Saturday, 13 October 2012

Sigma 21-35mm : Lensa Alternatif Untuk Nikon.

Saya bukan jurugambar pro dan saya juga tidak mencari nafkah melalui photography. Oleh yang sedemikian, saya rasa adalah tidak praktikal untuk saya membeli lensa wide angle yang mahal-mahal untuk kamera saya .Cukuplah sekadar lensa "second hand" asalkan ianya mampu melahirkan imej-imej yang tajam serta menarik. Photography bagi saya hanyalah hobi untuk saya habiskan masa yang terluang sewaktu hujung minggu bersama keluarga.   

Bercakap mengenai lensa murah, saya baru saja membeli satu lensa lama berjenama Sigma 21-35mm. Walaupun iannya hanya berharga RM300.00, lensa ini masih kelihatan baik dan berfungsi. Saya juga mendapati ianya mempunyai elemen kaca depan dan belakang yang bebas dari calar, kotoran dan kulat serta tiada habuk dalaman. Malah bilah aperture lensa ini juga bebas dari minyak dan mempunyai  fokus yang sangat lancar. Secara overall, Sigma 21-35mm ini adalah belian yang terbaik dan saya sangat berpuas hati dengan kualiti gambar yang dihasilkan.

Lensa yang pada awalnya dibuat khas untuk kamera Nikon siri filem seperti N80, F100 juga sesuai digunakan pada body Nikon Digital SLR kamera yang lain seperti D50, D70, D80, D100, D200, D300,D2H dan lain-lain.Namun begitu, lensa ini tidak berupaya untuk auto focus pada kamera Nikon siri D3000,  D3100, D5100 dan D60 kamera kerana ia tidak mempunyai motor yang dibina dalaman.

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Friday, 12 October 2012

" Red October "

Subhanallah !
Suasana lewat petang sejak kebelakangan ini cukup cantik. Ada kalanya, langit seolah-olah menjadi ungu bercampur oren dan kadang-kadang bertukar merah.

Nikon D3000 Nikkor 50mm 1/6 sec F/16 ISO 100 

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 7 October 2012

Kalau Kucing Ingin Menjadi Jurugambar....

Seharian saya bermain dengan kucing kesayangan - Gonbei & Rider Chan. Entah kenapa, kedua-duanya minat benar kepada kamera yang saya padankan pada tripod. Mungkin mereka tertarik dengan tali strap kamera yang tergantung terjuntai... 

Nikon D3000 50mm F/11 1/60 sec ISO 100

Nikon D3000 50mm F/11 1/60 sec ISO 100

Nikon D2H 72mm F/10 1/5sec ISO 200

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, 2 October 2012

Lightroom 3.0 Editing !

Sudah hampir 10 hari saya tidak update blog. Bukan saja saya terlalu sibuk menyiapkan peralatan untuk balik ke kampung di Kyoto tetapi saya juga banyak menghabiskan masa terluang dengan "bermain" dengan Lightroom ! Terlalu banyak yang menarik mengenai Lightroom ini dan banyak lagi explorasi yang perlu dilakukan terutama sekali sekiranya anda berminat menggunakannya sebagai tool untuk memperbaiki gambar-gambar yang anda ambil sewaktu percutian ataupun untuk sekadar suka-suka.

Sebagai contoh, gambar Ii Naomasa yang saya ambil pada lewat petang di Shiga tempoh hari dimanipulasikan seolah-olah diambil sewaktu malam bulan penuh ! Percaya atau tidak, ini adalah percubaan pertama saya bermain Lightroom manipulation
!

Selepas Edit

Gambar Asal ( Original Pix )

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 23 September 2012

Tuah Datang Bergolek !

Saya berasa sangat bertuah semenjak kebelakangan ini. Entah mengapa dengan tiba-tiba apa yang saya idamkan semuanya berjaya saya dapat.
Alhamdulillah dengan rezeki Tuhan!

Berita gembira pertama yang saya dapat dalam bulan ini adalah saya berjaya memenangi bidding ebay untuk medapatkan jaket TOP GUN Avirex G1 yang berharga hampir RM4,000 ini ( ¥ 90,000 ) pada harga yang cukup murah ! Cukup speechless saya dibuatnya! Jaket yang menjadi buruan peminat tegar filem TOP GUN ini mempunyai nilai amat tinggi di pasaran (semenjak tahun 1986 lagi) apabila filem blockbuster tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Image Rakuten

Yang keduanya - saya kini tidak perlu lagi berulang-alik ke Japanese Consulate untuk mendapatkan visa setiap kali saya ingin pulang ke Jepun. Tanpa saya duga, saya mendapat panggilan telefon dari pihak Consulate di Pulau Pinang tempoh hari memberitahu khabar gembira yang mereka telah meluluskan satu tawaran multiple entry untuk saya masuk ke Jepun selama 3 tahun ! Ini bermakna, saya kini diberi kebebasan untuk keluar masuk ke Jepun dengan lebih mudah dan senang !

