Wednesday 2 September 2015

Kyoto's Travelogue : Epilog Musim Sakura Dan Tiket Tambang Murah AirAsia !

Terdapat ratusan gambar-gambar musim bunga sakura (Cherry Blossoms) yang saya ambil pada tahun lepas dan masih belum diproses sehingga semalam. Hampir kesemua gambar-gambar ini  saya ambil sewaktu trip balik kampong ke Kyoto pada penghujung bulan March hinggalah awal bulan April tahun 2014.

Kepada pembaca yang mahu melawat ke Kyoto, saya nasihatkan agar tiket dibeli awal bagi mengelakkan harga tiket yang selalunya melambung naik apabila dibeli pada saat-saat akhir. Untuk lebih mudah, beli saja tiket penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Kansai (Osaka). Tidak perlu bersusah-payah google mencari tiket murah syarikat lain kerana tiada yang mampu menawarkan harga tiket semurah dan "gila" seperti AirAsia !

Untuk makluman, Kyoto hanya terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Osaka dengan menaiki bas ataupun teksi. 
Enjoy !

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Tuesday 1 September 2015

Kyoto's Travelogue : Banyak Yang Halal Dari Haram Di Sini.

Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh tinggal di Jepun berminggu-minggu dan adakah saya terlalu mengambil mudah dalam bab makanan seharian? Terus terang saya  cakap, Jepun adalah negara yang cukup bertoleransi dan menghormati dalam bab-bab agama dan terdapat banyak restoren-restoren halal di Jepun terutama sekali di bandar Kyoto ini. Kesungguhan tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui halaman sesawang yang disediakan hinggakan hotel 5 bintang Kyoto Granvia hotel pun kini telah mempunyai sijil halal!  

Tak percaya? Cuba anda layari halaman di sini. Masih khuatir ?  Email saja kepada saya untuk maklumat tambahan. Selamat bercuti dan insya allah kita dapat berjumpa di Kyoto pada satu ketika nanti.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday 31 August 2015

Langkawi Black Bee Farm : Kami "Panggei Madu Kelulut" !

Says singgah sebentar ke Langkawi Black Bee Farm yang terletak di Sungai Itau  (Berhampiran simpang masuk ke Air Terjun Durian  Perangin) untuk melihat sendiri bagaimana ternakan tersebut diusahakan. Khabarnya madu kelulut ini sangat bagus dan sesuai untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti batuk, lelah, kencing manis dan lain-lain lagi. Ada juga cerita yang saya dengar kononnya madu kelulut ini boleh mengubati pesakit yang saluran jantungnya tersumbat. Entah betul atau tidak, wallahualam. Tetapi tidak salah sekiranya kita berusaha dan mengamalkannya. 

Apa-apa pun, hari ini saya berpeluang mencuba sendiri madu tersebut dengan menghirup terus dari sarang kelulut dan saya akui rasanya memang sedap !

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Sunday 30 August 2015

Rahmat Selepas Hujan : Air Terjun Temurun Langkawi.

Hujan lebat yang melanda Pulau Langkawi semenjak dua tiga hari yang lalu sedikit sebanyak telah memulihkan suasana kawasan air terjun seperti Temurun, Lubuk Semilang, Telaga Tujuh dan juga Durian Perangin yang selama ini jarang dikunjung orang kerana keadaannya yang kering kontang. Tak sangka, disebalik rungutan warga nelayan yang tidak dapat turun ke laut oleh kerana ribut, rupa-rupanya ada rahmat lain yang tersembunyi untuk bumi Langkawi. Sektor pelancungannya nampak agak baik dan seperti sudah pulih seperti sedia kala.

Alhamdulillah.Suasana pagi tadi betul-betul meriah di Air Terjun Temurun yang mula dipenuhi pengunjung.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday 20 August 2015

Strangers In The Night..........Welcome Ryoma Chan!

Strangers in the night

Exchanging glances
Wondering in the night
What were the chances
We'd be sharing love
Before the night was through?
Something in your eyes
Was so inviting
Something in your smile
Was so exciting
Something in my heart told me I must have you...............

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Friday 7 August 2015

Hiroshima 70th Anniversary : Gone But Not Forgotten !

