Friday, 5 June 2015

Japan's Photoshelter : No More "Carpet Bombing" Photography !

 
Nikon 17-55mm f/2.8.

Rakan-rakan facebook selalu bertanya bagaimana saya boleh picit shutter kamera dan mengambil 7000 hingga 8000 gambar setiap kali saya pulang ke Jepun. Tak letih ker? Tak sakit jari ker? Macam macam yang ditanya. Bermula dari jenis dan size CF/memory card hinggalah shooting mode apa yang saya gunakan (RAW atau JPEG).

Jawapannya simple. Saya selalu keluar rumah bersama tiga kamera ! Ya anak-anak...ikut cikgu cakap.. tiga..T.I.G.A ! Sebagai contoh, saya selalu keluar bersama kamera Nikon D3000 yang dipadankan dengan lensa 50mm f/1.8, Nikon D700 bersama dengan lensa 70-200mm f/2.8 dan satu lagi Nikon D300 atau Nikon D2H sebagai kamera simpanan. Eh... Kenapa banyak sangat bawa kamera? Alasannya mudah. Saya cukup benci menukar lensa. Lebih meluat lagi sekiranya saya balik ke Jepun pada musim sejuk. Baru lima minit buka glove untuk menukar lensa, jari jari sudah berasa seperti hendak putus kerana terlalu sejuk! 

 Saya juga masih ingat bagaimana saya screwed up photo op semasa saya di Tokyo DisneySea satu ketika dulu. Saya missed banyak shots ketika acara night parade. Terlalu banyak saya membuang masa. Yer laa..benda dah lalu depan mata, kita pula baru terhegeh-hegeh hendak menukar lensa. Banyak moments yang melepas. Tetapi, alhamdulillah, dua tahun kemudian saya berjaya "membalas dendam" dengan menggunakan teknik tiga kamera ni. Ada juga yang memberi nasihat kepada saya supaya menggunakan saja kit lens (18-55mm) pada satu kamera kerana ramai yang percaya ianya adalah lensa yang agak sempoi serta pelbagai guna tetapi saya mempunyai alasan yang berbeza.




Bercakap bab lensa , sudah menjadi tabiat saya semenjak kebelakangan ini hanya worked only with prime lens. Lensa-lensa seperti 50mm f/1.8, 85mm f/1.4 dan 70-200mm f/2.8 adalah lensa pilihan dan selalu saya bawa bersama walaupun saya menyedari yang 70% of my shots were with 17-55mm. Harus diingatkan terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira sebelum anda decide untuk mengusung segala lensa-lensa ini. Bayangkan beg kamera Lowepro seberat 7 kilogram tergantung dibelakang anda sambil berjalan kaki 10 hingga 15 km setiap hari. Ianya adalah satu bebanan yang boleh potong steam segala percutian !!! 


DX Format Vs Full Frame.


Teringat pula pesanan dari seorang sahabat Jepun kepada saya satu ketika dahulu. Waktu tersebut saya pula baru mula belajar mendekati dengan kamera dan ilmu fotografi. Katanya "Cukuplah sekadar bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur dibom tentera berikat puluhan tahun yang lalu. Engkau janganlah pula "carpet bombing" seluruh Jepun dengan cara photography engkau. Rajin-rajinlah belajar". 

Adeeehhhh... Perli lah tu! 

By the way, saya sertakan disini beberapa keping gambar yang diambil dengan weapon of mass seduction saya iaitu Nikon D300, D3000, D2H dan juga D700 bersama segala jenis prime lens untuk dikongsi bersama. !

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D700 + 17-55mm f/2.8

 Nikon D3000 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 70-200mm f/2.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8 

Nikon D300 + 70-200mm f/2.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D700 + 70-200mm f/2.8

Nikon D700 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8



Nikon D3000 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Gambar lama: Nikon D3000 bersama lensa standard  18-55mm.
Not bad ehh?





All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.