Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan Dari Kami Sekeluarga !

Tersenyum saya melihat gelagat Nana & Erika yang sibuk bertanya tentang puasa.
Walaupun saya tahu kedua-duanya ada yang puasanya “terbabas” pada tahun lepas, tetapi alhamdulillah, mereka betul-betul mencuba !  

Begitu jugalah zaman sewaktu saya kecil-kecil dulu mengharungi bulan Ramadhan. Bukan hanya setakat air paip sanggup diminum bahkan air perigi pun dikira pakai jua. Semuanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi, maklumlah jika diketahui emak, nescaya saya akan dirotan dan tidak boleh berbuka bersama.

Ah! Alangkah seronoknya jika dapat diputarkan masa. Saya ingin kembali menikmati hidup di kampong yang tenteram lagi serba sederhana. Hidup dimana waktu berbuka hanya diterangi pelita atau lampu minyak tanah.Hidup yang sentiasa terpancar keriangan pada wajah arwah emak dan adik walaupun hanya menikmati pajeri nenas dan perkasam ikan sepat benua sewaktu sahurnya !

Kenangan lalu mengusik jiwa!

Salam Ramadhan Dari Saya Sekeluarga Untuk Anda Semua Di Luar Sana !

Nikon D3000 Nikkor 50mm f1.8 1/200 sec ISO 200

Nikon D3000 Nikkor 50mm f1.8 1/200 sec ISO 200






All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Thursday, 19 July 2012

Enough Said: Nikon AF-S NIKKOR 50mm f/1.8G Lens.

The Nikon AF-S NIKKOR 50mm f/1.8G Lens is a great prime lens for portrait and travel photography.Look at the few pictures I have posted !

Nikon D3000 50mm f2.8 1/400 sec ISO100


Nikon D3000 50mm f2.8 1/400 sec ISO100


Nikon D3000 50mm f2.8 1/400 sec ISO100
( Sort of brutal editing lol !)


** Kesemua gambar-gambar diambil di Tasik Biwa, Wilayah Shiga, Jepun pada March 2012.

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Wednesday, 18 July 2012

Lobak Putih? Daikon Ashi @ だいこんあし !!

Saya percaya yang pemakanan saya di Jepun lebih teratur dan sihat jika dibandingkan
semasa saya di Malaysia. Selain daripada tidak menjamah makanan yang berminyak atau yang digoreng, hampir kesemua makanan yang dihidangkan diatas meja adalah yang baru direbus atau disalai. Rasanya, orang jepun betul-betul mengambil berat akan kesihatan mereka. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang ditanam.Jarang sekali ianya disembur dengan racun serangga atau sebarang chemical lain tetapi ianya tetap segar -bugar. Mungkin kerana mereka menggunakan baja yang betul. 

Sebagai contoh sayuran Daikon (lobak putih) yang ditanam ditepi rumah. Selain saiznya yang tumbuh sebegitu besar, tekstur isi dan rasanya juga agak berlainan jika dibandingkan dengan lobak putih yang lain yang pernah saya makan.

                                                          

Mengikut cerita kanak-kanak sekolah di Jepun, ada perumpamaan sinis mengenai sayur Daikon ini. Kata mereka lagi , rakan-rakan sebaya mereka yang “sihat” atau "tembam" selalunya digelar sebagai “Daikon Ashi”  (だいこんあし/ Betis lobak)  kerana mempunyai betis yang “montel” dan putih seakan-akan sayur Daikon

Isshhhh..nakalnya !




All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved

Tuesday, 17 July 2012

Cerita Hantu Tanglong Dan Rokurokubi !

Wak telah pergi meninggalkan saya hampir 26 tahun yang lalu. Sehingga hari ini, saya masih terkenangkan Wak yang selalu duduk bersila di serambi rumah sambil menghisap curut cap teko kegemaran beliau. Ingatan saya juga masih segar terkenangkan gaya hembusan asap curut arwah yang kadang-kala membuatkan saya dan adik mabuk serta muntah-muntah.Namun begitu,  kami bertahan juga kerana ingin mendengar cerita-cerita menarik yang Wak selalu ceritakan sebelum kami semua masuk tidur.

