Wednesday, 24 July 2013

Kyoto Jurnal : Fushimi Inari Taisha !

Ini adalah kali kedua saya menulis tentang Fushimi Inari Taisha yang terletak di bandar Kyoto ini. Shrine yang terletak di kawasan pergunungan Inari ini juga baru saja selesai menjalani kerja-kerja membaik-pulih dan ianya kini kelihatan lebih menarik. Selain daripada terkenal dengan ribuan tiang-tiang torii berwarna merah, Fushimi Inari ini juga sememangnya cukup popular dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem-filem blockbuster seperti Memoirs Of A Geisha dan juga Karmen Rider 2012.

Kepada anda yang belum pernah sampai ke sini, saya ingin menasihati yang Fushimi Inari Taisha bukanlah kawasan lawatan yang sesuai untuk anda yang bercuti bersama-sama anak-anak kecil ataupun bersama warga emas oleh kerana lokasinya yang tinggi dan terletak hampir 230 meter diatas Gunung Inari . Oh Ya ! Bawa bersama air minuman dan pakai kasut yang bersesuaian untuk mengelak frustration sewaktu pendakian untuk sampai ke puncak.

















All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.






Tuesday, 23 July 2013

Itsukushima (Miyajima Island), Hiroshima.

Masih terdapat ribuan gambar-gambar perjalanan saya di Jepun tempoh hari yang belum sempat dimuat-turunkan disini. Semalam, saya terjumpa pula set gambar-gambar saya di Pulau Miyajima yang terletak di Hirsohima yang sudah pun saya upload ke dalam album Flickr tetapi tidak di blog saya. 

Inilah sebahagian gambar-gambar tersebut..

P/S: Anda perlu menaiki feri JR di tanah besar yang mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke Pulau Miyajima ini.











All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.

Moga Cepat Sembuh Adik Mahsuri ! / (Get Well Soon Mahsuri ! )

Tiada apa yang menarik untuk post kali ini. 
Saya hanya sertakan di sini beberapa keping gambar lawatan CSR dengan rakan-rakan sekerja tempoh hari yang pergi melawat adik Mahsuri dengan harapan beliau cepat sihat dan pulih seperti sedia kala. Mudah-mudahan segala doa kita semua dimakbulkan Allah s.wt.









All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.




Monday, 22 July 2013

Kyoto : Tinggal Hanya 120 Hari Lagi.




Malam ini genaplah sudah 13 Ramadhan. 
Ini bermakna sudah hampir dua minggu kita telah menjalani ibadat puasa. 
Pejam celik-pejam celik hanya tinggal kurang dari 120 hari lagi jugalah untuk saya pulang semula ke Kyoto. Kepada anda yang belum pernah sampai ke bumi matahari terbit ini, ambillah peluang untuk melawat ke sana mulai sekarang kerana visa untuk memasuki ke negara Jepun telah pun dimansuhkan semenjak awal bulan Julai yang lalu. 

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membeli tiket untuk kesana serta menyiapkan jadual ataupun itinerary lawatan anda untuk rujukkan pihak berkuasa.

Jumpa anda disana !



All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. 
Thank you.


Friday, 12 July 2013

35 Years Ago With Okasan !



Me & Okasan ( Mom )



All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, 6 July 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace 2013: Boeing F/A-18E/F Super Hornet (Part 2)


Lebihan gambar pesawat pejuang Boeing F/A-18 E/F Super Hornet yang diambil sewaktu pertunjukkan udara LIMA tempoh hari. Kalaulah ada blogger-blogger lain yang berminat untuk menggunakan gambar-gambar ini, kasilah credit sikit...Janganlah main belasah guna imej-imej ini tanpa mengambil kira penat-lelah si photographer...

 Nikon D300 200mm  f/4.0 ISO 200 1/640 sec


 Nikon D300 200mm  f/4.0 ISO 200 1/640 sec


 Nikon D300 200mm  f/3.2  ISO 200 1/1250 sec



Sedutan filem "Behind The Enemy Line" dari Youtube.








All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.






Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, 2 July 2013

Wishing Upon A Shooting Star (Nagareboshi), Langkawi Island !


Look up at the sky and look for a bright star...and you may find a shooting star !


Nikon D300 17mm f/2.8 30sec ISO2000


Ulu Melaka, Langkawi Island 
Malaysia.  




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. All photos are copyright the photographer and may not be used without written permission. Thank you.
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.





Sunday, 30 June 2013

Memburu Milky Way (Amanogawa) Di Pulau Langkawi,Malaysia.

