Monday 2 March 2015

Explorasi Memancing Langkawi : Redah Lumpur Mencari Perumpun !

Sedikit catatan ringkas sewaktu keluar memancing pada minggu lepas. Bukan senang rupanya kalau ingin menjadi seorang penjual perumpun apatah lagi menjadi nelayan sepenuh masa ! Gambar yang disertakan pada kali ini tidaklah terlalu fancy kerana hanya menggunakan kamera telefon bimbit. 


Kalau anda hendak tahu apa itu erti penat - turunlah sendiri mencari cacing perumpun ! 
Selain terpaksa meredah lumpur pada paras paha, anda juga berisiko dikejar buaya (Sungai Kubang Badak ini dihuni buaya).
 

"Datuk..Nenek..Cucu tumpang lalu... Cucu bukan nak cari pasal...Cucu nak cari perumpun"
( Jampi mantera sewaktu zaman kanak-kanak yang masih diguna pakai :-)


Cacing perumpun yang berjaya ditangkap. Perhatikan "kepompong" ataupun "sarang" perumpun yang diperbuat daripada dedaun kering. Perumpun-perumpun ini masih bersembunyi didalamnya walaupun sudah ditangkap.
Sungguh kreatif !


Satu lubuk memancing yang terdapat di Pulau Langkawi.Tiang-tiang ke kelong ini juga dihuni Kurau ataupun Senangin bersaiz kasar. Pernah satu ketika joran saya digasak alau-alu bersaiz belasan kilo hanya dengan berumpankan ikan kembung pasar !


Ikan gerut-gerut memang banyak terdapat disini. Umpan yang terbaik sudah tentulah cacing perumpun. Penggunaan tali dan umpan yang betul memainkan peranan utama didalam pemburuan spesis ini di Pulau Langkawi. Kalau gerut-gerut di tuas atau tukun kapal karam mudah dipancing, spesis yang bermain di gigi air ini pula agak berlainan. Anda harus menggunakan tali halus sebagai rigs ataupun menggunakan "apollo" berumpan untuk menjebak gerut-gerut ini.




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved.

All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.