Saturday, 9 March 2013

Lagi Cerita Bunga Sakura Versi Langkawi !

Masa yang terluang sebentar tadi saya habiskan denga lawatan singkat ke Kota Mahsuri bersama Naomi. Khabarnya, bunga-bunga loceng sudah bercambah mekar seolah-olah bunga sakura di negara Jepun! 

Lihatlah sendiri keindahan ciptaan Tuhan dan untuk pertama kali dalam hidup saya keindahan bunga-bunga sebegini dapat dilihat di tanah air sendiri.
Lebih membanggakan ianya berlambak-lambak mekar di Pulau Langkawi !

 Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 72mm 1/4000 sec ISO 200

Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 70mm 1/1250 sec ISO 200

 Nikon D300 17-55mm f/2.8 @ 55mm 1/2500 sec ISO 200
 
 Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 200mm 1/2500 sec ISO 200

Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 70mm 1/1250 sec ISO 200

Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 70mm 1/1250 sec ISO 200

Nikon D300 17-55mm f/2.8 @ 38mm 1/2500 sec ISO 200

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.
 
Thursday, 7 March 2013

Pohon Sakura? Cherry Blossom Di Langkawi?

Nikon D300 17-55mm f/2.8 @ 19mm F/22  ISO 200 1/30 sec

Keindahan pepohon (Identiti pokok belum dikenal pasti) yang ditanam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ini cukup mencuit hati. Ianya mengingatkan saya kepada pokok-pokok Sakura yang akan bercambah mekar pada awal bulan April nanti di Kyoto dan bandar bandar lain sekitar Jepun.

Andai kata pihak yang bertanggungjawab terhadap lanskap boleh menanam pokok di atas dalam kuantiti yang banyak di seluruh Pulau Langkawi, sudah tentu Langkawi akan dibanjiri dengan pelancong-pelancong pada musim bunga tersebut mekar.

Tidak salah andai kita mencuba.. Ceeer try tengok !

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid

misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 6 March 2013

Enter The Lion !

Hampir 3 minggu saya tidak update blog saya. Bukan sebab saya sibuk ataupun tidak punyai masa. Hari-hari saya semenjak kebelakangan ini banyak dihabiskan dengan membaca dan meneliti tentang kisah pencerobohan Tentera Sulu ke atas Lahad Datu di Sabah. Bermula dari hari pertama bot pancung tersebut mendarat di pantai Sabah sehinggalah pasukan ATM dan PDRM melancarkan Operasi Daulat pada pagi kelmarin - semuanya saya ikuti dengan teliti. Moga-moga isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Oh ya! Saya sempat juga mengambil beberapa keping gambar tarian singa di tempat kerja tempoh hari sempena Tahun baru Cina.

Nikon D300 17-55mm f/2.8 @ 23mm F/2.8  ISO 400 1/320 sec

Nikon D300 17-55mm f/2.8 @ 17mm F/2.8  ISO 400 1/320 sec

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday, 21 February 2013

Samurai Dari Osaka.

Kegilaan saya mengumpul patung dan perisai samurai memang tiada penghujung. Malah hampir segenap pelusuk wilayah Jepun yang saya rentasi, nescaya patung perhiasan ini jugalah yang saya kumpul untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Yang terbaru, saya memesan terus 10 lagi patung perhiasan tersebut melalui Online Shop di Osaka. Kali ini, patung perhiasan seperti Samurai Takeda Shingen, Yoshihisa Shimazu, Motochika Chosokabe,Keiji Maeda, Akechi Mitsuhide,Uesugi Kenshin, Kato Kiyomasa,Toshie Maeda,Nagamasa Kuroda dan Date Masamune akan menjadi hiasan kabinet rumah.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday, 4 February 2013

Autumn time With Oneechan & Oniisan.

