Pejam celik pejam celik, cuti sekolah dua minggu hampir datang ke penghujungnya. Tiada sebarang aktiviti special dapat dilakukan dengan anak-anak kerana masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran. Maklumlah, peperiksaan besar just around the corner. Kena berusahalah sikit. Bagaimanapun, kelmarin saya bawa juga Nana & Erika keluar memancing di Teluk Burau sambil berjalan-jalan menghirup udara segar petang.
Alhamdulillah, umpan roti yang saya sediakan untuk memancing ikan loban dan jempol betul-betul menjadi dan banyak juga ikan yang kami boleh kelmarin. By the way, harap maaf kerana kualiti gambar agak selekeh. Hanya menggunakan kamera cellphone jer ni.
Padang pancing - Teluk Burau, Pulau Langkawi. |
Umpan mujarab untuk Tamok, Loban, & Jempol, |
Jempol pertama daripada 12 ekor yang kami dapat. |
Kerapu juvenile. Dilepaskan balik umtik pancingan hari depan. |
Lagi kerapu juvenile yang berjaya dinaikan. Hampir 30 ekor kami dapat pada petang tersebut. |
Hidangan ikan jempol bakar untuk dinner petang kelmarin. |
Selebihnya dimasak steam. |
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.