Sunday 31 May 2015

Kyoto Jurnal: Blistering Hot Dan Ramadhan Pula Bakal Berkunjung Tiba.


Bandar Kyoto sewaktu lewat senja tempoh hari.

Bulan June bakal menjelang tiba.Begitu juga dengan Ramadhan. Bandar Kyoto yang sebelum ini dirahmati dengan beberapa musim yang sangat menarik kini sedang bersiap sedia menghadapi bahang musim panas.Terus terang cakap, musim panas di Kyoto tidak sama langsung dengan pengalaman musim kemarau di Malaysia. Cuaca disini cukup panas.Kadang-kadang panasnya boleh mencecah sehingga 36 darjah celcius. Kedudukan geografinya yang dikelilingi dengan tiga kawasan pergunungan membuatkan anda berasa seperti berada didalam kawah yang sedang dimasak atas api. Lebih teruk lagi, tiada langsung tiupan angin waktu musim itu nanti.Keaadan begini selalunya berlarutan sehingga pertengahan bulan September.
Hmmm satu dugaan berat untuk orang Islam untuk berpuasa disini nanti. Moga-moga kurang atau tiada lagi kisah penduduknya yang dihantar masuk ke hospital akibat heatstroke atau heat exhaustion nanti. 
Amin...



 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.














Saturday 30 May 2015

Sumpah Mahsuri Padang Jarak Padang Terkukur.

Mengikut kenyataan cerita tersebut...

"Mahsuri ditambatan terdedah berhujan panas untuk beberapa hari, namun Wan Darus suaminya yang keluar berperang di Kuala Kedah tidak juga balik. Sekalipun banyak pihak yang cuba menghalang dengan berbagai tawaran dan alasan, Dato Seri Pekerma Jaya yang terkenal berpendirian tegas terus memberi arahan supaya Mahsuri disula sampai mati !

Darah Mahsuri yang putih menimbul tanda tanya orang beranggapan dia sebenarnya terkena korban fitnah. Sumpah Mahsuri Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan seakan menjdi kenyataan......."















All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Friday 29 May 2015

Revisiting Kyoto's Kizakura Kappa Country & Mythological Kappa Museum !

Ini adalah kali keempat saya menulis tentang hantu air Kappa (sini, sini dan sini ) serta lawatan saya yang kedua ke Kizakura Kappa Country di Fushimi,Kyoto. Suasana disini masih sama dengan lawatan terdahulu namun kebersihan kawasan sekeliling lebih bersih dari sebelumnya. Walaupun kilang ini terletak agak dekat dengan rumah saya di Uji,Kyoto tetapi agak boringlah juga kalau selalu datang ke tempat yang sama.

Saya juga diberitahu yang reputasi minuman sake jenama Kizakura ini masih belum terjejas malah berada dalam kelasnya yang tersendiri walaupun Jepun kini dipenuhi dengan lambakan sake pelbagai jenama.  

 
Signboard pintu masuk.
Kizakura Kappa merupakan satu jenama besar dalam pembuatan sake di Jepun

Lokasinya terletak agak dibelakang dan bukan dilaluan utama. Kena betul-betul cari baru boleh jumpa. 

Contoh product dari kilang Kizakura Kappa Country di Kyoto. 

Antara reality atau lagenda.
Replika hantu Kappa. Kasihan dekat dia.Setiap kali ada kes orang mati lemas, semua tudahan dilemparkan kepadanya.

Penjelasan tentang Kappa. 

Replika Kappa di halaman kilang Kizakura.

Up,Close & Personal.
Sekali tengok, cute juga mambang ni. 

Nana bersama Kappa. Nak pegang pun takut !

Kappa.
Ramai yang percaya tentang kewujudannya.

Lagi cerita tentang hantu-hantu air.

Kappa. Full caption.




All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. 
Thank you.

Thursday 28 May 2015

Kota Mahsuri : Blast From The Past.

Glorious Rumah Kedah At Kota Mahsuri, Langkawi.



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Warisan Melayu : Irama Lagu Tradisional Dan Alunan Cak Lempong.





 Siapa sangka peminat tegar kumpulan alternative dan rock "kapak" Sepultura, Megadeth, Slipknot dan Limp Bizkit macam saya boleh duduk bersila melayani irama muzik Cak Lempong dan juga lagu-lagu tradisional lain ? Punyalah teruk saya diserang "demam" irama traditional hinggakan lirik lagu "Aladom" pun tiba-tiba muncul dalam kepala apabila minus one lagu tersebut dimainkan sewaktu persembahan di Makam Mahsuri tempoh hari.
 


