Saya tidak pernah menyesal meninggalkan tanah besar dan berhijrah ke Pulau Langkawi semenjak 15 tahun yang lalu.Bagi saya, suasana di sini amat nyaman, hutan hujannya masih subur menghijau dan banyak puncak puncak bukit disini mempunyai pemandangan yang amat menakjubkan. Subhanallah !
Explorasi ke hutan Gunung Mat Chincang sekali lagi membuktikan yang ianya masih berpotensi besar untuk menjadi Taman Hidupan Liar di Langkawi.Ini kerana hutan hujan ini masih terdapat burung burung, haiwan hutan serta serangga eksotik pelbagai warna dan rupa yang ditemui sepanjang ekspidisi tengah hari tadi.
Berbagai pohon pohon besar bersaiz balak juga tumbuh subur di hutan ini dan sesetengah flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi. Contoh terbaik- pokok Tongkat Ali !
Pendek kata, "product" sudah ada, hanya menunggu agensi tempatan yang berminat saja untuk membuat promosi. Tetapi janganlah sampai kawasan hutan hujan tersebut terlalu "dicommersialisedkan" dan berkemungkinan menjejaskan alam sekitar Pulau Langkawi.Sebagai contoh, bilangan pelawat harus dihadkan supaya tidak mengganggu dan merosakkan alam sekitar. Cuba tengok apa sudah jadi dengan Pulau Payar akibat kegagalan memantau bilangan pelancong yang berlebihan masuk?
Punah ranah akhirnya.
Pesanan saya, pemantauan berterusan diperlukan di kawasan ini untuk mengelakkan pihak-pihak tertentu menyeludup keluar hasil eksotik hutan seperti pelanduk, napoh dan ayam hutan ataupun pepohon balak untuk tembolok taukeh-taukeh besar. Puak puak yang mencuri hasil hutan ini tidak memahami nilai sebenar hutan. Bagi mereka, hasil hari ini adalah lebih penting dari hari kemudian. Mereka terlupa apa yang orang putih pernah berkata "Look deep into nature, and then you will understand everything better".
Diharap rayuan saya ini mendapat kerjasama kerajaan negeri dan sokongan anda semua yang masih menghargai pemberian Allah amatlah dihargai. Bukannya apa, semoga generasi masa depan dapat menikmati keindahan alam hasil perjuangan pejuang hari ini :-)
Amin !
P/S: The above is free from any political mileage.Hanya pendapat jujur tuan empunya blog.
Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.