Tuesday, 9 April 2013

Japanese Koi Pond - Do It Yourself (DIY).

Saya akui yang lawatan saya ke Istana Matsumoto di Wilayah Nagano, Jepun pada  beberapa tahun yang lepas banyak membuka minda dan minat saya untuk membela ikan koi hiasan. Kepada anda yang pernah ke sana, anda pasti terpegun apabila melihat ikan-ikan koi yang sebegitu besar dan sihat berenang-renang bermain dipersekitaran istana tersebut. Sekembalinya saya ke bandar Kyoto, saya dapati ruangan rumah disana adalah cukup kecil dan terhad - tiada ruang untuk saya membina kolam kerana kesempitan ruang. Ini kerana halaman rumah disana adalah terlalu padat dimana kawasan di hadapan rumah dipenuhi dengan rumah-rumah manakala belakangnya pula adalah kawasan jurang serta mempunyai anak sungai yang mengalir lesu (dulu tebing sungai ini adalah kawasan permainan Tanuki liar ataupun Japanese racoon dog).    

Hasrat saya untuk membina kolam sendiri akhirnya tercapai selepas saya membeli rumah  di Pulau Langkawi. Kolam ikan koi DIY (Do It Yourself) ini akhirnya berjaya dibina atas bantuan adik saya - peminat setia ikan koi. Percaya atau tidak, kos untuk membuat kolam ini adalah jauh lebih murah sekiranya anda tahu membinanya sendiri. Kalau ingin mengupah orang untuk membinanya, saya percaya kos pembuatannya boleh mencecah ribuan ringgit. Selain daripada perkara kebocoran kolam dan pam, banyak perkara yang harus diambil kira sebelum kita membina kolam koi. Perkara tentang pepohon naungan ataupun pokok-pokok yang perlu ditanam bagi menurunkan suhu kolam agar tidak terlalu panas harus difikirkan. Faktor-faktor lain seperti penjagaan kebersihan kolam dan kesihatan ikan juga perlu diambil kira.  Sebagai contoh, menanam pokok-pokok  gantungan bukanlah idea yang baik kerana lambat laun, dedaun ataupun debunga dari pokok-pokok tersebut akan jatuh kedalam kolam serta mengotorkan air kolam...

Bersambung..............

Semua imej hanya dari Iphone.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Wednesday, 3 April 2013

RAF Typhoon Mengganas Di Pulau Langkawi !

Typhoon!! 
Desas-desus akan kehadirannya sudah diramalkan semenjak beberapa bulan yang lalu namun ramai yang tidak mahu mempercayainya. Rata-rata berpendapat yang Typhoon tak mungkin akan datang ke Pulau Langkawi. 

Akhirnya segala persoalan tersebut terjawap apabila pada awal pagi 26hb March baru-baru ini, bumi Langkawi bergegar dengan deruman dan dentuman enjin Typhoon!!  Ramai yang melopong serta terpegun sambil memandang ke langit. Ramai juga yang sangsi adakah benar ianya Typhoon!  Apa yang saya maksudkan adalah kehadiran 2 pesawat tempur serba moden Eurofighter Typhoon yang datang ke Pulau Langkawi baru-baru ini. Kehadiran pesawat tempur tersebut cukup istimewa kerana ianya bukan dinanti-nantikan untuk pertunjukkan udara malah ianya dapat membantu kita untuk membuka mata sambil mempelajari dan mengetahui teknologi peperangan udara pada masa hadapan. Terdengar juga kata-kata semangat si pelawat kecil yang berkunjung datang ke Dewan Mahsuri tempoh hari - 

"Ayah, bila besar nanti adik nak jadi juruterbang Typhoon!"

( Semua gambar diambil dengan menggunakan kamera Nikon D300 bersama lensa 70-200mm f/2.8 dan Sigma 300mm).

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday, 2 April 2013

Langkawi International Maritime Aerospace 2013: Kehebatan Krisakti, Indonesia's Jupiter dan juga Smokey Bandit!

Kadang kadang kita terlebih puji akan kehebatan aksi-aksi memukau pasukan aerobatik negara barat. Maklumlah, aksi-aksi "berani mati" juruterbang mereka cukup handal jika hendak dibandingkan dengan juruterbang tempatan. Malah, saya sendiri pada ketika dulu adalah penyokong setia pasukan aerobatik Team Brietling dan juga pasukan-pasukan hebat lain seperti British RAF Red Arrow, Blue Angels dan Thunderbirds. 

Tetapi semenjak kebelakangan ini, perhatian saya sudah teralih kepada 3 pasukan dari negara Asean.Ternyata, kehebatan juruterbang-juruterbang  dari Asia ini juga tidak kurang hebatnya. Pendek kata, apa sahaja yang juruterbang barat boleh lakukan, mereka juga mampu melakukannya! Pasukan yang saya maksudkan tersebut adalah Team 1 Malaysia Krisakti, Jupiter Aerobatic Indonesia dan juga RMAF Smokey Bandit (saya akan menulis secara terperinci tentang Smokey Bandit pada post akan datang).Ketiga- tiga pasukan tersebut telah membuktikan kehandalan mereka di Pulau Langkawi minggu lepas sewaktu pertunjukan udara LIMA 2013.

