Thursday, 9 July 2015

Iftar 21 Ramadhan

Suasana Iftar bersama Rumah Nurkasih dan kanak-kanak istimewa sekitar Pulang Langkawi. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan cukup lancar dan moga-moga acara tahunan ini dapat diterusan lagi pada tahun hadapan. 

Salam Ramdhan.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Saturday, 27 June 2015

Rahmat 10 Ramadhan.

Saya agak kurang menulis semenjak kebelakangan ini akibat minor surgery di kepala pada 16th June yang lalu. Walaupun seminggu telah berlalu, luka tersebut agak lambat untuk sembuh dan saya mengambil cuti yang agak panjang untuk berehat di rumah.

By the way, hari ni genaplah 10 hari kita berpuasa dan alhamdulillah, Tsuyuiri (rainy) season pun dah macam on and off  saja di Langkawi dan kuranglah sikit bahang panas disini..

Hmmm..buah-buah mango belakang rumah pun boleh tahan juga hasilnya tahun ni...

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday, 22 June 2015

Sayonara Sasuke Chan. I'll See You In Another Life When We're Both Cats !

Berita buruk pada pagi 5 Ramadhan. Sasuke-chan, kucing kesayangan kami sekeluarga akhirnya meninggal juga awal pagi tadi akibat komplikasi buah pinggang. Saya sekeluarga terpaksa menerima hakikat adalah lebih baik dia pergi daripada dia hidup merana. Tak sanggup rasanya lagi untuk saya & Naomi melihat dia muntah berbuih-buih diseluruh pelusuk rumah.

Sasuke - 5 tahun yang lalu.

Sasuke - 2 minggu lepas.
Sayonara Sasuke-chan ...See you in another life when we're both cats !

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Wednesday, 17 June 2015

Curse Of The Black Flower O-Yoroi ?

Replika Yoroi milik Takeda Shingen ini dipamerkan di sebuah kedai buku berhampiran
Takeda-jinja, Kofu Jepun.

Kebanyakkan orang Jepun percaya Yoroi ataupun Kacchu milik samurai mempunyai kuasa mistik dan sangat luar biasa. Kononnya, selain dapat menghalau segala kuasa jahat dari memasuki rumah ianya juga boleh membawa tuah kepada seseorang dan memberi rahmat kepada seisi keluarga. Oleh kerana taksub akan kepercayaan tersebut, sebab itulah hiasan Yoroi ini banyak dipamerkan didalam rumah terutama sekali pada setiap 5hb Mei sempena hari kanak-kanak dengan harapan kanak-kanak tersebut dapat membesar dan menjadi gagah perkasa.
 
Erika mencuba Yoroi di Hiroshima Castle pada lawatan yang lalu.
 
Bila kita bercakap tentang yoroi, masalah harga selalu menjadi punca utama menghalang sesetengah keluarga memilikinya. Oleh kerana Yoroi ini dikategorikan sebagai pakaian ranking tertinggi samurai, harganya saja boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit bergantung kepada usia dan kualiti buatannya. Sebagai contoh, saya pernah melihat mini Yoroi milik Minamoto No Yoshitsune pernah dijual pada harga USD4,600, Takeda Shingen pada harga USD30,000 dan sudah tentu yoroi-yoroi antik buatan era Kamakura akan lebih mahal lagi. 
 
Beberapa set Yoroi termasuk replika milik Todo Takatora juga dipamerkan di Iga Ueno Castle di wilayah Mie, Jepun.

Saya kongsikan disini beberapa shot yoroi milik saya sebagai informasi. Walaupun harganya bukanlah ratusan ribu ringgit tetapi ianya tetap cantik dan mempunyai nilai tersendiri. Ini adalah replika O-yoroi "Black Flower" yang kononnya harus dijaga rapi kerana terdapat sumpahan. 
 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday, 8 June 2015

Two Weeks With My Daughters : Memancing Jempol Pulau Langkawi.

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah dua minggu hampir datang ke penghujungnya. Tiada sebarang aktiviti special dapat dilakukan dengan anak-anak kerana masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran. Maklumlah, peperiksaan besar just around the corner.  Kena berusahalah sikit. Bagaimanapun, kelmarin saya bawa juga Nana & Erika keluar memancing di Teluk Burau sambil berjalan-jalan menghirup udara segar petang.
 
Alhamdulillah, umpan roti yang saya sediakan untuk memancing ikan loban dan jempol betul-betul menjadi dan banyak juga ikan yang kami boleh kelmarin. By the way, harap maaf kerana kualiti gambar agak selekeh. Hanya menggunakan kamera cellphone jer ni. 

Padang pancing - Teluk Burau, Pulau Langkawi.

Umpan mujarab untuk Tamok, Loban, & Jempol,

Jempol pertama daripada 12 ekor yang kami dapat.

Kerapu juvenile.
Dilepaskan balik umtik pancingan hari depan. 

Lagi kerapu juvenile yang berjaya dinaikan.
Hampir 30 ekor kami dapat pada petang tersebut. 

Hidangan ikan jempol bakar untuk dinner petang kelmarin.

Selebihnya dimasak steam.