Beberapa keping gambar untuk di post kali ini sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada Oneechan & Oniisan. Tanpa mereka, adalah hampir mustahil untuk saya sekeluarga
mengembara keseluruh pelusuk Jepun :)

Nikon D3000 50mm f/1.8 1/4000sec ISO 280.

Nikon D3000 50mm f/1.8 1/4000sec ISO 280.

Nikon D3000 120mm f/2.8 1/200sec ISO 280.

Nikon D3000 112mm f/2.8 1/200sec ISO 280. 

Nikon D3000 82mm f/2.8 1/50sec ISO 1600.

Nikon D3000 75mm f/2.8 1/50sec ISO 1100.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 3 February 2013

Kibune Jinja 貴船神社.

Berpeluh-peluh saya dipagi yang nyaman kerana akhirnya saya berjaya juga mendaki sehingga ke puncak Gunung Kurama yang terletak di Kyoto.Saya seterusnya berjalan menuju ke Kibune Jinja yang terletak berhampiran kaki gunung tersebut sambil menikmati keindahan musim luruh yang cukup mempersonakan. Kemerahan dedaun momiji yang saya dapat lihat disepanjang perjalanan tersebut sukar untuk saya jelaskan dengan kata-kata. Ianya dihiasi pula dengan anak-anak sungai yang jernih serta mengalir lesu.

Terdetik dihati saya untuk kembali semula ke sini pada bulan Disember nanti.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 30 January 2013

Kembara Jepun : Kita Bukan Photogenic !

Saya sedar yang saya bukan seorang yang photogenic! Gambar saya juga tidak laku untuk menjual majalah. Pendek kata, saya lebih selesa berada di belakang kamera daripada berdiri dihadapan kamera. Sebab itulah hampir keseluruhan gambar-gambar di dalam blog saya dipenuhi dengan gambar isteri dan anak-anak.

Ada kalanya, Naomi dan anak-anak cukup mendesak saya untuk diambil gambar.Haaa..terpaksalah juga terpacak berdiri dan membiarkan Nana & Erika mengambil gambar-gambar saya :) 

Nikon D3000  50mm  1/200 sec F/2.8 ISO 200 @ Nara, Jepun.

Nikon D3000 50mm  1/125 sec F/2.8 ISO 100 @ Nara, Jepun.

Nikon D3000 50mm  1/400 sec F/2.8 ISO 200 @ Naruto,Jepun.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, 29 January 2013

Renovasi Rumah 2013.

Alhamdulillah. Setelah hampir 2 bulan kerja-kerja renovasi rumah dijalankan, akhirnya sebahagian daripada bahagian rumah telah pun siap. Walaupun habis kawasan sekeliling rumah dipenuhi dengan debu dan sisa-sisa kerja pembinaan, saya cukup berpuas hati dan tidak sabar menantikan keseluruhan kerja-kerja tersebut siap.

Hari ini, kerja-kerja pemasangan lampu akan dijalankan sebelum pekerja binaan menyambung semula kerja renovasi dibahagian dapur. Insya allah - mungkin dalam masa sebulan lagi semuanya akan siap.

Sebelum (Before)

Selepas ( After )

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 27 January 2013

Nikon 17-55mm f/2.8 DX AF-S

Terima kasih saudara Noriaki Hishinuma, wakil penjualan daripada syarikat Matsuiya International Kanagawa , Jepun diatas bantuan beliau menguruskan proses penghantaran lensa terbaru saya iaitu Nikon 17-55mm f/2.8G DX AF-S terus ke Malaysia daripada Jepun. Lensa yang memang menjadi buruan saya sejak sekian lama ini akhirnya berjaya juga saya perolehi pada harga yang cukup berpatutan ( Jauh lebih murah daripada harga pasaran sekarang iaitu RM6,000 ataupun 179,000 JP Yen ).

Insya allah, saya akan cuba untuk upload gambar-gambar terbaru dengan menggunakan lensa baru tersebut.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 20 January 2013

Kembara Ke Kepulauan Shikoku & Lautan Pasifik.