Hantu Tanglong atau Penanggal ? 
 (Sekadar hiasan) 

Saya masih ingat tentang cerita Wak yang pernah terserempak dengan hantu tanglong (penanggal) ketika arwah sibuk menahan “taut” untuk menjerat ikan haruan yang begitu banyak di petak-petak sawah puluhan tahun yang lalu.Mengikut cerita Wak, hantu penanggal jarang mengganggu manusia, selalunya ia akan keluar mencari katak sebagai makanan dan kepalanya akan terpisah dari badan lalu keluar merayau-rayau. Kata Wak lagi, ada juga cerita yang menyebut tentang hantu penanggal yang suka melawat rumah wanita yang baru lepas bersalin kononnya untuk menghisap darah. Oleh kerana percaya bulat-bulat akan cerita tersebut, maka habislah anak-anak ikan puyu didalam paya ditangkap untuk dibela dan pepohon mengkuang ditebang untuk diletakkan ditepi tingkap kerana mereka percaya ianya adalah pendinding yang mujarab untuk menghalang kehadiran hantu penanggal ke rumah mereka. 


Saya tidak pasti sama ada cerita arwah itu benar atau rekaan. Apa yamg pasti, gaya dan cara penyampaian beliau cukup menarik dan adakalanya memang menakutkan. Kadang-kadang tidur saya selalu didatangi mimpi-mimpi ngeri dek kerana terbawa-bawa dengan cerita-cerita Wak. Kini setelah 26 tahun masa berlalu, barulah saya sedar yang cerita-cerita tersebut ada kebenarannya.
 
*****
 
Sewaktu saya berada di Kyoto tempoh hari, saya mendapat tahu akan cerita hantu tanglong di Jepun yang dipanggil Rokurokubi. Mengikut lagenda, Rokurokubi ini sebenarnya adalah wanita yang disumpah kerana melanggari peraturan-peraturan agama (Buddha).  Oleh kerana saktinya akan sumpahan tersebut maka mereka yang disumpah dikatakan mempunyai kuasa berubah menjadi makhluk yang dapat memanjangkan leher pada waktu malam untuk mencari korban. Tetapi apa yang pelik, hampir kesemua mangsa- mangsa yang diburu Rokurokubi ini hanyalah terdiri dari golongan orang-orang yang mabuk, buta ataupun yang kurang upaya. Dikatakan Rokurokubi sengaja memilih mangsa  sedemikian bertujuan untuk menyembunyikan rupa sebenar mereka kepada umum.

Rokurokubi dalam filem "Yokai hyaku monogatari"

Jadi betullah cerita Wak tentang lagenda makhluk jelmaan syaitan ini. Terbukti sudahlah yang segala cerita beliau bukanlah rekaan bertujuan untuk menakutkan cucunya sendiri supaya tidur awal agar beliau boleh menonton gusti! Buktinya, cerita tentang hantu penanggal ini bukan sahaja wujud di Malaysia malah di Jepun dan juga di Filipina (Menangnangal). Kalau benarlah iblis dan syaitan itu wujud, kita sebagai manusia ada caranya. Bacalah  ayat-ayat suci al-quran dan berilah selawat. Datanglah walau jembalang pohon ketapang sekalipun -Insya allah, kalau doa kita dimakbulkan, lesaplah mereka ! 

Yang pasti tiada hantu, penunggu atau jembalang yang lebih berkuasa selain Allah swt jua !

Rokurokubi dan Inugami dari  Bakemono Zukushi @ Gambar hiasan.


** Wak - Panggilan kami sekeluarga kepada arwah datuk tersayang.




Monday, 16 July 2012

Doraemon Moden : Mesin Ajaib !

Dunia pernah dikejutkan pada awal tahun 80an dahulu ketika syarikat milik Jepun, Honda mengumumkan yang kini mereka didalam proses pembikinan robot humanoid pintar  yang diberi nama ASIMO (アシモ) -  Advanced Step in Innovative Mobility.
Ianya dikatakan dicipta supaya dapat membantu manusia didalam menjalani kehidupan seharian. Berketinggian 4 kaki dan seberat 54 kilogram, ASIMO juga diberitakan mampu berjalan, berlari dan menendang bola !  

Hah ! Ramai antara kita yang ketawa dan ramai juga yang kata mereka gila!
Penduduk dunia berfikir yang ianya adalah satu ciptaan yang mustahil sehinggalah robot ASIMO mula diperkenalkan ketika diberi penghormatan membunyikan loceng penbukaan Bursa Saham New York pada tahun 2002. Ramai yang jadi bingung dan ramai juga yang mula memuji kebijaksaan jurutera-jurutera Honda ini.

