Tuesday, 15 November 2011

Rumah Kecil Tiang Seribu......

Saya kembali semula ke Kota Mahsuri untuk mengambil beberapa keping gambar seni bina melayu lama untuk diabadikan di dalam blog saya. Ternyata, saya begitu kagum kerana unsur-unsur binaan tersebut cukup banyak terdapat disini. Bukan itu sahaja, saya juga mendapati banyak alatan tradisional yang saya sangka sudah hilang ditelan zaman rupanya masih ada dipamerkan.


Rumah melayu dahulu kala. Perhatikan *"Para" ataupun *"Pangkin" (Kata orang utara ) yang terdapat di bawah rumah tersebut. Gambar ini juga mengingatkan saya pada Kak Limah yang merenung jauh disisi tingkap dalam filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah"  

(*Pelantar kayu).


Dedaun tingkap yang diperbuat daripada kayu ini masih banyak terdapat di kawasan perkampungan di Pulau Langkawi. Seni ukiran melayu juga jelas kelihatan pada dedaun tingkap seperti tertera pada gambar di atas.


Jeriji rumah yang diperbuat daripada ukiran kayu.


Lagi ukiran kayu yang memukau. Hasil kerja tangan yang teliti sebegini cukup sukar dijumpai pada zaman sekarang.  


Apabila melihat dapur kayu tradisional yang uzur ini, fikiran saya terus melayang teringatkan rumah arwah nenek di Alor Setar.


Ini pula alat parut kelapa tradisional yang hampir mustahil untuk dijumpai pada zaman sekarang. Arwah emak pernah mengajar saya supaya duduk mengiring di atas parut kelapa ini agar nampak sopan ketika memarut kelapa. Orang utara panggil alat ini sebagai "Kukoq Nyoq".


......Tetapi Erika pula suka duduk sebegini !


Buaian ataupun "Nduy". Saya rasa saya pernah tidur didalamnya sewaktu saya bayi dulu...


Perigi merupakan sumber air yang paling penting selain sungai ataupun tasik sewaktu zaman saya tinggal di kampung dahulu. Walau bagaimanapun, perigi tersebut tidaklah secantik perigi Mahsuri ini.


Ini adalah bunga kantan sejenis tumbuhan ulaman dan selalunya digunakan ketika membuat kuah laksa ataupun nasi kerabu. Kadang kadang, ianya digunakan juga untuk menghias masakan melayu dan sebagainya.


"Jika benar beta Raja yang berdaulat, beta haramkan seluruh anak Bentan dan seluruh keturunannya memijak bumi Kota Tinggi, jika diingkar arahan, beta sumpah muntah darah hingga putuslah nyawa !"

Percayakah anda tentang ungkapan diatas adalah kisah disebabkan buah nangka ?
Masih tidak percaya ? Cuba anda baca tentang kisah lagenda melayu Sultan Mahmud mangkat dijulang.


Alfatihah buat Mahsuri ! Moga rohnya dicucuri rahmat.


Cerita duka Pulau Lagenda.




All images copyright ©Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.










Sunday, 13 November 2011

For Who Could Ever Learn To Love A Beast?

Naomi's beautiful black and white cat ( Rider) made him exceptionally photogenic !
 I took these photos this morning with a bit close-up and share Naomi secrets and her love for photographing cats!

Nikon D3000 + Nikkor 50mm f/1.8G @ 50mm — 1/2500 sec, f/2.8, ISO 200


Nikon D3000 + Nikkor 50mm f/1.8G @ 50mm — 1/2500 sec, f/2.8, ISO 200


 Nikon D3000 + Nikkor 50mm f/1.8G @ 50mm — 1/2500 sec, f/1.8, ISO 200


Nikon D3000 + Nikkor 50mm f/1.8G @ 50mm — 1/2500 sec, f/1.8, ISO 200







All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Thursday, 10 November 2011

Rubber Estate In Malaysia : Nikon AF-S 50mm f/1.8 G

I went out today for some sample images and test results of my Nikon AF-S 50mm f/1.8 G.
Here, I would like to show 3 beautiful snap shots from the trip.