 
 Saya juga tidak sangka kerana masih terdapat ramai artis-artis kebudayaan di Pulau Langkawi ini yang masih aktif memperjuangkan irama tradisional malah gabungannya dengan tarian melayu yang lemah gemalai membuatkankan pertunjukkan tradisional ini menjadi cukup istimewa.
 
 
Tahniah sekali lagi !









 
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Wednesday 27 May 2015

Nostalgia Rumah Tua Dan Misteri Harum Bunga Cempaka.



Surprisingly , instead of rasa happy,  saya rasa cukup sedih bila melihat rumah Kedah di Kota Mahsuri. Bukannya sebab rumah tersebut kelihatan buruk atau usang tetapi ianya tidak ubah seperti rumah saya sendiri sewaktu suku abad lalu yang terletak di Alor Setar Kedah.Walaupun lokasi rumah saya bukanlah berada di kawasan yang terpinggir namun beginilah keadaan rumah kami satu ketika dulu.

Saya masih ingat zaman tersebut. Zaman di mana saya banyak menghabiskan masa siang hari memasang bubu di terusan mencari sepat ronggeng, puyu atau haruan. Habis segala hutan keladi dan belukar saya redah. Walaupun ekonomi sekeluarga pada waktu tersebut tidaklah bertaraf daif atau susah tetapi saya memang suka mencari duit untuk keluarga. Kalau ada rezeki dan bubu dipenuhi ikan, dapatlah saya jual sedikit tangkapan pada harga RM3.00 untuk sekati dan lebihannya emak akan simpan untuk kegunaan sendiri ataupun diperam buat pekasam. 

Pohon Kekabu.
Semasa zaman kanak-kanak, saya selalu percaya hantu langsuir suka bertengkek atas pokok ini. 
Cissss..Dasar Melayu !
Asalkan terbau harum cempaka tengah malam buta dituduhnya bau hantu !

Petang harinya kalau cuaca baik dan tidak hujan, saya keluar pula mencari ubi keladi, pucuk paku ataupun daun pucuk janggus.Tapi kalau emak janji hendak buat laksa, berdesup pula kami lari keluar mencari pokok putat.Emak kata hidangan laksa kampung tanpa tiada hirisan daun putat alamat hancurlah rasa laksa tersebut.Gerenti tak sedap! Hidangan dinner selalunya siap sebelum jam 7 petang. Seingat saya, selera kami sekeluarga cukup mudah. Menu seperti ikan temenung (kembong) goreng, sambal belacan, asam pedas atau masak lemak pucuk paku adalah choice pilihan utama. Namun begitu, favourite saya yang sebenarnya adalah nasi panas yang dihidangkan bersama telur goreng mata kerbau disimbah "toyu" (kicap manis). Perrrkhhh.. Laju saya makan. Silap-silap tiga pinggan!

Pada malam harinya pula, saya dan adik rajin berbasikal menuju masjid. Dek kerana takut dituduh kafir oleh rakan-rakan sebaya, sembahyang lima waktu memang susah untuk ditinggalkan. Sama juga suasananya bila tiba bulan puasa.Tiap-tiap malam kami berada di masjid walaupun sembahyangnya langsung tidak pernah cukup rakaat. Motivasinya hanya satu - jamuan moreh yang cukup hebat bersertakan minuman air serbat. Satu lagi tabiat pelik yang kami selalu buat sewaktu pulang dari masjid ialah melolong menyanyi sekuat hati. Walaupun ianya bukanlah bertujuan untuk menghiburkan hati tetapi bagi menghilangkan rasa seram dan takut disergah langsuir yang dikatakan selalu duduk berjuntai atas pohon kekabu mati. Lebih dasyat lagi kalau terbau harum bunga cempaka sebelum sampai simpang mati, alamatnya dicampak basikal, cabut selipar dan kami lari balik setengah mati. Sampai sekarang saya masih geli hati memikirkan peristiwa tersebut.


Jendela kenangan.
Tok wan selalu berpesan agar jendela ditutup segera sebelum senja takut takut ada lembaga datang menjenguk pula.

