Tuesday, 27 August 2013

Sesi Fotografi Di Mimurotoji Temple (Kyoto,Jepun)

Mimuroji yang terletak di Uji, Kyoto ini sebenarnya lebih popular sebagai taman bunga Hydrangea. Namun begitu, ianya juga amat popular dengan dedaun momiji yang "merah menyala" sewaktu tiba musim luruh ( Walaupun ianya tidaklah sehebat Kiyomizu-dera dan Eikando ).

Bagi peminat fotografi, kunjungan anda ke sini dijamin berbaloi kerana selain daripada kurang dilawati  dan tidak sesak, Mimurotoji ini juga mempunyai kawasan pemandangan yang amat menakjubkan ! 

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday, 26 August 2013

Photo Editing : Dari DSLR ke Lightroom.

Saya berani dan tidak akan teragak-agak untuk membuat pelarasan ataupun editing yang sesuai untuk kesemua gambar-gambar tetapi ianya mestilah tidak menyimpang jauh dari gambar yang asal.

Sebagai contoh - segala imej yang saya ambil tidak akan diubah dan segala langkah-langkah pembetulan "warna" dan "sharpness" dilakukan dengan begitu berhati-hati agar gambar tidak kelihatan teruk atupun tidak realistik.

Sebagai contoh, gambar dibawah ini yang diedit melalui perisian Lightroom.

Sebelum / Before (Dari DSLR)

Selepas / After (Proses Lightroom).

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Friday, 23 August 2013

Blogging : Famous Sangatkah Aku Ini ?

Saya menulis blog secara bebas. Apa saja yang terlintas didalam kepala, semuanya saya tulis.
Bermula daripada isu sekeliling rumah ianya menular ke seluruh pelusuk Pulau Langkawi dan berakhir di negara matahari terbit - Jepun! 

Saya tidak pernah terbayang yang blog serba simple ini ada juga peminat setianya. Ada kalanya, saya berasa sangat terharu apabila menyedari ada sesetengah penulis blog menggunakan  foto-foto saya sebagai sumber rujukan.Walaupun saya tahu yang saya bukanlah sebagus yang disangkakan , tetapi masih ada antara mereka yang mempercayai akan kebolehan saya. Kepada mereka semua - jutaan terima kasih saya ucapkan kerana tanpa anda siapalah saya.

   Saya sertakan disini beberapa keratan blog mereka untuk menghiasi ruangan blog saya untuk hari ini. Jangan terkejut jika anda mendapati yang sesetengah daripada mereka datangnya dari negara Rusia, Amerika,Italy,Argentina,Perancis dan juga Malaysia !

Saudara Yusri Zakaria menulis tentang foto - foto saya.

Sekeping gambar "macro" yang digunakan sebagai rujukkan di blog Filmcamera999.com

Blog dari Argentina yang menceritakan tentang pesawat tempur F/A -18 E/F Super Hornet juga pernah menggunakan foto saya sebagai hiasan ruangan blog mereka.

Terima kasih juga kepada Langkawi Wildlife Park yang memberikan kredit kepada blog saya.

Aviation Live Russian - Blog dari Russia yang pernah menggunakan gambar pesawat Dassault Rafale yang saya ambil sewaktu pertunjukkan udara LIMA tempoh hari.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday, 22 August 2013

Ohayo Gozaimasu Langkawi : Mentari Merah Di Ufuk Timur !

Sudah pukul 7:10 pagi rupanya..

Beginilah suasana awal pagi tadi sewaktu saya dan Naomi didalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Keadaan langit pagi hari ini cukup menakjubkan ! Brilliant orange instead of gloomy gray Sengaja saya suruhkan Naomi memberhentikan kereta dibahu jalan selama beberapa minit untuk saya melihat dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. 

Nota kaki: Gambar dirakam di kawasan Lubuk Setul, Langkawi hanya dengan menggunakan mobile Samsung Galaxy 4.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 21 August 2013

Detik Tengah Malam: Halau Pontianak Dengan Air Beer !

