Sunday, 8 April 2012

Amanohashidate : Sampai Juga Akhirnya !


Bulan Februari yang lalu, saya pernah menulis tentang Amanohashidate dan mimpi saya mengenainya. Akhirnya, saya sampai juga ke sini bersama keluarga dan terima kasih sekali lagi kepada keluarga Ozawa yang tidak pernah jemu-jemu membawa kami sekeluarga mengembara ke seluruh bumi Jepun.

Untuk makluman, Amanohashidate yang terletak di utara bandar Kyoto ini merupakan antara tiga tempat yang mempunyai pemandangan menarik di Jepun selain dari Matsushima di Sendai dan Miyajima di Hiroshima.

Kepada anda yang minat mengembara dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk tiket penerbangan dan berminat dengan fotografi, pastikan barangan ini sentiasa berada didalam beg anda;

- Kamera DSLR.
- Lensa telephoto zoom sehingga 200mm.
- Tripod yang kemas.
- Filter GND ( Graduated Neutral Density)
- Lensa makro.
- Map kawasan tersebut



Pemandangan sebegini tidak seharusnya dibiarkan begitu saja dihadapan mata lensa kamera anda ! 


Ratusan burungc amar yang berterbangan menyambut kedatangan anda.Sekiranya anda bernasib baik, anda boleh melihat sendiri burung-burung Hayabusa juga turun dari bukit -ukit berdekatan menerkam ikan di pantai berhampiran. 



Yang ini agak berani dan jinak !


Anda boleh mendapatkan Gondola ataupun lif yang disediakan untuk menaiki Gunung Moju yang terletak berhampiran.


Naomi,Sachiko dan anak-anak tidak melepaskan peluang bergambar di atas Gunung Moju. Pemandangan Amanohashidate dari puncak gunung ini amat menarik dan menakjubkan !


Inilah Amanohashidate. Gambar ini saya ambil dari puncak Gunung Moju menggunakan lensa telephoto 200mm. Saya agak bernasib baik kerana salji agak kurang sewaktu saya berada di sini.


Pergunungan sekeliling lautan Jepun masih lagi bersalji walaupun pada pertengahn bulan March.


Bersambung........



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Saturday, 7 April 2012

Kyoto Jurnal : Miyama Cho !

Perjalanan hari ini agak dekat. Hanya bersiap sedia untuk melawat Amanohashidate.Tetapi entah macam mana kami melencong masuk ke perkampungan Miyama-Cho. Saya diberitahu yang Miyama-Cho juga dikenali sebagai "Kyoto's Roof" dan ianya dikelilingi oleh banjaran gunung-ganang dan sungai-sungai yang membeku !

Lebih unik lagi, hampir kesemua rumah di sini mempunyai bumbung yang diliputi lumut menghijau. Kata mereka, ianya sebahagian daripada tradisi...

Entah betul atau tidak, wallahualam..











Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

.

Wednesday, 4 April 2012

Wordless Wednesday #10 - Biwako, Garden Of Eden !


Family Potrait .
 Biwako, Shiga Prefecture.
Japan. 



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you
All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Tuesday, 3 April 2012

Kyoto Jurnal:Salju Di Hakodateyama (Final)


Saya ketawa terbahak-bahak memerhatikan Erika menjamu selera kuih "bahulu" yang beliau bawa (seludup!) masuk dari Pulau Langkawi ke Hakodateyama. Adalah amat janggal sekali kepada saya apabila melihat pengunjung ski resort yang terletak ribuan kilometer dari Malaysia menjamah kuih tempatan sambil duduk bersila bersama peralatan ski di tepi timbunan salji.


Bukan itu sahaja, Erika juga mendedahkan yang dia juga berjaya menyeludup masuk buah mangga yang beliau ambil di belakang rumah di Langkawi untuk dihadiahkan kepada nenek tersayang di Kyoto. Yang peliknya, kedua-dua pihak kastam Malaysia dan Jepun tidak pula memeriksa beg galas kecil beliau atau mereka menyedarinya. Erika juga ada memberitahu saya yang bukan cita-cita beliau untuk menjadi drug mule apabila besar nanti kerana dia tahu tentang hukuman mati. Uuuuhhhh....Sejuk hati saya mendengarnya. Maklumlah, umur baru 10 tahun sudah pandai main seludup-seludup ni. 

