanga FC.Walaupun Kyoto Purple Sanga FC kini bermain dalam divisyen 2  J-League, namun puluhan ribu penyokong setianya sentiasa membanjiri Stadium Nishikyogoku setiap kali ada perlawanan. Tahukah anda yang bekas pemain terkenal Manchester United, Park Ji Sung pernah mewakili pasukan ini ?


Oh Ya ! Colonel Sanders juga merupakan penyokong setia pasukan Kyoto Purple Sanga FC !
Tak percaya ? Tengoklah sendiri ! 


Akhirnya, sampai juga saya. Untuk makluman umum, Kizakura Kappa Country ini sebenarnya bukanlah muzium yang didedikasikan khas untuk Kappa tetapi ianya adalah muzium tentang penghasilan minuman tradisi Jepun iaitu sake. Oleh kerana label pada botol-botol sake yang dihasilkan oleh syarikat Kizakura ini mempunyai  gambar Kappa, maka satu muzium kecil yang dipenuhi dengan cerita-cerita dan pepatung Kappa mula direka untuk pengunjung-pengunjung yang datang. 


Sculpture Kappa yang dipamerkan diluar muzium.


Inilah dia rupa Kappa yang sebenarnya. Selain digelar puaka tebing sungai, masyarakat kuno Jepun percaya yang Kappa juga bertanggung jawab dalam kes kehilangan kanak-kanak kecil serta merogol wanita-wanita yang bermandi manda ditebing sungai. 


Seribu macam kisah makhluk Kappa terdapat disini.


Lagi kisah ngeri dan sejarah tentang Kappa.


Entah betul atau tidak- Wallahualam ! 



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.