Sekali lagi, ramai penduduk tempatan yang datang membanjiri kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau langkawi untuk menyaksikan sekali lagi sesi latihan pasukan aerobatik yang datang untuk menyertai LIMA 2015 pada kali ini.
Hari ini, pesawat tempur J-10 Chengdu daripada pasukan "August 1st" dari China mula menunjukkan kehebatan mereka. Terbang dalam formasi bertiga, persembahan mereka cukup memukau dan mendapat pujian daripada pengunjung yang datang. Apa yang menarik lagi tentang pasukan ini adalah kesemua juruterbangnya adalah wanita !
Turut serta pada sesi latihan hari ini adalah pasukan Al Fursan daripada UAE, Jupiter dari Indonesia, Kris Sakti dari Malaysia dan juga Black Knights dari Singapura. Keseluruhan latihan pada hari ini berjalan agak lancar atas factor cuaca yang begitu baik. Namun begitu, saya agak kempunan hari ini kerana gagal mengambil gambar aksi berani mati pesawat tempur Sukhoi-30MKM TUDM menggayakan aksi aerobatic Pugachev Cobra ataupun "pusingan tedung".

Harap-harap esok atau lusa saya boleh merakamkan detik detik tersebut.
** Kesemua gambar-gambar diambil dengan menggunakan kamera Nikon 300 / Nikon D3000 / Sigma 70-300mm / Tamron 70-200mm f/2.8
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.
All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.