*****


Oh ya... setelah setengah hari bertungkus lumus mendaki bukit bersalji bermain papan luncur (snowboarding) dan ski, saya banyak menghabiskan masa pada petang tersebut dengan mengambil gambar Naomi, Sachiko dan anak-anak. Seperti biasa, saya sertakan di sini gambar-gambar tersebut untuk dikongsi bersama sebagai hiburan dan juga pedoman untuk anda yang bercita-cita untuk menakluki pergunungan salji Hakodateyama di Shiga, Jepun !   






Dalam waktu yang sama, saya mendapat tahu yang lagu terbaru Kyosuke Himuro kini tengah meletup di pasaran.Seperti juga Himuro, saya tujukan khas lagu ini buat rakan-rakan dan kenalan yang menjadi mangsa Tohuku earthquake and tsunami yang meranapkan bumi Sendai tahun lepas. Semoga anda tabah selalu   :(



P/S : Saya terpaksa memohon maaf kepada ratusan sahabat yang menyertai ruangan facebook saya kerana berkemungkinan besar saya akan meninggalkan halaman tersebut. Namun, para sahabat sekalian masih lagi boleh menghubungi saya ataupun memberi komen di ruangan ini untuk masa-masa yang akan datang. 




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Sunday, 1 April 2012

Kyoto Jurnal:Salju Di Hakodateyama (Part 2)

Saya hentikan sementara penulisan yang panjang-panjang untuk post kali ini kerana ingin berkongsi beberapa keping gambar trip saya bersama keluarga ke Hakodateyama (Gunung Hakodate) tempoh hari.Untuk pengetahuan, saya tiba di sana pada minggu pertama bulan March tetapi salji masih turun dengan tidak henti-henti sepanjang hari.

Bayangkan, saya sebagai orang melayu yang sebelum ini hanya tahu bermain upih pinang dan skateboard kini tiba-tiba terpaksa bertukar angin ke snowboarding dan skiing pula...  
Keadaan menjadi lebih extreme apabila saya terpaksa meredah salji yang begitu tebal dengan suhu yang merudum jatuh ke bawah paras beku  (-2 celcius) pada hari tersebut.

Satu suasana yang cukup menyeksakan !


Stesen gondola Hakodateyama. Puluhan gondola disediakan untuk membawa pengunjung ke atas gunung tersebut. 


Perjalanan menaiki gondola untuk ke atas hanya mengambil masa 20 minit.


Salji turun dengan begitu lebat setibanya saya di atas. 


Keadaan agak lengang pada hari tersebut. Inilah untungnya jika anda memilih trip hari biasa untuk ke sini berbanding hujung minggu. 


Sachiko memberi arahan dan tunjuk ajar kepada semua.


Sudah bersedia...


Oooooppppssss...


Bangun dan mencuba lagi !


Nana sedia untuk beraksi...


Bersambung...........




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Saturday, 31 March 2012

Kyoto Jurnal : Salju Di Hakodateyama (Part I)


Tuhan telah memberikan negara Jepun sedikit kelebihan berbanding negara kita. Seperti mana yang kita tahu, negara Jepun dikurniakan dengan empat musim dalam setahun, salji banyak, gunung ganang yang memukau serta keindahan bebunga Sakura. Namun, di sebalik kelebihan tersebut,  jangan kita lupa yang negara Jepun juga selalu diancam denga segala jenis taufan, gunung berapi, gempa bumi dan ombak gadang (tsunami).Walaupun kita menyedari yang Jepun adalah negara moden dan berteknologi, tetapi rakyatnya terpaksa akur dengan takdir dan kuasa Tuhan.