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Friday, 5 June 2015

Japan's Photoshelter : No More "Carpet Bombing" Photography !

Nikon 17-55mm f/2.8.

Rakan-rakan facebook selalu bertanya bagaimana saya boleh picit shutter kamera dan mengambil 7000 hingga 8000 gambar setiap kali saya pulang ke Jepun. Tak letih ker? Tak sakit jari ker? Macam macam yang ditanya. Bermula dari jenis dan size CF/memory card hinggalah shooting mode apa yang saya gunakan (RAW atau JPEG).

Jawapannya simple. Saya selalu keluar rumah bersama tiga kamera ! Ya anak-anak...ikut cikgu cakap.. tiga..T.I.G.A ! Sebagai contoh, saya selalu keluar bersama kamera Nikon D3000 yang dipadankan dengan lensa 50mm f/1.8, Nikon D700 bersama dengan lensa 70-200mm f/2.8 dan satu lagi Nikon D300 atau Nikon D2H sebagai kamera simpanan. Eh... Kenapa banyak sangat bawa kamera? Alasannya mudah. Saya cukup benci menukar lensa. Lebih meluat lagi sekiranya saya balik ke Jepun pada musim sejuk. Baru lima minit buka glove untuk menukar lensa, jari jari sudah berasa seperti hendak putus kerana terlalu sejuk! 

 Saya juga masih ingat bagaimana saya screwed up photo op semasa saya di Tokyo DisneySea satu ketika dulu. Saya missed banyak shots ketika acara night parade. Terlalu banyak saya membuang masa. Yer laa..benda dah lalu depan mata, kita pula baru terhegeh-hegeh hendak menukar lensa. Banyak moments yang melepas. Tetapi, alhamdulillah, dua tahun kemudian saya berjaya "membalas dendam" dengan menggunakan teknik tiga kamera ni. Ada juga yang memberi nasihat kepada saya supaya menggunakan saja kit lens (18-55mm) pada satu kamera kerana ramai yang percaya ianya adalah lensa yang agak sempoi serta pelbagai guna tetapi saya mempunyai alasan yang berbeza.

Bercakap bab lensa , sudah menjadi tabiat saya semenjak kebelakangan ini hanya worked only with prime lens. Lensa-lensa seperti 50mm f/1.8, 85mm f/1.4 dan 70-200mm f/2.8 adalah lensa pilihan dan selalu saya bawa bersama walaupun saya menyedari yang 70% of my shots were with 17-55mm. Harus diingatkan terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira sebelum anda decide untuk mengusung segala lensa-lensa ini. Bayangkan beg kamera Lowepro seberat 7 kilogram tergantung dibelakang anda sambil berjalan kaki 10 hingga 15 km setiap hari. Ianya adalah satu bebanan yang boleh potong steam segala percutian !!! 

DX Format Vs Full Frame.

Teringat pula pesanan dari seorang sahabat Jepun kepada saya satu ketika dahulu. Waktu tersebut saya pula baru mula belajar mendekati dengan kamera dan ilmu fotografi. Katanya "Cukuplah sekadar bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur dibom tentera berikat puluhan tahun yang lalu. Engkau janganlah pula "carpet bombing" seluruh Jepun dengan cara photography engkau. Rajin-rajinlah belajar". 

Adeeehhhh... Perli lah tu! 

By the way, saya sertakan disini beberapa keping gambar yang diambil dengan weapon of mass seduction saya iaitu Nikon D300, D3000, D2H dan juga D700 bersama segala jenis prime lens untuk dikongsi bersama. !

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D700 + 17-55mm f/2.8

 Nikon D3000 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 70-200mm f/2.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8 

Nikon D300 + 70-200mm f/2.8

Nikon D300 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D700 + 70-200mm f/2.8

Nikon D700 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D3000 + 50mm f/1.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Nikon D300 + 17-55mm f/2.8

Gambar lama: Nikon D3000 bersama lensa standard  18-55mm.
Not bad ehh?

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday, 4 June 2015

Api Api Isaribi : Spirits Of The Defeated Heike Samurai Atau Alien?

Gambar Isaribi pillar lights yang sempat dirakamkan oleh tuan empunya blog Serilery.

Memetik cerita dari buku Kwaidan - Stories & Studies Of  Strange Things;
 " But there are many strange things to be seen and heard along that coast. On dark nights thousands of ghostly fires hover about the beach, or flit above the waves,--pale lights which the fishermen call Oni-bi, or demon-fires; and, whenever the winds are up, a sound of great shouting comes from that sea, like a clamor of battle" .
 So, cerita tentang jelmaan roh-roh pahlawan Heike yang terbunuh sewaktu pertempuran Dan-no-ura yang kononnya kerap kali muncul di persisir pantai Shimonoseki akhirnya terjawab bulan lepas setelah seorang blogger tempatan berjaya merakamkan kemunculan api-api tersebut. Setelah dikaji selidik, rupa-rupanya api-api itu bukanlah hantu, makhluk asing ataupun ikan-ikan buntal yang tertelan gas helium lalu terapung naik seperti belon-belon funfair.Tetapi ianya disebabkan oleh pantulan cahaya daripada lampu bot-bot yang sedang menangkap ikan yang diserap naik oleh kepingan-kepingan serbuk ais yang terdapat disekitar pantai tersebut  ðŸ˜­ðŸ˜­   
Dikatakan fenomena aneh ini terjadi kerana perubahan cuaca dan suhu yang tiba-tiba merudum turun. Hmmm ...So kurang la thrill nak ke sana nanti. By the way, anda boleh melihat beberapa lagi gambar-gambar Isaribi pillar lights tersebut di Blog Serilery

Wednesday, 3 June 2015

All The Way North : Meredah Pergunungan Kurama.

