Monday 8 June 2015

Two Weeks With My Daughters : Memancing Jempol Pulau Langkawi.

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah dua minggu hampir datang ke penghujungnya. Tiada sebarang aktiviti special dapat dilakukan dengan anak-anak kerana masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran. Maklumlah, peperiksaan besar just around the corner.  Kena berusahalah sikit. Bagaimanapun, kelmarin saya bawa juga Nana & Erika keluar memancing di Teluk Burau sambil berjalan-jalan menghirup udara segar petang.
 
Alhamdulillah, umpan roti yang saya sediakan untuk memancing ikan loban dan jempol betul-betul menjadi dan banyak juga ikan yang kami boleh kelmarin. By the way, harap maaf kerana kualiti gambar agak selekeh. Hanya menggunakan kamera cellphone jer ni. 


Padang pancing - Teluk Burau, Pulau Langkawi.

Umpan mujarab untuk Tamok, Loban, & Jempol,

Jempol pertama daripada 12 ekor yang kami dapat.

Kerapu juvenile.
Dilepaskan balik umtik pancingan hari depan. 

Lagi kerapu juvenile yang berjaya dinaikan.
Hampir 30 ekor kami dapat pada petang tersebut. 

Hidangan ikan jempol bakar untuk dinner petang kelmarin.

Selebihnya dimasak steam.




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.








 

Friday 5 June 2015

Japan's Photoshelter : No More "Carpet Bombing" Photography !

 
Nikon 17-55mm f/2.8.

Rakan-rakan facebook selalu bertanya bagaimana saya boleh picit shutter kamera dan mengambil 7000 hingga 8000 gambar setiap kali saya pulang ke Jepun. Tak letih ker? Tak sakit jari ker? Macam macam yang ditanya. Bermula dari jenis dan size CF/memory card hinggalah shooting mode apa yang saya gunakan (RAW atau JPEG).

Jawapannya simple. Saya selalu keluar rumah bersama tiga kamera ! Ya anak-anak...ikut cikgu cakap.. tiga..T.I.G.A ! Sebagai contoh, saya selalu keluar bersama kamera Nikon D3000 yang dipadankan dengan lensa 50mm f/1.8, Nikon D700 bersama dengan lensa 70-200mm f/2.8 dan satu lagi Nikon D300 atau Nikon D2H sebagai kamera simpanan. Eh... Kenapa banyak sangat bawa kamera? Alasannya mudah. Saya cukup benci menukar lensa. Lebih meluat lagi sekiranya saya balik ke Jepun pada musim sejuk. Baru lima minit buka glove untuk menukar lensa, jari jari sudah berasa seperti hendak putus kerana terlalu sejuk! 

 Saya juga masih ingat bagaimana saya screwed up photo op semasa saya di Tokyo DisneySea satu ketika dulu. Saya missed banyak shots ketika acara night parade. Terlalu banyak saya membuang masa. Yer laa..benda dah lalu depan mata, kita pula baru terhegeh-hegeh hendak menukar lensa. Banyak moments yang melepas. Tetapi, alhamdulillah, dua tahun kemudian saya berjaya "membalas dendam" dengan menggunakan teknik tiga kamera ni. Ada juga yang memberi nasihat kepada saya supaya menggunakan saja kit lens (18-55mm) pada satu kamera kerana ramai yang percaya ianya adalah lensa yang agak sempoi serta pelbagai guna tetapi saya mempunyai alasan yang berbeza.




Bercakap bab lensa , sudah menjadi tabiat saya semenjak kebelakangan ini hanya worked only with prime lens. Lensa-lensa seperti 50mm f/1.8, 85mm f/1.4 dan 70-200mm f/2.8 adalah lensa pilihan dan selalu saya bawa bersama walaupun saya menyedari yang 70% of my shots were with 17-55mm. Harus diingatkan terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira sebelum anda decide untuk mengusung segala lensa-lensa ini. Bayangkan beg kamera Lowepro seberat 7 kilogram tergantung dibelakang anda sambil berjalan kaki 10 hingga 15 km setiap hari. Ianya adalah satu bebanan yang boleh potong steam segala percutian !!! 


DX Format Vs Full Frame.


Teringat pula pesanan dari seorang sahabat Jepun kepada saya satu ketika dahulu. Waktu tersebut saya pula baru mula belajar mendekati dengan kamera dan ilmu fotografi. Katanya "Cukuplah sekadar bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur dibom tentera berikat puluhan tahun yang lalu. Engkau janganlah pula "carpet bombing" seluruh Jepun dengan cara photography engkau. Rajin-rajinlah belajar". 

Adeeehhhh... Perli lah tu! 

