Memburu Jerung Putih Pembunuh : Saya Sahut Cabaran Ke Osaka !


Kedamaian Pulau Amity kini tidak seperti dahulu.Ada sesuatu di perut lautan pulau tersebut yang mula menyerang pengunjung yang selalu bermandi manda di persisiran pantai di situ.Kini, ketakutan penduduk setempat mula menjadi mimpi ngeri apabila beberapa keping gambar tersebar mengenai amukan seekor jerung putih "monster" (Great White Shark) yang mengganas dan membaham mangsa terbaru.Saya diberitahu tawaran hampir RM10,000 akan diberikan kepada sesiapa yang dapat menangkap monster tersebut - "Dead or Alive' !

Ini peluang terbaik saya untuk merebut tawaran tersebut dan saya tidak akan melepaskan peluang ini. Walaupun ada sedikit perasaan takut dibaham jerung,saya percaya kebarangkalian untuk jerung putih menyerang manusia secara spontan adalah amat kecil.



Misi pemburuan saya bermula dari Pulau Langkawi ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke Jepun dengan pesawat Singapore Airlines. Penerbangan awal pagi (0115hrs) tersebut memerlukan masa hampir 7 jam sebelum pesawat mendarat di lapangan terbang Kansai di Osaka Jepun.Walaupun saya telah beberapa kali pergi memancing di lautan Jepun, ternyata saya lebih "excited" dengan trip kali ini.


Saya sampai di Pelabuhan Amity,Osaka pada awal pagi musim panas dan keadaan di situ cukup tenang seolah tiada apa apa yang berlaku. Namun selepas berbual dengan penduduk tempatan, saya diberitahu yang mereka pernah terserempak dengan jerung tersebut yang masih lagi kelihatan berlegar legar di kawasan terumbu tidak jauh dari pelabuhan.  


Bukti nyata.Tawaran wang tunai USD3000 ( Hampir RM10,000) akan diberikan kepada sesiapa yang dapat menumpaskan jerung tersebut .Hati saya mula berdebar debar untuk memburu jerung pembunuh itu.


Akhirnya jerung "monster" tersebut berjaya didaratkan.Terbukti ianya bukan calang calang jerung.Laporan menyatakan yang berat ikan tersebut hampir mencecah 1000 kilogram !


Sekeluarga bergambar bersama jerung yang berjaya ditangkap.
Kenangan yang cukup manis dan pasti tidak akan dapat dilupakan.


Untuk pengetahuan umum, cerita diburu dan memburu jerung "monster" ini bukanlah aksi sebenar di luar sana. Ianya hanyalah cerita rekaan didalam Studio JAWS Universal Studios Osaka sewaktu lawatan saya tempoh hari di sana. Plot cerita-cerita tersebut adalah adaptasi dari filem JAWS terbitan Universal Pictures tahun 1975  lakonan Roy Scheider di bawah arahan Steven Spielberg.

 Filem seram ngeri JAWS ini betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam terhadap saya selepas saya menonton buat kali pertama pada tahun 1984.Ini kerana pada satu ketika saya cukup takut untuk berenang di pantai pantai percutian kerana terbayangkan serangan ngeri ikan jerung dalam filem tersebut.


Poster asli filem "blockbuster" tersebut.Adakah anda masih ingat ?


Universal Studios Osaka. Walaupun tiket masuk mencecah ratusan ringgit , ianya memang berbaloi ! Kepada yang belum pernah sampai, anda boleh melihat sendiri aksi aksi serangan jerung tersebut di video bawah :) 








Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid misunderstanding.Thank you.