Saya ke Kepulauan Shikoku, Jepun semata-mata ingin mencuba Katsuo - iaitu hidangan ikan tuna bakar bersama ramuan istimewa dan cukup terkenal di sini. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke Istana Kochi yang terletak betul-betul di tengah bandar Kochi. Sepanjang lawatan saya ke sana, saya juga sempat melawat tugu peringatan Chiyo iatu isteri pintar Yamauchi Kazuyoto salah seorang samurai terbilang.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, 19 January 2013

Menongkah Arus Kemajuan....

Nikon D300  50mm ISO 200 1/800 Sec f/1.8

Sekeping gambar yang saya ambil awal pagi tadi semasa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Kelihatan puluhan kerbau dan burung-burung bangau bertaburan diatas kehijauan kawasan sawah padi yang terbentang luas sejauh mata memandang di Pulau Langkawi.

Persoalannya; masih adakah lagi pemandangan mengasyikkan sebegini dimasa akan datang memandangkan banyak sudah kawasan sawah padi yang telah ditebus guna menjadi kawasan taman perumahan ?

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 6 January 2013

Naruto : Pusaran Air Laut Gergasi

Saya ke wilayah Tokushima bulan lepas dalam siri jelajah Jepun untuk tahun 2012. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya ke Naruto untuk menyaksikan sendiri pusaran air bersaiz gergasi ! Saya cukup terpegun malah tidak percaya yang saya telah  sampai ke sini untuk menyaksikan sendiri kuasa Allah s.w.t

Moga-moga saya berpeluang untuk datang ke sini lagi pada masa akan datang.
Insya Allah.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday, 3 January 2013

Tamron 70-200mm F/2.8 (Bahagian 2)

Bercakap tentang lensa untuk potret, ramai yang memikirkan hanya lensa siri 80mm atau 50mm sahaja yang mampu menghasilkan imej yang berkualiti. So, apa akan jadi untuk orang seperti saya yang meminati mengambil gambar-gambar potret tetapi tidak mampu untuk melabur atau memiliki untuk lensa-lensa mahal seperti Nikon 80 f/1.4 ? Saya akhirnya mencuba lensa zoom 70-200mm f/2.8 Tamron yang saya beli pada bulan May tahun lepas untuk sesi potret dan hasil gambar tersebut agak tajam dan berkualiti.

Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 70mm ISO 400 1/40 sec 

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 30 December 2012

Lagi Cerita Jelajah Kamogawa ( Sungai Kamo).....

   Saya keluar untuk sesi fotografi pagi tersebut sambil mencuba kombinasi kamera Nikon D3000 yang dipadankan bersama lensa Tamron 70-200mm f/2.8. Walaupun kamera Nikon D3000 tidak mempunyai kepantasan seperti Nikon D2H (8 fps), ternyata hasil gambar yang dihasilkan agak mengejutkan.

Nikon D3000 95mm  ISO 100 1/1250 sec F/2.8

Nikon D3000 78mm  ISO 100 1/1250 sec F/2.8

Nikon D2H 70mm  ISO 250 1/2000 sec F/2.8

Nikon D2H 98mm  ISO 280 1/2000 sec F/2.8

Nikon D3000 200mm  ISO 450 1/1250 sec F/2.8

Nikon D3000 80mm  ISO 360 1/1250 sec F/2.8

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, 29 December 2012

Brazilian Washuzan Highland Park, Okayama ( Part 1)

Saya takut pada ketinggian.Gayat ! Malah, saya cuba mengelak daripada dijerat oleh anak-anak yang mahukan saya turut bermain roller coaster sewaktu lawatan saya ke Brazilian Washuzan Highland Park di Okayama, Jepun tempoh hari.

Walaupun dicabar, saya tetap berdegil lalu membiarkan Naomi dan anak-anak saja menjerit-jerit bermain roller coaster tersebut............