Untuk rakan-rakan di Malaysia, kita masih beruntung kalau mahu dibandingkan dengan Jepun. Negara kita aman-damai, mempunyai cuaca yang bagus dan kita tiada masalah untuk menangani isu wrath of nature walaupun kadang kadang ada juga isu banjir. Mungkin kelebihan kita adalah disebabkan lokasi geografi negara yang tidak terletak diatas lingkaran api pasifik.


Percaya atau tidak, disebalik keinginan kita semua yang membuak-buak untuk bermain yuki (salji) di Jepun, orang-orang sana pula teringin sangat menikmati cuaca tropical climate seperti Malaysia. Mereka sendiri pun pening dengan keadaan cuaca di tempat mereka.Tak percaya ? Anda boleh bertanya kepada Naomi, isteri saya. Setelah hampir puluhan tahun beliau tinggal di Jepun dan mengembara hampir seluruh pelusuk dunia, baginya Malaysia adalah negara yang terbaik.

Bangga saya menjadi seorang rakyat Malaysia tau !!


Bersambung...........





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Thursday, 29 March 2012

Kyoto Jurnal: Kau mekarlah wahai mu bunga ...


Saya meninggalkan Kamogawa tengah hari tersebut dengan tekad untuk kembali semula. Saya kemudiannya menaiki bas menuju ke Kitano-temangu shrine untuk melengkapkan jadual perjalanan saya pada hari tersebut. Untuk makluman, saya membeli pas lawatan bandar Kyoto dengan harga Yen 1200 (RM65) untuk sehari bagi memudahkan pergerakan saya. Selain daripada penggunaan tanpa had (unlimited) untuk kenderaan awam ( keretapi & bas), ianya juga menawarkan diskaun untuk hampir setiap tempat lawatan yang saya akan lawati. 


Sewaktu saya di Kitano-temangu, saya dapati banyak juga pengunjung-pengunjung dari Malaysia yang berada di sini. Ada yang datang direct dari Malaysia kerana mengikuti pakej pelancungan yang ditawarkan oleh agensi dan ada juga pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di universiti-universiti Jepun. Saya sebagai orang Malaysia yang mengembara ke negeri orang tentulah berasa bangga apabila melihat banyak orang-orang kita yang berjaya di Jepun.Meraka hidup bukan sahaja "tidak bertongkat" malah mampu bersauh dengan tulang empat kerat serta berjaya kerana ketekunan diri sendiri.


Berbalik semula tentang cerita Kitano-temangu, lawatan saya di sini adalah kerana "ketaksuban" saya dengan bebunga Ume (Plum tree). Hampir 2000 pokok Ume di tanam di sini dan bunga-bunga tersebut mula mekar pada penghujung bulan Februari hinggalah pertengahan March. Alhamdulilah, syukur dengan rezeki yang Tuhan bagi kerana saya di sini sewaktu kemuncak bunga-bunga Ume mekar bercambah !!


Sesi Baikasai - upacara minum teh kelat !


Teh Ume yang disediakan secara percuma !


Kalau tidak kerana Naomi, mungkin saya tidak akan sampai ke sini :)


Pengunjung yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar bunga-bunga Ume.


Ini mungkin professional ! 


Bersambung........

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.





Wednesday, 28 March 2012

Kyoto Jurnal: Bingkisan Dari Kamogawa.


Takdir sudah menentukan yang saya akan kembali semula ke Sungai Kamo ataupun Kamogawa di Kyoto. Saya mengumpamakan trip kali ini bagai sirih pulang ke gagang. Kalau Aizat berjaya memikat hati dan telinga pendengar dengan lagu Sungai Lui, saya juga ingin melakukan perkara yang sama dengan Sungai Kamo. Bukannya apa, walau ke mana jua saya pergi, tiada tempat lain yang lebih istimewa di hati saya selain dari Kamogawa


Selepas menghabiskan lawatan ke Kyoto Botanical Garden dan Garden Of Fine Art sebentar tadi, saya terus mendapatkan pek makanan (Bento), buah-buahan dan minuman di kedai Lawson sebagai bekalan untuk berkelah di tebing sungai Kamo bersama Naomi dan anak-anak.