******

Malaysia is the leading producer of natural rubber in the world. About half of the total world’s rubber is produced in Malaysia. Rubber is used for making innumerable articles ranging from footwear, sports goods, cushions, insulated material for cable to tyres and tubes. However, it is its use for making tyres and tubes of automobiles which is of greatest importance.


Rubber tree plantation of Malaysia. The hot-wet climate of Malaysia is most suitable for its growth.


Latex being collected from a tapped rubber tree. The trees will drip latex for about four hours, stopping as latex coagulates naturally on the tapping cut, thus blocking the latex tubes in the bark.


Erika also interested in rubber plantations in those areas.  




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Tuesday, 8 November 2011

Panorama Indah Sungai Kilim.

Langkawi bukan setakat kaya dengan gamat ataupun cerita cerita dongeng.Langkawi juga sebenarnya kaya dengan hasil alam seperti hutan bakau yang tumbuh subur menjadikanya produk pelancongan hutan bakau seperti yang terdapat di Kilim dan juga Kisap. Saya menhabiskan masa seharian meneroka kawasan tersebut untuk dikongsi bersama.
Sesungguhnya,pemandangan dan pengalaman menyusuri sungai disini sambil menikmati keindahan semulajadi Langkawi adalah amat menakjubkan ! 


Kesuburan hutan paya bakau inilah yang menjayakan produk pelancongan hutan bakau di Kilim.


Perhatikan landskap sekeliling yang cukup indah. Hutan bakau Kilim adalah merupakan satu kawasan ekosistem bakau yang paling terunggul di negara ini.  


Struktur geologi pembentukkan batu kapur yang timbul dari permukaan lautan jelas kelihatan di Jeti Kilim.


Perkhidmatan Mangrove Tour, memberi helang makan di Sungai Kilim adalah aktiviti paling popular di sini.


Pengalaman menyusuri Sungai Kilim adalah satu pengalaman yang cukup sukar untuk dilupakan.


Bot-bot yang cukup selesa disediakan dengan kadar harga sewa yang berpatutan.



Pengembaraan anda di Langkawi sepatutnya bermula disini.



Pemandangan sungai dan jeti nelayan Sungai Kilim.







All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Sunday, 6 November 2011

Aidiladha: Tetamu Tidak Diundang.

Musang !
Tetamu tidak diundang datang menjengah rumah awal pagi tadi. Mungkin kerana lapar atau mungkin kerana lawatan Aidiladha, Wallahuaalam!
Yang peliknya, kedua dua ekor musang ini cukup jinak dan saya agak keberatan untuk melepasnya pulang. Namun, memikirkan yang berkemungkinan musang musang tersebut mempunyai anak anak, akhirnya saya lepaskan ianya semula.













All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Saturday, 5 November 2011

Nikon AF 35-80mm f/4-5.6D

Lensa uzur yang tertera pada gambar ini mungkin cukup murah kepada anda tetapi mempunyai sentimental value yang amat tinggi untuk saya. Ini adalah lensa Nikkor 35-80mm 1.4-5.6D yang saya beli melalui laman ebay pada harga RM90.00 beberapa tahun yang lalu. Saya akui yang ianya bukanlah lensa terbaik buatan Nikon,tetapi pada kadar yang cukup murah ianya memang cukup berbaloi.

Setelah bertahun saya menggunakan lensa ini, ianya adalah antara lensa utama yang terbaik untuk saya dan selalu dibawa bersama walau kemana jua sekali pun.

 Saya tidak pasti mengapa ianya selalu menjadi mangsa kritikan jurugambar-jurugambar professional mungkin kerana sistem fokus manual lensa ini agak membebankan selain daripada hasil buatan plastik yang nampak seperti barang permainan. 


