Ini adalah kali keempat saya menulis tentang hantu air Kappa (sini, sini dan sini ) serta lawatan saya yang kedua ke Kizakura Kappa Country di Fushimi,Kyoto. Suasana disini masih sama dengan lawatan terdahulu namun kebersihan kawasan sekeliling lebih bersih dari sebelumnya. Walaupun kilang ini terletak agak dekat dengan rumah saya di Uji,Kyoto tetapi agak boringlah juga kalau selalu datang ke tempat yang sama.
Saya juga diberitahu yang reputasi minuman sake jenama Kizakura ini masih belum terjejas malah berada dalam kelasnya yang tersendiri walaupun Jepun kini dipenuhi dengan lambakan sake pelbagai jenama.
Saya juga diberitahu yang reputasi minuman sake jenama Kizakura ini masih belum terjejas malah berada dalam kelasnya yang tersendiri walaupun Jepun kini dipenuhi dengan lambakan sake pelbagai jenama.
Signboard pintu masuk. Kizakura Kappa merupakan satu jenama besar dalam pembuatan sake di Jepun |
Lokasinya terletak agak dibelakang dan bukan dilaluan utama. Kena betul-betul cari baru boleh jumpa. |
Contoh product dari kilang Kizakura Kappa Country di Kyoto. |
Antara reality atau lagenda. Replika hantu Kappa. Kasihan dekat dia.Setiap kali ada kes orang mati lemas, semua tudahan dilemparkan kepadanya. |
Penjelasan tentang Kappa. |
Replika Kappa di halaman kilang Kizakura. |
Up,Close & Personal. Sekali tengok, cute juga mambang ni. |
Nana bersama Kappa. Nak pegang pun takut ! |
Kappa. Ramai yang percaya tentang kewujudannya. |
Lagi cerita tentang hantu-hantu air. |
Kappa. Full caption. |
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site.
Thank you.