Wednesday, 22 April 2015

Siakap Merah : Petua Dan Cara Memburu Spesis Tersebut.

Berikut adalah beberapa fakta dan pengalaman saya sepanjang memburu ikan siakap merah.
 
-Saya percaya ikan siakap merah bergerak secara berpasangan. Bukan satu,bukan sepuluh tetapi dua ekor.
 
-Pengalaman juga menyebabkan saya percaya yang ikan siakap merah galak menyambar umpan sewaktu air mula bergerak naik dan sewaktu bergerak turun. Saya belum pernah dapat spesis ini sewaktu air pasang penuh.
 
-Waktu terbaik memburu ikan siakap merah adalah ketika hari yang air pasangnya mula naik sewaktu senja hingga ke awal pagi.
 
- Otai-otai kaki pancing boleh mengatakan apa saja umpan yang mereka fikirkan bagus tetapi saya berpendapat hirisan ikan kembung segar adalah yang terbaik
 
- Untuk pemancing tepi pantai berbatu, siakap merah kerap menyerang umpan yang dilemparkan berdekatan bongkah bongkah batu, batu timbul ataupun tepi-tepi struktur laut.

- Saya belum pernah mendapat ikan siakap merah pada siang hari. Kalau ada pun hanya bersaiz juvenile  (Melainkan casting ataupun memancing di tukun.)  
 
- Di Pulau Langkawi, ikan siakap merah kerap diburu di tebing batu berhampiran Sheraton Langkawi Resort hinggalah ke kawasan jeti Harbour Park.
 
- Saya juga pernah mendengar ikan siakap merah bersaiz  mega banyak dipancing di sekitar Teluk Datai , Langkawi Water Breaker dan juga paya bakau di Tanjung Rhu.
 
- Kata orang tua-tua, ikan siakap merah tidak makan umpan sekiranya ternampak nyalaan api dari puting rokok - saya agak bersetuju dengan kenyataan ini.
 
- Siakap merah tidak makan umpan ketika bulan terang ? Mitos! saya pernah mendapat
siakap merah di Sungai Kuah pada malam bulan penuh sewaktu saya keluar mencari ikan bulan tempoh hari.
 
- Saiz tali perambut 40 adalah yang terbaik.

Errrr....Ini bukan siakap merah tetapi dipanggil ikan Sharifah Aini.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Tuesday, 21 April 2015

Thank You So Much Chef Gordon Ramsay !

Naomi betul-betul bencikan si Gordon Ramsay. Kata Naomi, Chef Ramsay adalah seorang yang cukup ego, kaki bebal serta pembuli yang keterlaluan. Hmmmmmm.....Patutlah setiap kali saya cuba untuk menunjukkan kepada Naomi tentang rancangan masakkan Chef Gordon Ramsay di Youtube, beliau akan menolak.Benci katanya.
 
Seperti mana yang diketahui umum, Chef Ramsay yang berasal dari Scotland ini adalah seorang cukup panas baran. Macam-macam yang beliau komen dan kritik sekiranya kerja yang dilakukan tidak betul atau keterlaluan. Bagi anda yang selalu menonton rancangan beliau seperti siri rancangan Hell Kitchen, The F Word ataupun Kitchen Nightmare, anda boleh saksikan sendiri bagaimana pekerja-pekerja beliau dan tuan empunya restoran menjadi "bahan" dek kerana amarah beliau.
 
Saya bangun awal pagi tadi untuk menyediakan sarapan pagi untuk Naomi dan anak-anak. Memandangkan Naomi agak kurang sesuai dengan menu heavy breakfast seperti nasi lemak atau roti canai, saya hanya menyediakan hidangan roti, sosej, turkey ham, tomato serta scrambled egg dicampur cream untuk beliau. Walaupun segalanya disediakan dalam keadaan yang cukup kelam kabut kerana kesuntukkan masa tetapi taste hidangan itu memang cukup sedap. Komen yang sama juga saya terima daripada Naomi selepas beliau menjamah hidangan tersebut. Dan apabila saya memberitahu yang resepi itu saya belajar daripada seseorang yang paling beliau benci iaitu si Gordon Ramsay  - tersipu-sipu juga Naomi dengan ayat tersebut.