Lupakan sejenak tentang kisah hantu langsuir yang diceritakan sering berterbangan dari pokok ke pokok berhampiran lembah bukit di Ulu Melaka. Lupakan juga tentang kisah jelmaan ular tedung selar sebesar peha yang juga dikatakan selalu melintas petak-petak sawah dan juga ancaman penunggu pepohon jawi di situ.

Semalam, saya sudah tiada ada apa-apa alasan lagi untuk tidak keluar rumah bagi mencari Milky Way kerana cuaca di langit adalah sangat baik dan juga sistem aplikasi Stellarium saya jelas menunjukkan yang Milky Way akan keluar dan merentasi langit malam di Pulau Langkawi dari arah Timur Selatan menghala ke Barat. Milky Way iaitu rangkaian himpunan jutaan bintang-bintang yang selalunya bercahaya dan tergantung pada langit malam ini selalunya mudah dilihat ketika bulan gelap tetapi oleh kerana pembangunan yang melampau dan juga light polution keterlaluan dari bandar-bandar berdekatan , ianya adalah mustahil untuk di lihat dengan mata kasar.Sebab itulah kadang-kadang kita pernah terbaca dan mendengar cerita yang peminat-peminat hardcore astrophotography sanggup memandu ratusan kilometer dari bandar bagi mencari kawasan yang bebas dari limpahan cahaya untuk tujuan fotografi.

Oh ya, bercakap tentang peminat astrophotography, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Alex Lim , penulis blog fotografi "Just Another Photography Enthusiast " yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada saya tentang penggunaan Stellarium dan juga bagaimana untuk "memburu" Milky Way di langit malam. Atas nasihat saudara Alex Lim lah , saya akhirnya berjaya juga mengambil gambar Milky Way tepat pada jam 10:09 malam berhampiran Kampung Mawar yang terletak di Jalan Makam Mahsuri Pulau Langkawi. Punyalah seronok, hanya Tuhan sahaja yang tahu !

Saya percaya, sekiranya saya mampu mengambil gambar Milky Way ketika bulan gelap ( semalam, bulan separuh penuh), hasil gambarnya pasti lebih menarik !



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



Nikon D300 17mm  f /2.8 30sec ISO 2000



All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. All photos are copyright the photographer and may not be used without written permission. 
Thank you.

Saturday, 29 June 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace 2013: Royal Malaysian Air Force "Smokey Bandits" MiG-29N/NUB.

Khabarnya pesawat Mig-29N milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (RMAF) dari Squadron "Taufan Ganas" No 17/19 berpangkalan di Kuantan ini akan digantikan dengan pesawat pejuang baru yang belum pasti jenisnya. The race is on dan mengikut spekulasi dan berita-berita dari majalah tempur mengatakan yang pesawat MiG-29N ini berkemungkinan besar akan digantikan dengan pesawat pejuang multirole Dassault Rafale buatan Perancis.

 
Apa-apa pun, sekalung tahniah untuk pasukan "Smokey Bandits" ini kerana sekali lagi berjaya memukau pengunjung LIMA 2013 tempoh hari. 


Nikon D300 / 70-200mm f/2.8

Nikon D300 / 70-200mm f/2.8

Nikon D300 / 70-200mm f/2.8

Nikon D300 / 70-200mm f/2.8






All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.






Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding. Thank you.

Monday, 24 June 2013

Spiritual : Koi Fish In Our Garden (Ikan Koi Di Halaman Sendiri)

Kalau sebelum ini saya terpaksa keluar hampir setiap penghujung minggu membawa anak-anak pergi ke taman permainan untuk memberi makan kepada ikan-ikan koi, kini ini tidak lagi. Ini kerana saya sendiri telah mempunyai kolam koi yang kini telah siap dibina di kawasan halaman rumah. Bagi saya, kolam ikan koi ini adalah cukup istimewa kerana ianya bersifat spiritual. Apa tidaknya, mendengar deruan air pancut serta peluang melihat sendiri telatah bagaimana ikan-ikan koi berenang di dalam kolam tersebut dapat mendatangkan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya...









All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.








Sunday, 23 June 2013

Super Moon 2013 & E.T ?

Sekali lagi kejadian Super moon akan terjadi hari ini.
Ianya bukan sahaja bulan penuh dan terbesar malah ianya adalah yang terdekat bulan pernah menghampiri bumi pada tahun ini. Alhamdulillah, kejadian alam yang cukup ajaib ini dapat saya saksikan sendiri di Pulau Langkawi !

Ambillah peluang menyaksikan peristiwa bulan penuh ini sebaik mungkin kerana bulan tidak akan sebegitu hampir lagi dengan bumi sehinggalah bulan Ogos, 2014.