Bercakap tentang kemajuan industri robotic dan kecanggihan teknologi Jepun, teringat saya pula kepada sebuah vending machine yang saya jumpa tempoh hari sewaktu didalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Kansai ke Kyoto. Seperti mesin ciptaan Doraemon , ianya cukup mencuit hati saya. Bayangkan, apa sahaja kehendak anda semuanya berada dihujung jari – french fries, nuggets, pan cake, waffle ataupun roti bun semuanya ada. Anda hanya perlu memasukkan wang JPY350 ( RM13.00) dan ianya keluar panas-panas!

Bayangkan kalau mesin ini ada di Malaysia ? Saya jamin ramai yang beratur panjang mengambil giliran untuk membeli karipap panas, roti canai ataupun burger panggang Abang Burn yang famous  tu !



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Sunday, 15 July 2012

Kappa : Puaka Tebing Sungai.

Saya pernah menulis tentang Kappa, makhluk mitos masyarakat Jepun yang dikatakan menjadi penghulu segenap penjuru sungai. Walaupun mengikut kepercayaan Shinto ianya adalah dewa air, namun majoriti masyarakat Jepun percaya ianya adalah puaka yang harus dijauhi.

 Saya mengembara jauh ke pendalaman Jepun and menuju ke satu pekan kecil yang terletak di wilayah Kyoto untuk mencari dan melihat sendiri artikel dan bukti-bukti tentang kewujudan makhluk bernama Kappa ini. 


Saya sampai ke pekan kecil Fushimi di Kyoto pada jam 10 pagi. Agak kurang pengunjung pada pagi tersebut mungkin kerana hari masih awal. Untuk pengetahuan, di pekan ini jugalah terletaknya Teradaya Inn ,tempat di mana Sakamoto Ryoma (salah seorang samurai terakhir) dibunuh.


Dalam perjalanan menuju ke muzium Kappa, saya ternampak kain rentang tanda sokongan padu penduduk di sini kepada pasukan bolasepak Kyoto Purple Sanga FC.Walaupun Kyoto Purple Sanga FC kini bermain dalam divisyen 2  J-League, namun puluhan ribu penyokong setianya sentiasa membanjiri Stadium Nishikyogoku setiap kali ada perlawanan. Tahukah anda yang bekas pemain terkenal Manchester United, Park Ji Sung pernah mewakili pasukan ini ?


Oh Ya ! Colonel Sanders juga merupakan penyokong setia pasukan Kyoto Purple Sanga FC !
Tak percaya ? Tengoklah sendiri ! 


Akhirnya, sampai juga saya. Untuk makluman umum, Kizakura Kappa Country ini sebenarnya bukanlah muzium yang didedikasikan khas untuk Kappa tetapi ianya adalah muzium tentang penghasilan minuman tradisi Jepun iaitu sake. Oleh kerana label pada botol-botol sake yang dihasilkan oleh syarikat Kizakura ini mempunyai  gambar Kappa, maka satu muzium kecil yang dipenuhi dengan cerita-cerita dan pepatung Kappa mula direka untuk pengunjung-pengunjung yang datang. 


Sculpture Kappa yang dipamerkan diluar muzium.


Inilah dia rupa Kappa yang sebenarnya. Selain digelar puaka tebing sungai, masyarakat kuno Jepun percaya yang Kappa juga bertanggung jawab dalam kes kehilangan kanak-kanak kecil serta merogol wanita-wanita yang bermandi manda ditebing sungai. 


Seribu macam kisah makhluk Kappa terdapat disini.


Lagi kisah ngeri dan sejarah tentang Kappa.


Entah betul atau tidak- Wallahualam ! 



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.


Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Saturday, 14 July 2012

TOP GUN - Japanese Style !

"On March 3, 1969 the United States Navy established an elite school for the top one percent of its pilots. Its purpose was to teach the lost art of aerial combat and to insure that the handful of men who graduated were the best fighter pilots in the world. They succeeded. Today, the Navy calls it Fighter Weapons School. The flyers call it: TOP GUN "

Btw - this is our own version of TOP GUN !

Nikon D3000 130mm f2.8 ISO 100 1/800s 
Nikon D3000 72mm f2.8 ISO 100 1/2000s 
Nikon D3000 70mm f2.8 ISO 100 1/1000s 
Nikon D3000 70mm f2.8 ISO 100 1/1600s 
Nikon D3000 70mm f2.8 ISO 100 1/1600s 
Nikon D3000 140mm f2.8 ISO 100 1/800s 
Nikon D3000 70mm f2.8 ISO 100 1/1600s 

All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Friday, 13 July 2012

Sugoi ! Kawaii ! Kirei !