Setelah lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari Garden Of Fine Art, saya tiba di tebing sungai Kamo.Ternyata, keadaan cuaca pada tengah hari tersebut cukup dingin dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Tiada banyak perubahan ataupun pembangunan ketara yang berlaku kebelakangan ini. Aliran air sungainya masih tenang dan jernih, pepohon sakura di sekitarnya juga sudah mula mengeluarkan putik-putik menandakan yang musimnya akan menjelang tiba nanti. Selain daripada itu, saya juga mendapati yang burung-burung hijrah tetap singgah sementara di sini sebagai rutin tahunan dan itik-itik liar Kamogawa semakin tembam dan comel !!

Saya begitu teruja dan kagum.Maklumlah, waktu saya membesar di kampung pinggir sungai di Kedah dulu mana ada semua itu - Buaya dan keladi bunting banyak lah!


Beberapa perkara yang saya sedar apabila pulang ke sini adalah sikap orang-orang Jepun begitu menghormati antara satu sama lain. Jarang anda mendapati perokok menghembuskan asap disekeliling sesuka hati. Ada tempat khas yang disediakan kepada perokok. Kejadian vandalisme juga amat jarang berlaku.


Disebabkan perasaan hormat-menghormati itu jugalah kebersihan sekeliling, kemudahan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang lain dijaga dengan begitu rapi.Contoh yang terbaik - tandas awam. Ianya dijaga dengan begitu bersih dan wangi.Malah saya sanggup tidur didalamnya kalau terdesak.Maaf cakaplah, kalau di tempat kita, perasaan geram bercampur marah pasti timbul apabila kita ingin menggunakan tandas awam. Ianya bukan setakat kotor malah sampai ke peringkat menjijikkan dan memualkan kepada sesiapa yang melihatnya !

But will we ever learn? I doubt.


Bersambung...............


P/s : Untuk pembaca yang begitu berminat bersoal-jawab dengan saya mengenai pengalaman dan kehidupan di Jepun, saya masih mempunyai ribuan stok gambar dan penulisan yang akan saya siarkan dari hari ke hari. By the way,  if you are still around, this is for you !!!



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Teradaya Inn,Kyoto.

Not just an old-style Japanese hotel, Teradaya Inn is where Sakamoto Ryoma was ambushed and killed at the age of 33 on the 10th of December,1867.It is believed that Ryoma was attacked by Shinsengumi but it’s still not clear who actually killed him.


To be continue....


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Tuesday, 27 March 2012

Kyoto Jurnal : Keagungan "The Last Judgement" & "The Last Supper".

Selepas keluar meninggalkan Kyoto Botanical Garden , saya sempat singgah sebentar di Kyoto Of Fine Art Garden pula yang terletak bersebelahan. Disinilah saya dapat menyaksikan sendiri beberapa lukisan teragung di dunia yang mana antaranya adalah The Last Judgement dan juga The Last Supper tanpa perlu bersusah payah untuk pergi ke Itali !

 


Dibelakang saya adalah lukisan mural bertajuk "The Last Judgement" karya Michelangelo yang diperbuat daripada sususan kepingan ceramic pada dinding taman tersebut.Walaupun karya seni ini bukan hasil kerja Michelangelo yang sebenar, ianya adalah hampir sama dengan lukisan asal beliau yang dilukis di biara Sistine Chapel di Vatican City.


Tentu ramai yang mengetahui tentang lukisan ini.Ini adalah lukisan bertajuk "The Last Supper". Mengikut kepercayaan orang-orang beragama Kristian, ianya menggambarkan saat-saat terakhir Jesus di Jerusalem sebelum beliau ditangkap dan disalib.Lukisan asal ini dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci di Milan, Itali pada kurun ke 15.


Pose sederhana di hadapan lukisan tersebut....
Saya meneruskan semula perjalanan pada tengah hari yang dingin tersebut menuju ke Kamogawa...


Bersambung................. 


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.