By the way, saya sertakan disini beberapa keping gambar yang diambil dengan weapon of mass seduction saya iaitu Nikon D300, D3000, D2H dan juga D700 bersama segala jenis prime lens untuk dikongsi bersama. !

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D700 + 17-55mm f/2.8

 Nikon D3000 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 70-200mm f/2.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8 

Nikon D300 + 70-200mm f/2.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D700 + 70-200mm f/2.8

Nikon D700 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8



Nikon D3000 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Gambar lama: Nikon D3000 bersama lensa standard  18-55mm.
Not bad ehh?





All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday 4 June 2015

Api Api Isaribi : Spirits Of The Defeated Heike Samurai Atau Alien?

Gambar Isaribi pillar lights yang sempat dirakamkan oleh tuan empunya blog Serilery.

Memetik cerita dari buku Kwaidan - Stories & Studies Of  Strange Things;
 " But there are many strange things to be seen and heard along that coast. On dark nights thousands of ghostly fires hover about the beach, or flit above the waves,--pale lights which the fishermen call Oni-bi, or demon-fires; and, whenever the winds are up, a sound of great shouting comes from that sea, like a clamor of battle" .
 So, cerita tentang jelmaan roh-roh pahlawan Heike yang terbunuh sewaktu pertempuran Dan-no-ura yang kononnya kerap kali muncul di persisir pantai Shimonoseki akhirnya terjawab bulan lepas setelah seorang blogger tempatan berjaya merakamkan kemunculan api-api tersebut. Setelah dikaji selidik, rupa-rupanya api-api itu bukanlah hantu, makhluk asing ataupun ikan-ikan buntal yang tertelan gas helium lalu terapung naik seperti belon-belon funfair.Tetapi ianya disebabkan oleh pantulan cahaya daripada lampu bot-bot yang sedang menangkap ikan yang diserap naik oleh kepingan-kepingan serbuk ais yang terdapat disekitar pantai tersebut  😭😭   
Dikatakan fenomena aneh ini terjadi kerana perubahan cuaca dan suhu yang tiba-tiba merudum turun. Hmmm ...So kurang la thrill nak ke sana nanti. By the way, anda boleh melihat beberapa lagi gambar-gambar Isaribi pillar lights tersebut di Blog Serilery



Wednesday 3 June 2015

All The Way North : Meredah Pergunungan Kurama.

 Kalau anda rajin berjalan, kawasan pergunungan Kurama di wilayah utara Kyoto menawarkan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Sebagai contoh, sewaktu saya menaiki keretapi comel Eizan dari stesen Demanchiyanagi ke Kurama-dera, saya sempat turun ke satu stesen kecil disini. Rupa-rupanya susur jalan kecil ini saja menempatkan beberapa tourism spots yang cukup  mashyur di Kyoto seperti Manshu-in, Shisendo, Tanukidaniyama Fudoin (saya pernah menulis di sini) , Konpuku-ji, Enko-ji, Hachidai Jinja dan Ichijo Sagari-Matsu.
 
Punyalah excited, hanya Tuhan saja yang tahu. Kepada yang berminat sangat dengan onsen ataupun mandian spa , harga tiket masuk yang dikenakan hanyalah sebanyak JPY2500 hingga JPY10,000 (RM30). Tapi jangan ler pula datang ke sini pada bulan Januari atau Februari. Silap-silap tak boleh keluar kerana lambakan salji nanti. 
 
Jom !!
 




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.
 

Tuesday 2 June 2015

Kobuku-zakura : Mekarnya Dua Kali Dalam Setahun.

Bunga Kobuku-zakura ni agak rare. Ianya berasal dari  family bunga Sakura walaupun  sekali pandang nampak macam bunga Ume. Berlainan dengan bunga-bunga Sakura (Cherry Blossom) lain yang berkembang pada penghujung bulan Mac atau awal April , ianya mekar seawal musim sejuk. Ada sesetengah orang berkata ianya kembang dua kali setahun.
 
Agak beruntung juga saya kali ini kerana berjaya mengambil sekeping dua gambar untuk dikongsi bersama.  







All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.




 

Monday 1 June 2015

Badi Wayang Kulit : Rasa Seperti Di Rasuk Hantu Siam !


Isteri saya Naomi kata, semenjak kebelakangan ini saya seperti dirasuk hantu atau terkena badi orang mati. Katanya lagi, saya banyak senyum sendirian dan kadang-kadang dia terdengar saya menyanyi lagu Siam di dalam bilik air atau sewaktu saya di kitchen menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Semalam Naomi kata dia terdengar  saya ketawa sendirian dalam bilik. Katanya lagi, adakalanya saya ketawa kecil dan ada ketika saya ketawa besar. Panik juga beliau. Naomi mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi ? Saya kata saya okay tetapi dia masih tidak berpuas hati.

