Sunday, 14 August 2011

Nijo Jo (二条城 ) - Bukti Kegemilangan Tokugawa Shogunate.

Saya banyak menerima permintaan daripada sesetengah pembaca terutamanya pelajar yang mahukan blog saya dialih bahasakan ke bahasa melayu agar ianya mudah difahami.Untuk pengetahuan umum, pengalaman saya di Nijo Jo,Kyoto ataupun Istana Nijo di Kyoto Jepun  ini pernah saya tulis di blog lama saya (Samuraiblues.Com) pada tahun 2010.
Tetapi oleh kerana masalah teknikal, ianya masih gagal di buka sehingga hari ini.
Oh Ya, saya sertakan di sini beberapa keping gambar dari lawatan tersebut untuk dikongsi bersama. Ternyata, keindahan istana tersebut tidak ubah seperti di dalam gambar "Shogun" lakonan Richard Chamberlain dan Toshiro Mifune yang cukup "meletup" dipanggung pada awal tahun 80'an dahulu.  


Naomi dan Sachiko sibuk memikirkan ke mana arah tuju kami selepas ini. Gambar diatas di ambil di bukit bersebelahan Nijo Jo pada lewat petang musim luruh di Kyoto. 


Setelah hampir seluruh pelusuk Nijo Jo diterokai , ternyata lantai  "Nightingale" adalah satu ciri keselamatan yang cukup unik. Ini kerana lantai di dalam istana ini akan mengeluarkan satu bunyi yang unik seperti burung "Nightingale" sekiranya di pijak dan bunyi bunyi tersebut secara tidak langsung adalah amaran untuk penghuni istana menandakan ada musuh cuba menyeludup masuk.


Nijo Jo dibina pada tahun 1601 dan siap sepenuhnya pada tahun 1626 pada zaman pemerintahan Tokugawa. Halaman utama Nijo Jo pernah terbakar hangus pada tahun 1750 akibat panahan kilat dan tahun 1788 , ianya terbakar sekali lagi akibat kebakaran besar Bandar Kyoto. Namun, usaha pemulihan berjaya dilakukan pada tahun 1893.Untuk pengetahuan umum, lokasi Nijo Jo yang bersebelahan jalan utama ini menjadikan ianya salah satu tempat yang cukup mudah untuk dilawati. 


Salah satu menara kawalan di Nijo Jo. Kemungkinan besar ini adalah menara yang pernah dipenuhi oleh unit pemanah samurai pada zaman medival. Perhatikan juga dinding batu di tebing sungai tersebut.Adalah hampir mustahil untuk pihak musuh memasuki istana tersebut tanpa mengharungi kesusahan dan halangan.       


Erika hampir sesat bermain di dalam Nijo Jo kerana kagum dengan kecantikkan dan keindahan istana ini terutamanya pada musim luruh. Anda dapat melihat daun-daun Gingkyo ataupun "icho" yang gugur berteraburan diatas rumput di dalam gambar diatas.


Nana juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Nijo Jo.




 Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog
All images copyright © Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.
 with the condition  that they are credited to
http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.