Apa-apa pun - thank you so much Chef Gordon Ramsay !!

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.
 
Sunday, 19 April 2015

RMAF Sukhoi 30MKM: Cant Get Enough? Here We Go !

Cant get enough of Royal Malaysian Air Force Sukhoi 30MKM ? Here we go again .............

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.
 
Friday, 17 April 2015

Kyotografi: Adashino Nenbutsu-ji.

Lagi gambar-gambar sekitar perjalanan ke Adashino Nenbutsuji di Kyoto tempoh hari. Jangan keliru dengan gambar-gambar terdahulu kerana Otagi Nenbutsuji dan Adashino Nenbutsuji adalah dua kawasan yang berbeza namun terletak agak berhampiran..  

Monday, 13 April 2015

Tokyografi : Last Autumn's Dream

Kawan-kawan di Kyoto selalu berpesan. Kata mereka, saya harus berada di Kyoto sebelum atau pada 26hb November setiap tahun jika saya ingat melihat sendiri bagaimana hebatnya pokok-pokok ginkyo bertukar warna. Kata mereka , Iwato Ochiba Jinja yang terletak dikawasan pergunungan Kyoto cukup menarik pada musim luruh dan saya harus bersetuju dengan pendapat mereka setelah melihat beberapa photo blog.
 
Namun entah kenapa, saya selalu gagal balik ke kampung ( Kyoto) pada waktu tersebut sebaliknya saya kerap memilih awal Disember untuk pulang.
 
Namun, kekecewaan tersebut terubat sewaktu saya berada di Zojoji Shrine ,Tokyo tempoh hari. Di sini, hamparan kuning dedaun ginkyo cukup menakjubkan walaupun tidaklah sehebat Iwato Ochiba Jinja....  
 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 12 April 2015

Mengejar Kelip Kelip Dan Ketam Hantu Shimonoseki !

Sebelum tidur semalam, saya bertanyakan semula tentang trip Shimonoseki kepada Naomi .Saya masih ingat dimana trip tersebut terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas masalah keselamatan kerana pergaduhan Yakuza yang semakin menjadi-jadi di wilayah Kyushu pada waktu tersebut. Oleh kerana keaadaan sekarang sudah reda dan tiada lagi pergaduhan selepas operasi besar-besaran oleh pihak polis, saya bercadang untuk ke sana semula pada bulan Oktober nanti.

Dan semalam juga, saya membaca semula kesemua teks Lafcadio Hearn KWAIDAN: STORIES AND STUDIES OF STRANGE THINGS dan salah satu cerita tersebut betul-betul membuatkan saya berasa untuk pergi ke Shimonoseki pada pagi ini juga. 
Berikut adalah gubahan kata selepas saya translate dari buku tersebut.

Shimonoseki, Wilayah Yamaguchi .

"Dan bahawa lautan dan pantai tersebut telah dihantui selama lebih tujuh ratus tahun .... Di satu tempat lain, saya diberitahu tentang ketam aneh yang sering ditemui di situ. Ianya dipanggil ketam Heike yang mempunyai muka manusia di belakang mereka dan dikatakan ianya adalah roh-roh samurai Heike yang terbunuh dalam perang Dan-no-ura . Terdapat banyak lagi cerita yang pelik untuk dilihat dan didengar berdekatan persisiran pantai tersebut. Pada satu malam yang gelap gelita, terdapat ribuan api seperti kelip-kelip berterbangan dan berlegar sekitar pantai sambil melintasi ombak yang membadai. Mengikut cerita tempatan api-api malap tersebut digelar nelayan sebagai Oni-bi ataupun api iblis. Dan apabila angin mula betiup, kedengaran juga suara orang bersorak-sorai ditengah lautan seperti sorakan di medan pertempuran."

Entah betul atau tidak - wallahualam. Tetapi saya banyak mendapat cabaran dari kawan kawan disana untuk menduga persisiran lautan tersebut.......Gulp !

Kredit:

  1. H. japonica photo, cafe.naver.com, accessed Jan. 26, 2010.
  2. Samurai Kubuki print, Utagawa Toyokuni Ill, 19th century, public domain.
  3. https://arthropoda.wordpress.com

Saturday, 11 April 2015

Kyotografi : Arashiyama Lagi !

