Replika Yoroi milik Takeda Shingen ini dipamerkan di sebuah kedai buku berhampiran Takeda-jinja, Kofu Jepun. |
Kebanyakkan orang Jepun percaya Yoroi ataupun Kacchu milik samurai mempunyai kuasa mistik dan sangat luar biasa. Kononnya, selain dapat menghalau segala kuasa jahat dari memasuki rumah ianya juga boleh membawa tuah kepada seseorang dan memberi rahmat kepada seisi keluarga. Oleh kerana taksub akan kepercayaan tersebut, sebab itulah hiasan Yoroi ini banyak dipamerkan didalam rumah terutama sekali pada setiap 5hb Mei sempena hari kanak-kanak dengan harapan kanak-kanak tersebut dapat membesar dan menjadi gagah perkasa.
Erika mencuba Yoroi di Hiroshima Castle pada lawatan yang lalu. |
Bila kita bercakap tentang yoroi, masalah harga selalu menjadi punca utama menghalang sesetengah keluarga memilikinya. Oleh kerana Yoroi ini dikategorikan sebagai pakaian ranking tertinggi samurai, harganya saja boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit bergantung kepada usia dan kualiti buatannya. Sebagai contoh, saya pernah melihat mini Yoroi milik Minamoto No Yoshitsune pernah dijual pada harga USD4,600, Takeda Shingen pada harga USD30,000 dan sudah tentu yoroi-yoroi antik buatan era Kamakura akan lebih mahal lagi.
Beberapa set Yoroi termasuk replika milik Todo Takatora juga dipamerkan di Iga Ueno Castle di wilayah Mie, Jepun. |
Saya kongsikan disini beberapa shot yoroi milik saya sebagai informasi. Walaupun harganya bukanlah ratusan ribu ringgit tetapi ianya tetap cantik dan mempunyai nilai tersendiri. Ini adalah replika O-yoroi "Black Flower" yang kononnya harus dijaga rapi kerana terdapat sumpahan.
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.