Friday, 26 August 2011

Thank You AirAsia !


Promosi Terbaru AirAsia

Alhamdulillah ! Akhirnya , AirAsia X mengumumkan penerbangan masuk ke Osaka,Jepun 4 kali seminggu mulai 30th November 2011. Ini adalah merupakan laluan ke 16 AirAsia X selain ke UK,Australia,Taiwan,China,Iran,France, New Zealand, India dan Tokyo. Lebih mengembirakan lagi apabila diumumkan yang pesawat AirAsia ini dibenarkan mendarat di lapangan terbang Kansai dan ini bermaksud saya hanya memerlukan satu jam perjalanan untuk sampai ke rumah di Kyoto!

Terima Kasih Tan Sri Tony Fernandes - CEO AirAsia Berhad ! Saya kini tidak perlu lagi membazirkan duit tiket penerbangan saya yang kadang-kadang mencecah RM10,000 untuk pulang ke Kyoto kerana AirAsia menawarkan harga serendah RM4,200 ( dua hala) untuk kami sekeluarga.

 Odaiba City,Tokyo Japan 

Naomi impikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Haneda,Tokyo sebelum mengambil "Shinkasen" menuju pulang ke Kyoto. Besar kemungkinan kami memilih penerbangan pulang dari Kansai ke Kuala Lumpur !

Odaiba City,Tokyo Japan 

Buat One Chan dan Oni San , kami sekeluarga amat rindukan anda berdua. Tunggulah kepulangan kami semula pada pertengahan bulan March nanti atau pun penghujung tahun hadapan.

Hiroshima Genbaku Dome ( Google image)

Errrr.....dan saya dan Naomi bercita cita untuk sampai ke Hiroshima tahun depan :) !