Ringan ? Murah? Plastik ? Tetapi ianya berbaloi untuk poket anda.Well I don't know what to say. You be the judge.


Sharpness lensa Nikkor ini adalah hampir sama dengan keupayaan lensa Nikon 18-55mm. Kelemahan ? Zooming yang terlalu limited ! 







All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Monday, 31 October 2011

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA)

LIMA - ataupun Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition kembali lagi ke Pulau Langkawi pada bulan Disember nanti. Ianya akan dirasmikan pada 6hb dan berakhir pada 10hb Disember 2011. LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. Diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, pameran LIMA semakin popular semenjak kali pertama ianya diadakan pada tahun 1991 di Pulau Langkawi.
Para pengunjung dinasihatkan membuat tempahan bilik seawal mungkin kerana majoriti hotel yang hampir penuh sempena pesta udara dan maritim ini. Jangan lupa menyaksikan pertunjukan aerobatik udara dan pameran statik maritim di Awana Porto Malai Langkawi.

 Mai jangan tak mai !



Adalah menjadi harapan saya sekiranya "Thunderbirds" dapat datang membuat pertunjukan pada tahun ini.


Pada tahun 2009, Singapore Airforce muncul bersama beberapa buah helikopter tempur AH-64 Apache yang menjadi kebanggaan republik tersebut.


 Tentera Darat Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan mempamerkan helikopter
AW-190 keluaran AgustaWestland milik Kor Udara yang berpengkalan di Kluang Johor.


Denel AH-6 Rooivalk - Helikopter tempur keluaran Afrika Selatan ini pernah menjadi isu perbahasan Malaysia dalam memperkukuhkan unit udara Tentera Darat.
Ianya pernah dipamerkan di LIMA 1999 & 2001.


Pesawat pejuang F/A 18D Hornet ini adalah milik Tentera Udara DiRaja Malaysia .Ianya menjadi nadi dan juga tonggak utama unit tempur TUDM selain daripada Skuadron Sukhoi SU-30MKM yang berpangkalan di Gong Kedak,Kelantan. Dioperasikan oleh Skuadron ke-18 yang berpangkalan di Butterworth , pesawat ini mampu beroperasi pada bila bila masa dan dalam apa jua keadaan. 


Beware of the Hornet ! Lencana 18 Skuadron F/A-18D Hornet TUDM.


Sukhoi SU-30MK- Juga milik Tentera Udara DiRaja Malaysia. Pesawat pejuang generasi terbaru keluaran Sukhoi ini adalah tarikan utama ketika LIMA 2009. Jika anda masih ingat, Malaysia dan Rosoboronexport menandatangani kontrak untuk 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM pada 2003 membabitkan kos USD900 juta dan sebagai timbal balas kontrak itu, Russia akan melatih dan menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).


Bilik pameran milik CTRM ini cukup unik. 


Pesawat Airbus Siri A380.Generasi baru pesawat komersil milik Airbus ini menjanjikan kemewahan untuk tetamu.


Bersama pesawat latihan BaE Hawk MK100, juga milik TUDM.  



*** Minta maaf, kualiti gambar yang kurang menarik kerana menggunakan kamera telefon bimbit

Saturday, 29 October 2011

Minggu Yang Panjang Di Langkawi.

Saya  cukup sibuk kebelakangan ini dengan Royal Function di tempat kerja. Mood untuk menulis pun agak semput kerana kekurangan tidur.Namun, saya masih sempat juga mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama sempena function di Raja yang dihadiri ramai dengan tokoh-tokoh akademik dan kewangan Islam tersebut. 

Maaf, kualiti gambar agak poor kerana penggunaan mobile phone camera.






Sekarang...saya hanya mahu mendapatkan tidur yang sempurna... 










All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Monday, 24 October 2011

Langkawi Tidak Tidur Lagi....