MiG 29 Smokey Bandit.

Pasukan Aerobatik KriSakti

Lagi foto pasukan KriSakti.

Foto Team Jupiter Indonesia.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday, 31 March 2013

Langkawi International Maritime Aerospace 2013 : Boeing F/A-18E/F Super Hornet .

At 2,000 feet, the pilot of these F/A-18E/F  Super Hornet increased his speed and you can see vapor flickering off the curved surfaces of the plane. These photo was taken on 26th March 2013 during LIMA 2013 (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition) with Nikon D300 with 70-200mm f/2.8 lense. 

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Friday, 29 March 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace 2013 : The Russian Knights.

They are back to Langkawi - The Russian Knights.
Originally formed on April 5, 1991 at the Kubinka Air Base as a team of six Sukhoi Su-27s, the team was the first to perform outside the Soviet Union in September 1991 when they toured the United Kingdom. On December 12, 1995, disaster struck as three team jets flew in-formation into a mountainside near Cam Ranh, Vietnam during approach while en route to home from a Langkawi LIMA 1995 airshow during adverse weather conditions. The team now performs with four Su-27Ps and two Su-27UBs.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday, 28 March 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace 2013 : Sukhoi Su-30MKM

"Pugachev's Cobra" routine.
RMAF Sukhoi SU-30MKM captured at Langkawi International Airport.This photo was taken on March 26, 2013 in Langkawi, Malaysia, using a Nikon D300 with 70-200mm f/2.8 lense.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.
 
Sunday, 24 March 2013

Langkawi International Maritime Aerospace 2013.

Selamat datang kepada semua tetamu kehormat ke Pulau Langkawi dan juga pertunjukan udara terulung LIMA  (Langkawi International Maritime Aerospace Exhibition) 2013 yang akan bermula pada 26hb March sehingga 30th March 2013. Pameran aeroangkasa yang ke-12 ini akan diadakan di Dewan Mahsuri dan juga di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Antara pameran yang dijangka akan menarik perhatian para pengunjung adalah penyediaan komponen pertahanan, teknologi peperangan lautan ,telekomunikasi pertempuran udara yang serba canggih dan pertunjukkan udara oleh pasukan akrobatik TUDM.

Datanglah kalau ada peluang... 

P/S: Sorry.Tiada EXIF/data untuk photo kerana saya hanya menggunakan Iphone 5.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday, 23 March 2013

Galaxy Express 999 !

Sepanjang perjalanan saya ke Tsuruga tempoh hari, saya mendapati begitu banyak hiasan
patung tembaga terukir di tepian jalan. Jelmaan gadis jelita bernama Maetel ini cukup menarik perhatian saya malah ianya mengembalikan semula memori saya kepada siri cerita "Galaxy Express 999" sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.  

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday, 18 March 2013

Sakura Langkawi : Minggu Terakhir.

Saya melawat semula persekitaran Galeri Perdana Tun Mahathir yang terletak di Kilim pada petang semalam.Saya datang untuk melihat sendiri beberapa lagi pepohon bunga loceng yang bercambah keluar bak bunga sakura.

Gambar di bawah telah diambil pada lewat petang kelmarin sebelum matahari terbenam dan agak mengecewakan kerana tidak ramai orang ataupun pengunjung yang menghargai keindahan buinga-bunga tersebut kecuali saya.Berbeza sekali suasana sebegini di Kyoto pada musim sakura yang mana rata-rata penduduknya akan berebut-berebut mencari spot yang sesuai untuk Hanami!

Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 80mm ISO 200 1/13 sec f/32.

Dan sesetengah bunga telah pun gugur selepas dipukul angin dan hujan pada lewat malam semalam...

Nikon D300 70-200mm f/2.8 @ 70mm  ISO 200 1/13 sec f/32.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.
 
Sunday, 17 March 2013

Sekigahara 1600 : Mati Hidup Semula (Bahagian 2)

Tiada lagi tulisan berjela-jela untuk post hari ini. Hanya beberapa keping gambar disertakan disini sebagai tontonan.Lewat petangnya, kami memandu pulang ke Kyoto... 

  Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/125 sec

   Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/100 sec

    Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/125 sec
  
    Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 180 1/200 sec

    Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/200 sec

    Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/80 sec
 
   Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/125 sec
 
   Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/125 sec
 
   Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 125 1/200 sec

    Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/80 sec

   Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 180 1/200 sec
 
    Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/200 sec

 Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/400 sec
 
 Nikon D3000 50mm f/4 ISO 200 1/60 sec
 
 Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 200 1/500 sec
 
 Pada pandangan peribadi saya (patung Takeda Shingen pada gambar dibawah yang menyeru supaya peperangan ini dihentikan) adalah tidak sesuai untuk dipamerkan di sini. Ini kerana, Takeda Shingen tidak pernah terlibat dalam perang Sekigahara kerana beliau mati sebelum bermulanya peperangan tersebut.

Nikon D3000 50mm f/2.8 ISO 100 1/200 sec