Pernahkah anda pergi melihat pertunjukan udara seperti LIMA ataupun acara yang lebih kecil seperti Subang Airshow ? Saya melawat semula pertunjukkan udara LIMA 2015 petang tadi selepas berada pada pertunjukkan yang sama 2 tahun lepas. Seperti biasa, suasana meriah mula terasa disini dengan kehadiran para peserta dan exhibitor dari seluruh pelusuk dunia walaupun acara sebenar hanya akan berlangsung pada 17hb March nanti.
Pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM, F/A-18 Hornet & BaE Hawk milik TUDM mengadakan sesi latihan formasi sebentar tadi.
Sukhoi 30 MKM & F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Nikon D3000 / 70-300mm / f/4.
Pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM, F/A-18 Hornet & BaE Hawk milik TUDM mengadakan sesi latihan formasi sebentar tadi.
Nikon D3000 / 70-300mm / f/4
Sukhoi 30 MKM & F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Dikhabarkan lebih daripada 500 syarikat menyertai LIMA pada tahun ini dan ianya merupakan acara LIMA yang terbesar pernah diadakan. Walaupun LIMA 2015 belum lagi dibuka untuk tontonan umum, rata-rata pengunjung yang datang cukup ramai serta berbaris panjang diatas look out point di Bukit Pemandangan Indah. Cuaca yang membahang langsung tidak mematahkan semangat mereka malah ramai yang datang ke sini bersama anak-anak mungkin mengambil kesempatan cuti sekolah. Masing-masing yang datang sudah tentulah berharap untuk melihat latihan "aerial display" pesawat tempur seperti Chengdu J-10 dari negara China, Sukhoi -30 MKM dari Malaysia dan juga F-16 Black Knights dari Singapura.
**Kesemua gambar-gambar diambil dengan menggunakan kamera Nikon 300 / Nikon D3000 / Sigma 70-300mm / Tamron 70-200mm f/2.8
**Kesemua gambar-gambar diambil dengan menggunakan kamera Nikon 300 / Nikon D3000 / Sigma 70-300mm / Tamron 70-200mm f/2.8
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved.
All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.