Malam semakin larut dan malam mula berembun. Anak-anak dan isteri telah hanyut lena dibuai mimpi. Di luar jendela, lolongan anjing liar mula kedengaran bersahut-sahutan disulami dengan suara nyanyian dan rintihan cengkerik. Saya membuka dan menjengah sebentar melihat diluar jendela.Tiada apa-apa yang pelik.Hanya kelihatan bulan separuh purnama yang baru mucul dan tergantung terang pada bingkai langit malam. Deruan angin malam yang menerpa masuk adakalanya membuatkan saya menjadi resah dan juga gelisah.  

***
Teringat cerita si Harry siang tadi - jiran sebelah rumah yang berkerakyatan Jerman tetapi cukup ramah orangnya. Rumah beliau didatangi pontianak lewat malam kelmarin - terserampak duduk diatas kerusi panjang diruang tengah rumah. Katanya lagi, tetamunya yang berambut panjang dan berbaju putih tersebut hanya duduk berdiam diri dan adakalanya menjeling beliau melalui celahan rambut panjangnya yang menghurai kehadapan. 

Harry yang pada mulanya jadi bingung kerana menjangkakan ianya seorang pencuri terus menyapa;

"You mahu minum ini" - sambil menunjukkan satu tin air beer yang berada dihujung jari beliau.

Walaupun beliau agak takut tapi beliau cuba juga untuk memberanikan diri. Kata Harry lagi, makhluk perempuan tersebut kemudiannya berubah menjadi bayang-bayang lalu pudar dan meresap hilang begitu sahaja. Entah betul atau tidak cerita beliau - wallahualam. Tetapi selepas difikir balik, macam cerita Abraham Van Helsing yang terkenal sebagai pembunuh pontianak pula cerita si Harry ni. Bezanya, si Harry hanya menggunakan minuman air tin untuk menghalau pontianak tetapi Abraham Van Helsing pula menggunakan kayu pancang dan pistol berpeluru perak. 

Apa-apa pun, memang ada terdengar jugalah cerita-cerita pelik sebegini di Langkawi semenjak kebelakangan ini. Tetapi apa yang pasti, tiada apa-apa yang boleh terjadi di alam ini melainkan daripadaNYA dan dengan izinNYA.
  
***

Perlahan-lahan saya tutup semula jendela sambil mengharapkan tiada tetamu yang tidak diundang datang melawat saya pada malam yang dingin sebegini. Minta simpanglah kalau boleh... 

Bukannya takut,  tapi kerana saya tidak pernah simpan minuman air beer didalam rumah  untuk diajak minum sekali !

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Fukui & Ketam Raksasa.

Ada yang berwarna oren dan ada yang merah menyala. Ada yang sedang memanjat bangunan dan ada pula yang terbaring diatas meja hidangan. Ada juga yang masih lagi terliuk lintuk didalam kotak-kotak ais menunggu pembeli yang berpoket tebal! 

Promosi? Gimik? Marketing cara orang sini? Anda firkirlah sendiri kerana orang Jepun  tidak peduli! Sekiranya anda mampu, anda beli dan sekiranya poket anda nipis - usah tawar menawar disini kerana ianya adalah satu amalan yang amat tidak disenangi.
  
Oh ya, saya sebenarnya bercakap tentang ketam. Walaupun ini bukan di Tsujiki ataupun Nishiki, harga ketam disini amatlah mahal walaupun disekitar bandar yang terkenal dengan makanan laut seperti di bandar Fukui ini. Saya singgah sebentar disini tempoh hari dalam perjalanan menuju ke Tsuruga City yang juga terletak di daerah Fukui dalam siri kembara bersama anak-anak untuk mendalami kisah Galaxy Express 999 ( click here ), kartun animasi terkenal karya Leiji Matsumoto.  

Lihatlah sendiri harga ketam-ketam disini (100 Yen bersamaan RM3.20). Sekiranya tidak membeli, berasa rugi. Sekiranya beli, malam nanti menggigit jari. 

Luah- mati emak.
Telan- mati bapak. 

Ikut rasa - binasa.
Ikut hati- mati !

Isteri bermuram durja, anak mencemik muka.... 

Aduh !

Dan ini adalah ekspresi wajah Erika selepas menjamu selera ....................

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, 20 August 2013

Biar Betul : Belut Dan Kejantanan Lelaki ?

