Surprisingly , instead of rasa happy, saya rasa cukup sedih bila melihat rumah Kedah di Kota Mahsuri. Bukannya sebab rumah tersebut kelihatan buruk atau usang tetapi ianya tidak ubah seperti rumah saya sendiri sewaktu suku abad lalu yang terletak di Alor Setar Kedah.Walaupun lokasi rumah saya bukanlah berada di kawasan yang terpinggir namun beginilah keadaan rumah kami satu ketika dulu.
Saya masih ingat zaman tersebut. Zaman di mana saya banyak menghabiskan masa siang hari memasang bubu di terusan mencari sepat ronggeng, puyu atau haruan. Habis segala hutan keladi dan belukar saya redah. Walaupun ekonomi sekeluarga pada waktu tersebut tidaklah bertaraf daif atau susah tetapi saya memang suka mencari duit untuk keluarga. Kalau ada rezeki dan bubu dipenuhi ikan, dapatlah saya jual sedikit tangkapan pada harga RM3.00 untuk sekati dan lebihannya emak akan simpan untuk kegunaan sendiri ataupun diperam buat pekasam.
Pohon Kekabu. Semasa zaman kanak-kanak, saya selalu percaya hantu langsuir suka bertengkek atas pokok ini. |
Cissss..Dasar Melayu ! Asalkan terbau harum cempaka tengah malam buta dituduhnya bau hantu ! |
Petang harinya kalau cuaca baik dan tidak hujan, saya keluar pula mencari ubi keladi, pucuk paku ataupun daun pucuk janggus.Tapi kalau emak janji hendak buat laksa, berdesup pula kami lari keluar mencari pokok putat.Emak kata hidangan laksa kampung tanpa tiada hirisan daun putat alamat hancurlah rasa laksa tersebut.Gerenti tak sedap! Hidangan dinner selalunya siap sebelum jam 7 petang. Seingat saya, selera kami sekeluarga cukup mudah. Menu seperti ikan temenung (kembong) goreng, sambal belacan, asam pedas atau masak lemak pucuk paku adalah choice pilihan utama. Namun begitu, favourite saya yang sebenarnya adalah nasi panas yang dihidangkan bersama telur goreng mata kerbau disimbah "toyu" (kicap manis). Perrrkhhh.. Laju saya makan. Silap-silap tiga pinggan!
Pada malam harinya pula, saya dan adik rajin berbasikal menuju masjid. Dek kerana takut dituduh kafir oleh rakan-rakan sebaya, sembahyang lima waktu memang susah untuk ditinggalkan. Sama juga suasananya bila tiba bulan puasa.Tiap-tiap malam kami berada di masjid walaupun sembahyangnya langsung tidak pernah cukup rakaat. Motivasinya hanya satu - jamuan moreh yang cukup hebat bersertakan minuman air serbat. Satu lagi tabiat pelik yang kami selalu buat sewaktu pulang dari masjid ialah melolong menyanyi sekuat hati. Walaupun ianya bukanlah bertujuan untuk menghiburkan hati tetapi bagi menghilangkan rasa seram dan takut disergah langsuir yang dikatakan selalu duduk berjuntai atas pohon kekabu mati. Lebih dasyat lagi kalau terbau harum bunga cempaka sebelum sampai simpang mati, alamatnya dicampak basikal, cabut selipar dan kami lari balik setengah mati. Sampai sekarang saya masih geli hati memikirkan peristiwa tersebut.
Jendela kenangan. Tok wan selalu berpesan agar jendela ditutup segera sebelum senja takut takut ada lembaga datang menjenguk pula. |
Seni ukiran melayu jelas kelihatan pada rumha dahulu kala. |
Pendek kata, zaman kanak-kanak dulu kala cukuplah sempurna dan penuh nostalgia.
Walaupun zaman tersebut tiada internet, twitter ataupun facebook untuk berkongsi bercerita ataupun berburuk sangka tetapi saya rasa ianya adalah detik yang cukup sempurna dalam hidup saya. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah taa'ala kerana diberi peluang dalam menjalani kehidupan yang cukup sempurna hinggalah ke detik hari ini.
Walaupun zaman tersebut tiada internet, twitter ataupun facebook untuk berkongsi bercerita ataupun berburuk sangka tetapi saya rasa ianya adalah detik yang cukup sempurna dalam hidup saya. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah taa'ala kerana diberi peluang dalam menjalani kehidupan yang cukup sempurna hinggalah ke detik hari ini.
All images copyright © 2015 Langkawi Ink.Com.
All rights reserved. All photos and content on this site are exclusive property of Langkawi Ink.Com and are copyright with all rights reserved. Please email me and ask for permission before reposting any content found on this site. Thank you.