 Kalau anda rajin berjalan, kawasan pergunungan Kurama di wilayah utara Kyoto menawarkan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Sebagai contoh, sewaktu saya menaiki keretapi comel Eizan dari stesen Demanchiyanagi ke Kurama-dera, saya sempat turun ke satu stesen kecil disini. Rupa-rupanya susur jalan kecil ini saja menempatkan beberapa tourism spots yang cukup  mashyur di Kyoto seperti Manshu-in, Shisendo, Tanukidaniyama Fudoin (saya pernah menulis di sini) , Konpuku-ji, Enko-ji, Hachidai Jinja dan Ichijo Sagari-Matsu.
 
Punyalah excited, hanya Tuhan saja yang tahu. Kepada yang berminat sangat dengan onsen ataupun mandian spa , harga tiket masuk yang dikenakan hanyalah sebanyak JPY2500 hingga JPY10,000 (RM30). Tapi jangan ler pula datang ke sini pada bulan Januari atau Februari. Silap-silap tak boleh keluar kerana lambakan salji nanti. 
 
Jom !!
 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.
 
Tuesday, 2 June 2015

Kobuku-zakura : Mekarnya Dua Kali Dalam Setahun.

Bunga Kobuku-zakura ni agak rare. Ianya berasal dari  family bunga Sakura walaupun  sekali pandang nampak macam bunga Ume. Berlainan dengan bunga-bunga Sakura (Cherry Blossom) lain yang berkembang pada penghujung bulan Mac atau awal April , ianya mekar seawal musim sejuk. Ada sesetengah orang berkata ianya kembang dua kali setahun.
 
Agak beruntung juga saya kali ini kerana berjaya mengambil sekeping dua gambar untuk dikongsi bersama.  

All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Monday, 1 June 2015

Badi Wayang Kulit : Rasa Seperti Di Rasuk Hantu Siam !

Isteri saya Naomi kata, semenjak kebelakangan ini saya seperti dirasuk hantu atau terkena badi orang mati. Katanya lagi, saya banyak senyum sendirian dan kadang-kadang dia terdengar saya menyanyi lagu Siam di dalam bilik air atau sewaktu saya di kitchen menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Semalam Naomi kata dia terdengar  saya ketawa sendirian dalam bilik. Katanya lagi, adakalanya saya ketawa kecil dan ada ketika saya ketawa besar. Panik juga beliau. Naomi mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi ? Saya kata saya okay tetapi dia masih tidak berpuas hati.

Saya kemudiannya mengambil keluar ipad lalu saya tunjukkan dua video wayang kulit. Satu daripadanya adalah wayang kulit Etong dari Asun dan satu lagi dari Sri Nerang. Selepas saya explain satu persatu barulah dia faham kenapa saya jadi begitu....

 Dirasuk hantu siam rupanya....:D
 
Dashyat sungguh loghat orang Kedah ! Setiap bait kata-kata Etong dan Pak Tam masih melekat dikepala saya. Walaupun wayang kulit dahulunya hanyalah jenaka hiburan untuk orang-orang kampong seperti saya tetapi jalan cerita serta pengajarannya cukup sempurna.
 
Kehebatan Tok Dalang Sri Nerang menyanyikan lagu Rambong Loy Kratong masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga hari ini!
 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.
 
Sunday, 31 May 2015

Kyoto Jurnal: Blistering Hot Dan Ramadhan Pula Bakal Berkunjung Tiba.

Bandar Kyoto sewaktu lewat senja tempoh hari.

Bulan June bakal menjelang tiba.Begitu juga dengan Ramadhan. Bandar Kyoto yang sebelum ini dirahmati dengan beberapa musim yang sangat menarik kini sedang bersiap sedia menghadapi bahang musim panas.Terus terang cakap, musim panas di Kyoto tidak sama langsung dengan pengalaman musim kemarau di Malaysia. Cuaca disini cukup panas.Kadang-kadang panasnya boleh mencecah sehingga 36 darjah celcius. Kedudukan geografinya yang dikelilingi dengan tiga kawasan pergunungan membuatkan anda berasa seperti berada didalam kawah yang sedang dimasak atas api. Lebih teruk lagi, tiada langsung tiupan angin waktu musim itu nanti.Keaadan begini selalunya berlarutan sehingga pertengahan bulan September.
Hmmm satu dugaan berat untuk orang Islam untuk berpuasa disini nanti. Moga-moga kurang atau tiada lagi kisah penduduknya yang dihantar masuk ke hospital akibat heatstroke atau heat exhaustion nanti. 
Amin...