Saya ambil gambar belut yang berada didalam akuarium dibawah sewaktu saya dalam perjalanan menuju ke kuil Todaiji di Nara, Jepun. Orang Jepun sememangnya bagus di dalam bidang pemasaran lebih-lebih lagi tentang cara-cara mempromosikan restoran-restoran ataupun masakan-masakan eksotik mereka. Selalunya, teknik jualan mereka lebih berunsurkan kepada tradisi ataupun kesihatanContoh terbaik adalah tentang kisah gambar belut dibawah. Menurut cerita lagi, belut yang baik dan lazat untuk hidangan selalunya datangnya dari wilayah Kagoshima yang terletak di penghujung kepulauan Kyusu. Ini kerana saiz belut-belut yang datang dari wilayah tersebut selalunya cukup besar dan isinya pula lebih sedap dari belut-belut prefecture yang lain. Ditokok-tambah sedikit tentang bagaimana sukarnya pula untuk mendapatkan belut-belut tersebut serta pasarannya yang terhad , maka berpusu-pusulah orang ramai menyerbu restoran-restoran bagi menikmati hidangan belut walaupun harganya bersama semangkuk nasi boleh mencecah hampir RM120.00 ! 
Entah betul atau tidak, orang Jepun juga percaya yang Unagi ataupun hidangan belut ini dapat menurunkan suhu badan dan sebab itulah ianya selalu sold out sewaktu musim panas! 

Itu cerita di Jepun. Lain pula ceritanya di Malaysia. Saya masih ingat lagi cerita hidangan kuah laksa di Kuala Perlis pada suatu ketika dahulu yang dibuat daripada belut. Untuk makluman, hidangan laksa Perlis yang dibuat dengan isi belut ini memang cukup famous pada suatu ketika dahalu. Hampir kesemua pengunjung yang datang ke Kuala Perlis ini  selalunya mahukan hidangan laksa belut disediakan diatas meja mereka (...kecuali saya...) ! 

 Saya akui yang saya kurang berselera dengan belut. Mungkin kerana rupa bentuknya yang seperti seekor ular. Jadi saya tolak cadangan menu tuan kedai elok-elok dan meminta beliau menyediakan kuah laksa yang dibuat dengan isi ikan. Namun beliau masih tetap tidak berpuas hati dengan jawapan saya lalu memberitahu saya yang belut dapat menguatkan nafsu, baik untuk sesi "atas katil" serta memberi kepuasan kepada isteri. 
Saya tidak pasti dari mana beliau mendapat idea-idea tersebut lalu saya menjawab balik yang saya lebih mempercayai Viagra daripada belut dalam isu-isu macam tu. Mungkin kerana malu, beliau beredar dari meja saya masih dengan muka yang agak masam.

Persoalannya, kenapa orang kita disini selalu berfikiran sebegini ? Adakah cerita-cerita berunsur seks dapat meningkatkan hasil jualan mereka?  Betul ke belut yang lembik tersebut boleh meningkatkan nafsu dan kejantanan lelaki ?  

Eh ? Betul ke ni ?

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday, 19 August 2013

Kujira Tataki ! Katsuo Tataki ! Selamat Datang Ke Kochi !

Kujira Tataki adalah masakan eksotik yang cukup mudah diperolehi  di Wilayah Kochi di Jepun. Hidangan isi ikan paus ini selalunya di jual pada harga RM40-80 sepinggan dan ianya bukanlah sedap seperti yang anda bayangkan - melainkan anda merasakan hidangan daging yang sebegitu liat seolah-olah hirisan getah tayar basikal adalah sesuatu yang sedap !

Oleh kerana ianya tidak sedap dan otak saya pula telah di brainwash akibat terlalu banyak menonton siri Whale Wars di siaran Astro, saya mencuba pula hidangan Katsuo Tataki. Punyalah sedap Katsuo Tataki ini hanya Tuhan saja yang tahu. Tidak rugi rasanya mengembara jauh beratus -ratus kilometer dari Kyoto untuk sampai ke sini semata-mata untuk menikmati kemewahan makanan laut di Kochi. 