Orang Jepun selalu terlepas cakap menyebut perkataan diatas apabila melihat sesuatu yang cantik, comel atau indah ! Seperti orang melatah, saya sendiri pun sudah terpengaruh dengan ucapan-ucapan tersebut !
Terutama sekali kalau saya terpandang sesuatu yang comel sebegini ....


Hiasan Kimono di Amanohashidate,Kyoto.


Himpunan kunci mangga tanda simpulan kasih di Bangunan Umeda, Osaka ! 



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.




Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.



Wednesday, 11 July 2012

Hinoyoujin : Gurindam Tentang Bahaya Api.

Sewaktu saya menghadiri Pesta Hanatouro di Kyoto tempoh hari, saya ada terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak comel menyanyi sambil memukul kayu kecil seolah-olah memberi peringatan untuk kesemua pengunjung yang datang pada malam tersebut.

Memang betullah tekaan saya kerana saya diberitahu oleh Naomi yang kanak-kanak tersebut bernyanyi sambil memberi peringatan tentang bahaya api - Hinoyoujin . Dikatakan sejarah Hinoyoujin ini bermula sekitar tahun 1730 apabila bandar Takayama terbakar dalam satu kebakaran besar dan ianya direka sebagai lagu nasihat untuk kesedaran masyarakat pada waktu tersebut.










All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Thursday, 5 July 2012

Spontaneous Thursday: Erika The Magician !

Nikon D3000 50mm 1/1600sec F2.8  ISO200



All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Sunday, 24 June 2012

Terokai Dunia Fotografi Hitam Putih ....(Part 1)

Sudah nekad semenjak pagi tadi lagi untuk meneroka dunia photography hitam putih. Akibatnya, Chibi Chan dan Greymon Chan juga yang menjadi mangsa :)





All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.






Monday, 18 June 2012

Telatah Si Comel Grey-Mon.........

Saya betul-betul "gila kucing" !
Maksud saya, saya sukakan kucing.
Percaya atau tidak, saya mempunyai sepuluh ekor kucing peliharaan yang mana masing- masing mempunyai karekter yang tersendiri. Bukan itu saja, saya juga menyedari yang kucing juga pandai bermain politik. Ada yang sokong team A dan ada yang sokong team B !

 Mulai hari ini, saya akan cuba postkan beberapa keping gambar kesemua kucing peliharaan saya bermula dengan si comel bernama Grey-mon ini... 
Kepada peminat kucing di luar sana, enjoy !

Nikon D3000 50mm 1/200sec f1.8 ISO200

Nikon D3000 50mm 1/200sec f1.8 ISO200




All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.






Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Sunday, 17 June 2012

Paintball : Agi Idup, Agi Ngelaban !

Saya tidak menafikan yang sukan paintball adalah permainan yang cukup extreme dan sesuai untuk semua gender. Ianya kini menjadi salah satu aktiviti outdoor yang paling digemari serta berkembang pesat walaupun di pulau kecil seperti Langkawi.

Untuk pemain hardcore seperti saya, walaupun habis satu badan lebam-lebam akibat terkena tembakan peluru marker tempoh hari, ianya tidak menghalang saya untuk turun semula bagi membalas dendam. Ternyata, kecekapan saya bermain video game "Tom Clancy's Ghost Recon" tidak dapat membantu saya sewaktu di medan peperangan sebenar sukan paintball.

Akibatnya , saya tumbang lagi untuk kali kedua di medan pertempuran !!






All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.





Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.

Saturday, 16 June 2012

Kyoto Jurnal : Roda Gergasi Ferris Tenpozan.

Saya takut pada ketinggian ! Gayat !
Oleh sebab itu, pelbagai alasan saya berikan tempoh hari sewaktu Naomi mengajak saya melawat Roda Gergasi Ferris Tenpozan yang terletak berhampiran Pelabuhan Osaka. Saya akhirnya akur dan bersetuju untuk pergi atas desakkan anak-anak.

Roda Gergasi Ferris Tempozan ini hanya mengambil masa selama 5 minit berjalan kaki dari Stesen Osakako (Chuo Line). Ianya dibuka hampir setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Berdiri megah pada ketinggian 112 meter dan mempanyai 60 gendola, ianya dapat menampung sejumlah 480 pengunjung untuk sesuatu masa. Oh ya ! Jangan lupa untuk mengambil peluang melawat Akuarium gigantic Kaiyukan yang hanya terletak bersebelahan dengan Roda Gergasi Ferris Tenpozan ini sekiranya anda ke sana.   









All images copyright © 2012 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.



Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.
.