Thursday, August 18, 2011

Hiroshima: Bridge to Forgiveness - Bacaan Terbaik Buat Semua !


Buku karangan Takashi Tanemori berjudul Hiroshima: Bridge To Forgiveness adalah bacaan terbaik yang pernah saya baca untuk tahun 2011. Buku yang berbaur dengan perasaan benci dan sayang ini adalah kisah benar dan memoir penulis sendiri yang menyaksikan kezaliman tentera bersekutu mengebom bandar Hiroshima pada bulan Ogos tahun 1945. Akibat serangan dasyat tersebut, Takashi kehilangan ibu bapa serta 2 lagi adik beradik dan beliau sendiri menjadi yatim piatu. Diceritakan juga disini kisah penulis yang terpaksa hidup sendirian dijalanan sehingga berumur 18 tahun dimana beliau bertekad untuk ke bumi Amerika untuk membalas dendam !
 (Anda boleh membaca kisah post serangan keatas Hiroshima oleh saya disini : http://hasnulyakin.blogspot.com/2011/04/re-issue-surat-terbuka-buat-president.html


Buku ini juga menjelaskan bagaimana penulis mengharungi hidup yang tertekan akibat radiasi bom atom sewaktu beliau berumur 8 tahun sehingga ke hari ini.  

Sebuah buku "spiritual" yang harus dibaca !





3 comments:

  1. bro... darah jepung doh masuk dalam diri ker... apa pun jeragang rasamemang menarik.. jeragang sendiri berasa Takashi Tanemori ada sebab yang kukuh mempunyai semangat dan persepsi begitu....

    ReplyDelete
  2. Saudara Jeragang, tak ler juga.Hakikat cerita tersebut tak serupa yg dimaksudkan.Sesampainya beliau di tanah US,beliau menjadi seorang pemaaf.Katanya,darah tak seharusnyer dibayar dengan darah.Cukuplah sekadar beliau yang sengsara kerana beliau tak sanggup melihat orang lain menjadi seperti beliau. Fuuuuhhhh !!! Cedih sungguh ni :(

    ReplyDelete

Pulau Langkawi : Home Is Where The Heart Is.

One of my favourite place.. A space that raised me, the birth place of my dreams. I really feel connected like I’m part of its puls...