Katsuo Tataki ini sebenarnya adalah hirisan isi ikan tuna (skipjack) segar yang diadun bersama cuka dan halia sebelum disalai untuk hidangan. Bagi anda yang ingin mencuba, anda harus datang ke Kepulauan Shikoku ini kerana ianya adalah hidangan utama disini. Oh ya, anda juga akan mendapati yang segala macam produk makanan & masakan disini adalah berasaskan dari ikan tuna !

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Sunday, 18 August 2013

Sengoku Basara ! Shogun 2 ! Siapakah Chosokabe Motochika ?

Akhirnya sampai juga saya di Wakamiya Hachimangu shrine yang terletak di bandar Kochi, Jepun. Di sini saya berpeluang melihat sendiri patung tembaga Chosokabe Motochika - samurai gagah yang ditonjolkan di dalam siri game Sengoku Basara @ Shogun 2 !

Nah ! Inilah dia Chosokabe Motochika (1539 - 1599) , bekas ketua puak Tosa ( Wilayah Kochi sekarang) dan beliau pernah terlibat didalam beberapa siri perang saudara antaranya Battle Of Watarigawa sebelum beliau dikalahkan oleh Toyotomi Hideyashi beberapa tahun kemudian.

Nikon D3000 50mm f/1.8 ISO 100  1/200 sec

                                                Nikon D3000 50mm f/1.8 ISO 100  1/200 sec

                                                 Nikon D3000 50mm f/1.8 ISO 100  1/200 sec

                                                Nikon D3000 50mm f/1.8 ISO 100  1/200 sec

Imej dari Iphone.

                                                         SONY DSC T20 ISO 160  1/1000 sec

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Saturday, 17 August 2013

Wira Tidak Didendang : Tetsujin 28-Go !

Saya akui pada waktu zaman kanak-kanak dulu saya cukup kagum dengan kehebatan filem-filem "super hero" karya orang Jepun. Antara yang paling saya minati adalah Gundam,Tosho Daimos, Macross, Kamen Rider,Ultraman, Gaban, Voltron dan termasuklah robot besi si Tetsujin 28 (Gigantor)  ini.

Patung besi Tetsujin yang berketinggian 18 meter dan seberat lebih 50 tan ini telah dibina di Kobe, Jepun pada tahun 2009. Berharga USD 1.4 juta (JPY135 juta Yen), ianya dibina bagi memperingati peristiwa The Great Hanshin Earthquake (1995) yang meranapkan bandar Kobe dan kebangkitan semula penduduk bandar tersebut ! 

Nah ! Inilah dia Tetsujin !

( P/S : Kualiti gambar serba daif  kerana diambil menggunakan Iphone )

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Friday, 16 August 2013

Langkawi Lutong : Dusky Leaf Monkey.

Kalau sebelum ini saya sibuk dengan aktiviti  memancing ikan kerapu sewaktu menginap di Premier Chalet On Water, kali ini saya sibuk pula dengan photography bersama lutong yang datang melawat di Rainforest chalet saya.

Untuk pengetahuan umum , inilah pengalaman menarik yang dapat anda saksikan sekiranya anda berpeluang datang melawat dan tinggal di Berjaya Resort yang terletak di Pulau Langkawi ini. 
  
Amacam ? Comel tak ?

All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.Thank you.

Monday, 12 August 2013

"There Is Life In Every Breath..."

Ada sesuatu yang menarik perhatian saya sewaktu saya berjalan merentasi hutan buluh berhampiran tempat kerja saya lewat petang kelmarin. Ianya hanyalah satu kolam yang berair keruh serta dipenuhi dengan anak-anak berudu yang berenang-renang didalamnya. 

Seimbas pandang, keadaan kawasan sekeliling disini amat tidak sesuai untuk sesi photography , tetapi contrast warna sekuntum bunga telipuk didalam kolam tersebut cukup menarik dan seolah-olah ianya menerangi kawasan yang cukup malap dan suram tersebut..............  

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Sunday, 11 August 2013

Awaji Farm Park England Hill, Hyogo.

"A picture is worth a thousand words". 
Beberapa keping gambar yang diambil sewaktu lawatan ke Awaji Farm Park, England Hill yang terletak di Wilayah Hyogo, Jepun. 