 Nikon D300  300mm  1/250 sec   f/5.6  ISO 200
Purnama
(Gambar diambil pada 22/6/2013 di Pulau Langkawi)


(Kredit kepada Google)

ET
(Filem blockbuster 1982 karya Steven Spielberg)

   Setiap kali malam bulan penuh menjelma, ianya terus mengingatkan saya tentang filem "ET" dan babak magical di mana Elliott berterbangan di udara dengan basikal beliau membawa ET di hadapan bulan penuh ...






All images (The Moon) copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

 

Rashomon Gate : Misi November 2013 !


Saya pernah menyusuri sungai Kibune dan menjelajah ke pergunungan Kurama di Kyoto dalam misi mencari tentang kebenaran kisah Raja Tengu, Sojobo (Hantu berhidung panjang) yang dikatakan pernah mengajar ilmu pedang kepada Minamoto no Yoshitsune. Saya juga pernah menjelajah jauh ke kawasan pendalaman Fushimi di Kyoto menjejaki cerita hantu air Kappa yang dikatakan bertanggung-jawab merejam dan membunuh ramai kanak-kanak kecil yang bermain di kawasan tebing sungai. Pendek kata, saya cukup berminat tentang cerita mitos dan lagenda Jepun hinggakan saya pernah tidak tidur berhari-hari menjelajah ke seluruh pelusuk Jepun menjejaki cerita-cerita tersebut.
 


Naomi, Erika & Sojobo !
Gunung Kurama, Kyoto 



Saya & Kappa

Namun pengalaman yang ngeri yang masih saya ingat dan tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang adalah sewaktu saya merentasi “Gudang Berhantu” di Toei Uzumasa Egamura !

Apa tidaknya, saya sendiri melihat perempuan berambut panjang serta bermata merah melambai-lambai kepada saya sewaktu saya berada didalam gudang tersebut. Punyalah kuat saya menjerit hanya Tuhan saja yang tahu. Apa-apa pun, “hantu”  tersebut sebenarnya adalah pelakon-pelakon baru yang sedang berlatih menjadi hantu sambil menakut-nakutkan pelancung yang datang melawat ke studio perfileman yang terletak di pinggir bandar Kyoto! Kering darah juga lah!





Tugu Gerbang Rashomon !
(Foto: Kredit kepada Japan Navigator blog)

Langkah saya selepas ini adalah untuk kembali semula ke Kyoto pada bulan November untuk menjejaki cerita tentang pintu gerbang Rashomon yang kononnya pernah dihuni oleh si iblis Ibaraki - doji ! Walaupun pintu gerbang Rashomon ini sudah tidak lagi kelihatan dan kini tinggal hanyalah  tugu batu sebagai peringatan, tetapi masih terdapat juga cerita-cerita yang mendakwa bahawa makhluk Ibaraki-doji ini masih lagi menjelma dan sering kelihatan di kawasan bekas pintu gerbang Rashomon tersebut ! 



Watanabe No Tsuna Bertempur Dengan Ibaraki-doji.

(Foto: Kredit kepada Wikipedia)


Lagenda samurai pernah menceritakan tentang kisah Samurai bernama Watanabe No Tsuna yang pernah bertempur dengan Ibraki-doji. Diceritakan yang Kabuto (topi perisai samurai) yang dipakai Tsuna telah direntap dari belakang sewaktu beliau berjalan merentasi jambatan Ichijo-Modoribashi. Terkejut dengan situasi tersebut, Tsuna mencabut keluar pedang beliau lalu menyerang Ibaraki-doji. Semasa pertempuran tersebut, Tsuna telah berjaya mencantas lengan Ibaraki-doji lalu dibawa pulang. Lagenda juga mengatakan yang kononnya Ibaraki-doji telah berjaya mendapatkan semula lengan beliau setelah memperdaya Tsuna dengan menjelmakan dirinya menjadi salah seorang anggota keluarga Tsuna.Entah betul atau tidak cerita tersebut - wallahualam. 


Insya Allah. Saya akan menghuraikan lagi cerita tentang pintu gerbang Rashomon ini apabila saya berada disana kelak.






All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.









Saturday, 22 June 2013

Seta Bridge: The Tales Of Samurai,Dragon Princess & Giant Centipede.


I’m here at Seta Bridge,Shiga Prefecture searching for the truth behind the tales of "Rice-bag Toda” - the story dating back about 800 years ago.When Emperor Tsuchimikado fell into a critical condition, it turned out that the illness was caused by a huge centipede living in Mt. Mikami. Then Fujiwara no Hidesato shot three arrows at the same time from the bridge and they hit the huge centipede. Its head fell into the precinct of Sumiyoshi Shrine, the body into Katsube Shrine and the tail onto the ground near Karahashi Bridge in Seta village.








 
All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.