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you

Thursday, 20 September 2012

Kabuto: "Katte Kabuto No O O Shimeyo"

Saya pernah ketawa sewaktu pertama kali melihat Kabuto - ataupun topi keledar perang milik Toyotomi Hideyoshi belasan tahun yang lalu. Tetapi segalanya berubah setelah saya beberapa kali melawat Jepun dan berpeluang melihat sendiri Kabuto yang sesetengahnya berusia lebih ratusan tahun. Percaya atau tidak, ada Kabuto yang harganya kini mencecah ratusan ribu ringgit dan menjadi buruan peminat barangan antik !

Untuk pengetahuan, Kabuto bukan sahaja digunakan bertujuan untuk melindungi pemakainya di medan pertempuran pada zaman feudal Jepun kuno malah Kabuto atau topi keledar ini juga adalah salah satu daripada lambang yang paling berprestij bagi samurai yang memakainya. Ianya juga merupakan salah satu pakaian perisai yang penting dan juga "maruah" samurai tersebut. Terkenal di dunia kerana hasil buatan yang halus serta fabrikasi yang tepat lagi anggun, topi keledar ini hanya boleh dibuat oleh beberapa tukang logam terkemuka serta berkemahiran tinggi.

Lihat sendiri beberapa gambar Kabuto yang sempat saya ambil sewaktu lawatan saya di Wilayah Mie, Jepun tempoh hari.

" Katte kabuto no o o shimeyo !!!! "

Jangan tanggalkan topi keledar anda walaupun menang pertempuran hari ini ! Bersedialah untuk hari seterusnya !!!

_______________________________________

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you

Fotografi : Bintang Di Langit Malam.

Image Google.

Sedikit tips serta kaedah dan beberapa perkara yang perlu diingat apabila mengambil gambar bintang-bintang:

Mempunyai pelan dan tahu di mana anda mungkin berjumpa dengan rangkaian bintang.
Sentiasa memeriksa cuaca, membawa lampu suluh, tahu keupayaan kamera anda, memeriksa kamera serta membawa dan menggunakan tripod.
• Matikan auto-fokus. Hanya manual fokus.
• Gunakan pemasa kamera anda untuk mengurangkan pergerakan kamera.
Ambil gambar dalam RAW (jika ada).
Adjust ISOsehingga 2000-4000.
Membuka aperture.
Peraturan 600 atau 400 membantu anda menentukan pendedahan maksimum yang anda boleh menetapkan kamera anda, sebelum anda akan melihat rangkaian bintang.
Untuk kamera bingkai penuh mengambil 600 dan dibahagikan dengan panjang fokus lensa anda.
Untuk kamera badan tanaman mengambil 400 dan dibahagikan dengan panjang fokus kanta anda.
• Contoh - Jika anda mempunyai lensa 20mm, mengambil 600/20 = 30 saat supaya anda boleh menetapkan kamera anda 30 saat, atau 400/20 = 20 saat.
Perhatikan persekitaran dan pastikan langit tidak berawan.
Halakan kamera anda jauh dari kawasan bandar bagi menghindari pencemaran cahaya yang boleh muncul dalam gambar anda.

Tuesday, 18 September 2012

Tamron SP AF90mm F/2.8 DI

Akhirnya, TAMRON memperkenalkan semula versi baru lensa makro terkenal siri 90mm untuk filem dan fotografi digital. Lensa makro 90mm TAMRON f/2.8 , yang cukup terkenal dan sering dirujuk sebagai "makro potret" oleh jurugambar seluruh dunia, kini dilahirkan semula sebagai lensa "Di" yang sempurna untuk digunakan dengan filem dan DSLR.
Dengan penekanan kepada mudah alih, lensa makro ini adalah kompak, ringan dan mempunyai cincin lensa yang dapat memberikan focus dalam mood makro mudah dan tepat. Pada harga RM1450.00 ( ¥38,000), ianya merupakan lensa yang agak affordable berbanding jenama lensa yang lain serta mempunyai reputasi penghasilan imej yang cukup hebat.
Amat disyorkan untuk peminat makro !

Nah. Ini pula adalah imej gambar yang diambil menggunakan lensa Tamron 90mm tanpa sebarang bantuan dari extension tube.

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 12 September 2012

Tsutenkaku Tower,Osaka

Kalau Parisian, iaitu penduduk bandar Paris berasa bangga dengan Eiffel Tower, penduduk Osaka pula berbangga dengan Tsutenkaku Tower ! Walaupun popularitinya tidaklah sehebat dan tersohor seperti menara di kota Paris tersebut, namun kehadiran pengunjung yang datang disini cukup ramai dan tidak putus-putus bermula dari awal pagi hinggalah ke lewat petang !  

Saya yang mengujungi bandar Osaka tempoh hari juga tidak melepaskan peluang untuk melawat tower tersebut.. 

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 9 September 2012

Mencari Erti Kemaafan Di Hiroshima.

Google Image.

