Friday, 16 September 2011

Senandung Anak Laut

Aktiviti untuk memanjat Gunung Mat Chincang hari ini terpaksa dibatalkan. Mengikut cerita teman teman, Air Terjun Temurun dikatakan kering kontang akibat kekurangan hujan semenjak dua tiga hari kebelakangan ini. Oleh kerana telah berjanji dengan anak anak untuk keluar untuk berexplorasi, maka terpaksalah saya menghala ke Tanjung Rhu lagi (minggu lepas sudah pun ke sana) untuk berkelah dan menyertai aktiviti penduduk tempatan seperti menarik pukat ikan di persisiran pantai.

Alhamdulillah, tangkapan ikan petang tadi agak banyak walaupun air singkat (surut melampau). 


Penduduk tempatan yang begitu rajin menyiapkan pukat untuk menangkap ikan. 


Permulaan. Aktiviti seperti ini selalunya dilakukan ketika air surut.   


Hanya ikan besar yang di ambil.Yang kecil harus dilepaskan semula.


Ikan Talang adalah majoriti ikan yang paling banyak dijerat petang tadi. 


Ikan buntal pun banyak. Kalau di Jepun, ikan buntal atau "Fugu" ini adalah menu masakan yang cukup mahal dan eksklusif di sana.


Walaupun tidak di makan, janganlah biarkan ikan tersebut mati. Adalah lebih baik ianya dilepaskan semula ke lautan untuk tatapan generasi akan datang.  


Tangkap dan Lepas.
  

Naomi, Nana & Erika di Tanjung Rhu video.