Setelah berkali-kali saya datang melawat Taman Lagenda berhampiran Jeti Kuah, baru tadi saya tersedar yang dinding taman tersebut dipahat dengan gurindam yang cukup indah.
Saya sertakan disini beberapa keping gambar yang sempat diambil lewat petang tadi bersama bait bait ayat gurindam tersebut..

Panjang Tidur Suatu Mimpi Langkawi.......
Berbantal Bertilam Lipatan Sejarah
Bersulam Bertekat Kalimat..
Padang Jarak Padang Tekukur..
Bumi Langkawi Tujuh Keturunan.

Musim Melangkahi Waktu..
Sinar Wawasan Menjengah Bumi Bertuah..
Dibawa Seorang Tabib Melangkah Penuh Tertib..
Membangunkan Anak Anak Keturunan Ketujuh..
Membisikkan Kalimat Sakti Memecah Sumpah..

Mentari Pagi Menyaksikan..
Sauh Dibongkar Langit Dibelah Bumi Dipasak..
Mahsuri Menghela Nafas Lega..
Jentayu Tersenyum Puas Memandang..
Lang Membawa Khabar Gembira...
Padang Jarak Kembali Berseri
Langkawi Tidak Tidur Lagi..


Taman Lagenda.


Terletak di Pekan Kuah dan masuk adalah percuma. Lawatan anda ke sini adalah satu kemestian jika anda ingin mengetahui segala sejarah dan lagenda Pulau Langkawi. 

Mahsuri


Di sini juga terdapat catatan sejarah yang menarik termasuklah bagaimana kisah Mahsuri yang dibunuh kejam itu.

Naga Saktimuna


Terkial kial saya mencari jawapan tentang hubungan gergasi besar ini dengan Pulau Langkawi. Akhirnya, saya terjumpa jawapannya selepas membaca cerita dongeng negeri Kedah.Mengikut buku tersebut, Raja-raja Negeri Kedah zaman dahulu terpaksa mengorbankan seorang puteri Kerabat Di Raja kepada seekor Saktimuna laut (sejenis ular besar) di Langkawi apabila seorang Raja baru naik takhta kerajaan atau berbangkit satu peperangan dengan sebuah negeri yang lain. Sebagai balasan pengorbanan ini, Saktimuna itu hanya memakan orang-orang Siam dan orang-orang Mergui. Bukan sahaja ia tidak memakan orang-orang Kedah tetapi juga menjaga rumah tangga mereka; ada kalanya ia merentang diri di pintu pelabuhan (kira-kira dua batu luas) supaya mempertahankan angkatan laut musuh masuk menyerang. Entah betul entah tidak.
 Wallahualam !

Masjid Al Hana

Masjid utama di Kuah iaitu Masjid al-Hana. Masjid ini telah di upgrade dan dilengkapi dengan kemudahan hawa dingin.

Bangunan LADA

Mercu tanda Langkawi dapat dilihat melalui bangunan LADA yang tersergam indah di Pulau lagenda ini.

Pengangkutan Utama

Perkhidmatan feri merupakan pengangkutan utama untuk memasuki dan keluar dari Langkawi, maka hidup-mati Langkawi sebagai destinasi pelancongan amat bergantung kepada feri.

Lang - Kawi.

Dataran Lang ditutup sementara untuk kerja kerja penyelenggaraan. Mungkin akan dibuka kembali pada pertengahan tahun hadapan.

Langkawi Bandits

Satu pemandangan biasa apabila burung burung mula pulang ke "rumah" kerana hari yang hampir gelap @ Taman Lagenda. 

 Pantai Cenang

Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi.Hampir setiap hari ianya dipenuhi pengunjung yang datang untuk berkelah ataupun mandi manda.

Famili

Naomi, Nana & Erika Sakane !

Gayat !

Aktiviti parasailing yang semakin popular di Langkawi.

Senja Di Langkawi.

Pemandangan senja yang sangat cantik berhampiran Pantai Tengah di Pulau Langkawi.




All images copyright © 2011 Langkawi Ink.Com. All rights reserved