 

Saya kemudiannya mengambil keluar ipad lalu saya tunjukkan dua video wayang kulit. Satu daripadanya adalah wayang kulit Etong dari Asun dan satu lagi dari Sri Nerang. Selepas saya explain satu persatu barulah dia faham kenapa saya jadi begitu....

 Dirasuk hantu siam rupanya....:D
 

 
 
  
Dashyat sungguh loghat orang Kedah ! Setiap bait kata-kata Etong dan Pak Tam masih melekat dikepala saya. Walaupun wayang kulit dahulunya hanyalah jenaka hiburan untuk orang-orang kampong seperti saya tetapi jalan cerita serta pengajarannya cukup sempurna.
 

 
 
Kehebatan Tok Dalang Sri Nerang menyanyikan lagu Rambong Loy Kratong masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga hari ini!
 
 
 
 
 
 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.
 
 

Sunday 31 May 2015

Kyoto Jurnal: Blistering Hot Dan Ramadhan Pula Bakal Berkunjung Tiba.


Bandar Kyoto sewaktu lewat senja tempoh hari.

Bulan June bakal menjelang tiba.Begitu juga dengan Ramadhan. Bandar Kyoto yang sebelum ini dirahmati dengan beberapa musim yang sangat menarik kini sedang bersiap sedia menghadapi bahang musim panas.Terus terang cakap, musim panas di Kyoto tidak sama langsung dengan pengalaman musim kemarau di Malaysia. Cuaca disini cukup panas.Kadang-kadang panasnya boleh mencecah sehingga 36 darjah celcius. Kedudukan geografinya yang dikelilingi dengan tiga kawasan pergunungan membuatkan anda berasa seperti berada didalam kawah yang sedang dimasak atas api. Lebih teruk lagi, tiada langsung tiupan angin waktu musim itu nanti.Keaadan begini selalunya berlarutan sehingga pertengahan bulan September.
Hmmm satu dugaan berat untuk orang Islam untuk berpuasa disini nanti. Moga-moga kurang atau tiada lagi kisah penduduknya yang dihantar masuk ke hospital akibat heatstroke atau heat exhaustion nanti. 
Amin...



 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.














Saturday 30 May 2015

Sumpah Mahsuri Padang Jarak Padang Terkukur.

Mengikut kenyataan cerita tersebut...

"Mahsuri ditambatan terdedah berhujan panas untuk beberapa hari, namun Wan Darus suaminya yang keluar berperang di Kuala Kedah tidak juga balik. Sekalipun banyak pihak yang cuba menghalang dengan berbagai tawaran dan alasan, Dato Seri Pekerma Jaya yang terkenal berpendirian tegas terus memberi arahan supaya Mahsuri disula sampai mati !

Darah Mahsuri yang putih menimbul tanda tanya orang beranggapan dia sebenarnya terkena korban fitnah. Sumpah Mahsuri Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan seakan menjdi kenyataan......."















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Friday 29 May 2015

Revisiting Kyoto's Kizakura Kappa Country & Mythological Kappa Museum !

Ini adalah kali keempat saya menulis tentang hantu air Kappa (sini, sini dan sini ) serta lawatan saya yang kedua ke Kizakura Kappa Country di Fushimi,Kyoto. Suasana disini masih sama dengan lawatan terdahulu namun kebersihan kawasan sekeliling lebih bersih dari sebelumnya. Walaupun kilang ini terletak agak dekat dengan rumah saya di Uji,Kyoto tetapi agak boringlah juga kalau selalu datang ke tempat yang sama.

Saya juga diberitahu yang reputasi minuman sake jenama Kizakura ini masih belum terjejas malah berada dalam kelasnya yang tersendiri walaupun Jepun kini dipenuhi dengan lambakan sake pelbagai jenama.  

 
Signboard pintu masuk.
Kizakura Kappa merupakan satu jenama besar dalam pembuatan sake di Jepun

Lokasinya terletak agak dibelakang dan bukan dilaluan utama. Kena betul-betul cari baru boleh jumpa. 

Contoh product dari kilang Kizakura Kappa Country di Kyoto. 

Antara reality atau lagenda.
Replika hantu Kappa. Kasihan dekat dia.Setiap kali ada kes orang mati lemas, semua tudahan dilemparkan kepadanya.

Penjelasan tentang Kappa. 

Replika Kappa di halaman kilang Kizakura.

Up,Close & Personal.
Sekali tengok, cute juga mambang ni. 

Nana bersama Kappa. Nak pegang pun takut !

Kappa.
Ramai yang percaya tentang kewujudannya.

Lagi cerita tentang hantu-hantu air.

Kappa. Full caption.




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday 28 May 2015

Kota Mahsuri : Blast From The Past.

Glorious Rumah Kedah At Kota Mahsuri, Langkawi.



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.