Perjalanan saya menuju ke Otagi Nenbutsuji tempoh hari bermula dari stesen keretapi kecil yang terletak di Pekan Arashiyama. Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, Pekan Arashiyama ini sering dikunjungi oleh ribuan pengunjung pada sesuatu masa tetapi entah kenapa hari tersebut agak sunyi dari hari-hari biasa. 
Oleh yang sedemikian, saya mengambil kesempatan tersebut untuk berjalan-jalan disekitar bandar ini (walaupun sudah berpuluh kali pernah datang ke sini) sebelum mengambil bas untuk menuju ke lembah pergunungan Atago. 

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Friday, 10 April 2015

Kyotografi : Satu Malam Di Gion, Kyoto.

Sebagai orang Malaysia, saya akui suasana musim sejuk yang disulami dengan hujan amat tidak sesuai bagi saya. Tetapi, saya gagahi jua untuk keluar pada malam tersebut kerana saya tahu suasana malam berhampiran pekan Gion amat unik dan cantik sekali.
 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.
 
Monday, 6 April 2015

Test Shot Nikon D2H & Nikon 50mm f/1.8G

Setelah hampir setahun terperap dalam dry box, hari ini saya keluarkan semula kamera Nikon D2H saya untuk digilap dan servis mana yang patut. Walaupun saya akui bahawa kamera ini masih berada pada taraf professional grade, tetapi disebabkan resolusi megapixel yang terlalu rendah (4.1mp), maka saya jarang menggunakannya.

Namun begitu, saya masih berpendapat yang kamera Nikon D2H ini masih tetap hebat dan sesuai dalam keadaan tertentu seperti untuk sesi potrait photography, sports dan juga action shooting. Saya juga percaya keupayaan serta kepantasan 7 fps kamera ini tetap membuatkannya jauh lebih hebat dari DSLR lain seperti Nikon D3200,D7200 dan juga D300!

Bercakap tentang potrait photography, saya bercadang untuk membawa kamera D2H ini pulang semula ke Kyoto untuk pesta Jidai Matsuri nanti. Saya juga cuba mencari lensa yang sesuai untuk dipadankan dengan kamera tersebut dan cubaan pertama tadi adalah dengan lensa Nikon 50mm f/1.8. Hasil yang diberikan agak okay dan imej yang di crop (50%) juga nampaknya tidaklah teruk sangat. Harus diinigatkan yang kamera Nikon D2H ini hanya menggunakan DX format dan bukanlah full frame seperti yang "abang-abangnya" yang lain - Nikon D3,D3S,D3X,D4 dan D4S.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Sunday, 5 April 2015

Seorang Tua Di Kaki Gunung.....

Sewaktu gambar ini  diambil berdekatan gunung Fuji tempoh hari, caption "Seorang Tua Di Kaki Gunung" terus terlintas di pemikiran saya. Entah kenapa tiba-tiba tajuk buku karangan Azizi Hj. Abdullah itu muncul.Walaupun ini bukanlah gambar Tukya watak utama dalam buku tersebut tetapi saya suka betul dengan gambar ini. Ada sesuatu yang dapat saya rasakan. Sentimental betul !

Oh ya, sekiranya tuan empunya badan ternampak gambar beliau disini, beliau boleh menghubungi saya menerusi email. Ada beberapa keping gambar yang hendak saya berikan .

この写真に関しては、こちらまでお問い合わせ下さい。

Marketgarden77@yahoo.co.uk.

 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Thursday, 2 April 2015

Tokyografi: Harajuku, Omotesando & Yummy Crepes !

Awal juga saya bangun pada pagi tersebut - 4.30 pagi. Bukannya apa, terpaksa keluar awal untuk mengejar keretapi awal yang bertolak dari Rokujizo ke Kyoto Station dan kemudiannya kena pula melompat masuk ke Shinkasen untuk menuju ke Tokyo.

Selain daripada ke Shibuya dan Ikebukuro, saya sempat juga merayau-rayau ke Harajuku dan Omotesando mencari crepes kegemaran saya. 