Seni ukiran melayu jelas kelihatan pada rumha dahulu kala.

Pendek kata, zaman kanak-kanak dulu kala cukuplah sempurna dan penuh nostalgia. 
Walaupun zaman tersebut tiada internet, twitter ataupun facebook untuk berkongsi bercerita ataupun berburuk sangka tetapi saya rasa ianya adalah detik yang cukup sempurna dalam hidup saya. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah taa'ala kerana diberi peluang dalam menjalani kehidupan yang cukup sempurna hinggalah ke detik hari ini.



All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.


Tuesday 26 May 2015

Makam Mahsuri : Semakin Meriah Pada Hari Minggu.

Acara Menumbuk Padi Di Makam Mahsuri, Pulau Langkawi Kedah.

Kalau kita baca di halaman Tripadvisor tentang pendapat pelancong tentang Makam Mahsuri, ramai "mat salleh" dan pelancong-pelancong lain "membelasah" teruk tentang tempat ini. Selain disenaraikan pada kedudukan nombor 60 daripada 75 things to do in Langkawi, ramai antara mereka berpendapat tiada apa langsung yang menarik tentang Makam Mahsuri dan ianya agak boring jika hendak dibandingkan dengan tempat-tempat lain seperti Pantai Chenang ataupun kereta kabel di Oriental Village. Adakalanya saya agak bersetuju dengan pendapat mereka tetapi alhamdulillah kerana lawatan saya pada hari Ahad yang lalu ke sini telah banyak mengubah persepsi saya tentang Makam Mahsuri.


Rumah Kedah.
Perhatikan tiang-tiang rumahnya yang agak tinggi bagi mengelak barangan rumah rosak ketika banjir.

Pemandangan penuh acara menumbuk padi berlatarbelakangkan Rumah Kedah di Makam Mahsuri , Pulau langkawi.


Perarakan pengantin juga diadakan pada petang tersebut.

Walaupun keadaan di sini hanya happening dan meriah pada hari Sabtu dan Ahad oleh kerana pertunjukkan kebudayaan di sekitar Kampung Kedah, saya percaya pihak pengurusan boleh menambah baiki acara untuk overall.  Apa-apa pun,  sekali lagi tahniah saya ucapkan untuk pihak pengurusan kerana ini adalah satu permulaan yang baik dan terima kasih juga kerana mengadakan acara menumbuk padi kerana kali terakhir saya tengok adalah lebih 30 tahun yang lalu.





 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.

Monday 25 May 2015

Teater Lagenda Mahsuri : Selamat Datang Ke Panggung Mek Mulong, Kota Mahsuri Langkawi !


Wow!
Saya akui pementasan kebudayaan teater Mahsuri di panggung Mek Mulong,Kota Mahsuri (Makam Mahsuri)Langkawi kelmarin cukup hebat malah ada penonton yang menangis kerana terlalu sedih dalam menghayati jalan cerita drama pentas tersebut! Tahniah saya ucapkan dan saya memang respect habis! Pendek kata saya cukup berpuas hati dengan bayaran tiket tambahan RM8 yang dikenakan untuk masuk ke panggung tersebut kerana jalan cerita, prop, sound effect dan kualiti persembahan yang ditunjukkan oleh peserta kumpulan kebudayaan ini cukup bagus dan nampak begitu professional.

Namun begitu, ada sedikit kritikan membina yang ingin saya sampaikan kepada pihak pengurusan. Besar sangat harapan saya sekiranya pihak berkenaan dapat memeriksa segala informasi yang dipaparkan tentang Kota Mahsuri ataupun Makam Mahsuri di halaman internet. Bukannya apa, berpuluh-puluh kali saya cuba membuat panggilan kepada nombor telefon yang tertera namun ianya tiada dalam perkhidmatan!

Saya juga ingin mencadangkan agar kerani jualan tiket di pintu utama lebih pro-aktif dalam mempromosikan "tiket" pementasan panggung Mek Mulong. Ini kerana ramai pengunjung yang datang kelmarin tidak tahu tentang pementasan drama Mahsuri tersebut dek kerana kurangnya perhatian mereka terhadap papan-papan promosi yang disediakan. Buktinya, hanya terdapat lebih kurang 15 orang penonton saja yang datang ke panggung kelmarin walaupun suasana di luar panggung agak busy dengan pengunjung.
Just my 2 cents!


























 All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com. 
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.