70 years ago - 6th August 1945... around 8:15 a.m. Japan time, the B-29 Superfortress bomber "Enola Gay" from SQ 509 dropped the world's first 4,400 kilogram atomic bomb known as "Little Boy" above Hiroshima. About 80,000 people were killed immediately and 88,000 more people would die later from radiation. Although all those 168,000 lives are long gone, they are not forgotten!
 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday 9 July 2015

Iftar 21 Ramadhan

Suasana Iftar bersama Rumah Nurkasih dan kanak-kanak istimewa sekitar Pulang Langkawi. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan cukup lancar dan moga-moga acara tahunan ini dapat diterusan lagi pada tahun hadapan. 

Salam Ramdhan.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Saturday 27 June 2015

Rahmat 10 Ramadhan.

Saya agak kurang menulis semenjak kebelakangan ini akibat minor surgery di kepala pada 16th June yang lalu. Walaupun seminggu telah berlalu, luka tersebut agak lambat untuk sembuh dan saya mengambil cuti yang agak panjang untuk berehat di rumah.

By the way, hari ni genaplah 10 hari kita berpuasa dan alhamdulillah, Tsuyuiri (rainy) season pun dah macam on and off  saja di Langkawi dan kuranglah sikit bahang panas disini..

Hmmm..buah-buah mango belakang rumah pun boleh tahan juga hasilnya tahun ni...

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday 22 June 2015

Sayonara Sasuke Chan. I'll See You In Another Life When We're Both Cats !

Berita buruk pada pagi 5 Ramadhan. Sasuke-chan, kucing kesayangan kami sekeluarga akhirnya meninggal juga awal pagi tadi akibat komplikasi buah pinggang. Saya sekeluarga terpaksa menerima hakikat adalah lebih baik dia pergi daripada dia hidup merana. Tak sanggup rasanya lagi untuk saya & Naomi melihat dia muntah berbuih-buih diseluruh pelusuk rumah.

Sasuke - 5 tahun yang lalu.

Sasuke - 2 minggu lepas.
Sayonara Sasuke-chan ...See you in another life when we're both cats !

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Wednesday 17 June 2015

Curse Of The Black Flower O-Yoroi ?

Replika Yoroi milik Takeda Shingen ini dipamerkan di sebuah kedai buku berhampiran
Takeda-jinja, Kofu Jepun.

Kebanyakkan orang Jepun percaya Yoroi ataupun Kacchu milik samurai mempunyai kuasa mistik dan sangat luar biasa. Kononnya, selain dapat menghalau segala kuasa jahat dari memasuki rumah ianya juga boleh membawa tuah kepada seseorang dan memberi rahmat kepada seisi keluarga. Oleh kerana taksub akan kepercayaan tersebut, sebab itulah hiasan Yoroi ini banyak dipamerkan didalam rumah terutama sekali pada setiap 5hb Mei sempena hari kanak-kanak dengan harapan kanak-kanak tersebut dapat membesar dan menjadi gagah perkasa.
 
Erika mencuba Yoroi di Hiroshima Castle pada lawatan yang lalu.
 
Bila kita bercakap tentang yoroi, masalah harga selalu menjadi punca utama menghalang sesetengah keluarga memilikinya. Oleh kerana Yoroi ini dikategorikan sebagai pakaian ranking tertinggi samurai, harganya saja boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit bergantung kepada usia dan kualiti buatannya. Sebagai contoh, saya pernah melihat mini Yoroi milik Minamoto No Yoshitsune pernah dijual pada harga USD4,600, Takeda Shingen pada harga USD30,000 dan sudah tentu yoroi-yoroi antik buatan era Kamakura akan lebih mahal lagi. 
 
Beberapa set Yoroi termasuk replika milik Todo Takatora juga dipamerkan di Iga Ueno Castle di wilayah Mie, Jepun.

Saya kongsikan disini beberapa shot yoroi milik saya sebagai informasi. Walaupun harganya bukanlah ratusan ribu ringgit tetapi ianya tetap cantik dan mempunyai nilai tersendiri. Ini adalah replika O-yoroi "Black Flower" yang kononnya harus dijaga rapi kerana terdapat sumpahan. 