Banyak yang bertanya yang kenapa saya harus ke Hiroshima? Jawapannya adalah amat mudah. Saya ingin melihat sendiri bagaimana rakusnya manusia menyelesaikan konflik sesama mereka daripada peperangan di Lautan Pasifik hinggalah pengeboman bandar Hiroshima !

Saya juga ingin menyelami kisah hidup penduduk di sana tentang bagaimana mereka merubah hati yang selama ini dipintal dengan penuh perasaan benci dan dendam menjadi masyarakat yang cukup pemaaf. Saya cukup kagum tentang prinsip masyarakat di sana  yang mempercayai pengampunan adalah langkah pertama ke arah keamanan dan saya sendiri percaya ini adalah prinsip sejagat dan kunci kepada kehidupan yang lebih aman.

Cukuplah dengan cerita-cerita permusuhan, kebencian etnik, keganasan dan peperangan kerana ianya tidak mendatangkan sebarang hasil dan tidak berkesudahan selain dendam.

******

Tuesday, 4 September 2012

"Umeda Sky Building" @ 梅田スカイビル

Umeda Sky Building yang terletak di tengah-tengah bandar Osaka ini adalah bangunan yang cukup menakjubkan. Bangunan berketinggian 173 meter yang terletak berhampiran Stesen Osaka ini juga dikenali sebagai New Umeda City. 

Sekiranya anda berada di sini, ambillah peluang untuk melawat "Balai Cerap Taman Terapung" yang terletak di tingkat 39 . Dibuka mulai jam 10 pagi hingga jam 10 malam, anda cuma dikenakan charge RM28.00 untuk masuk melawat ke Taman Terapung Umeda ini.

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday, 30 August 2012

Osaka-Jo

Selepas gagal berjumpa dengan tugu peringatan Sanada Yukimura tempoh hari di Osaka, saya terus melencong menuju ke Osaka-Jo (Istana Osaka) untuk melengkapkan lawatan saya selama dua hari ke bandar tersebut. Walaupun masa perjalanan ke sini hanyalah satu jam dengan menaiki keretapi dari rumah saya di Kyoto, sebenarnya saya jarang sekali datang ke sini.

*****

Untuk pengetahuan, Istana Osaka yang tersergam ini betul-betul akan dipenuhi dengan pengunjung apabila tiba musim cuti sekolah. Percaya atau tidak, kebanyakkan pengunjung yang saya bertemu sewaktu saya di sini tempoh hari adalah orang-orang dari Malaysia !  Saya juga banyak bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia pada malamnya sewaktu saya keluar berjalan-jalan di Dotonbori.

Pemandangan Osaka-Jo dihadapan pintu utama. 

Perhatikan hiasan keemasan bumbung Osaka-Jo.

Istana Osaka ini sebenarnya terletak betul-betul di tengah bandar Osaka. Gambar ini diambil melalui ruang legar bangunan muzium Osaka yang terletak bersebelahan. 

Saya tertarik dengan seni ukir yang sebegitu indah ini.
.

Bersadur emas ?

Pakaian pekerja public area ini cukup unik. Ini sebenarnya adalah replika kepada baju armour milik samurai terkenal Sanada Yukimura.

Anda juga berpeluang menjadi seorang samurai jika melawat ke sini. Terdapat ruangan mini-studio yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar anda bersama costume samurai dengan harga yang agak berpatutan.
Cuba lah!

Salah satu simpang yang begitu sibuk di Dotonbori.
Kawasan yang dipenuhi dengan lampu neon ini mula aktif mulai waktu senja sehinggalah ke lewat pagi.

Saya mendapat berita yang mengatakan sungai ini akan dibangunankan menjadi kolam renang menjelang tahun 2015. Entah betul atau tidak, wallahualam!  

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you

Wednesday, 29 August 2012

Pahn Thai Restaurant

Ini adalah kali ketiga saya mengambil gambar Pahn Thai Restaurant yang terletak di Berjaya Langkawi Resort sepanjang tahun ini. Yang berbeza hanyalah ianya diambil melalui beberapa sudut suites di Resort tersebut. 

Ternyata, suasana sewaktu senja di sini cukup mempesonakan !

Nikon D2H  Nikkor 50mm  f13 6 sec  ISO 100

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 22 August 2012

Sanjusangen-do & 1001 Buddha (三十三間堂)

Salji turun mencurah-curah walaupun pada bulan March sewaktu saya berada di Kyoto tempoh hari. Saya singgah sebentar di Sanjusangen-do kerana ingin melihat patung-patung buddha berusia ratusan tahun yang dipamerkan di sini. Walaupun Sanjusange-do ini terletak betul-betul di bandar Kyoto, lawatan kali ini adalah yang pertama kalinya buat saya.

Sayang seribu kali sayang, kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk apatah lagi digunakan untuk mengambil gambar di dalam dewan tersebut. Pelawat hanya dibenarkan mengambil gambar dikawasan persekitaran saja.

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding.Thank you.

Monday, 20 August 2012

Happy Birthday Nana !!

"Wishing you all the best in the year to come.
May your days be filled with sunshine and beautiful colors.
And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come"