Saturday 22 June 2013

Seta Bridge: The Tales Of Samurai,Dragon Princess & Giant Centipede.

I’m here at Seta Bridge,Shiga Prefecture searching for the truth behind the tales of "Rice-bag Toda” - the story dating back about 800 years ago.When Emperor Tsuchimikado fell into a critical condition, it turned out that the illness was caused by a huge centipede living in Mt. Mikami. Then Fujiwara no Hidesato shot three arrows at the same time from the bridge and they hit the huge centipede. Its head fell into the precinct of Sumiyoshi Shrine, the body into Katsube Shrine and the tail onto the ground near Karahashi Bridge in Seta village.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Thursday 13 June 2013

Kerapu Yang Tidak Merapu Di Langkawi !

Terus terang saya katakan, persisiran pantai Teluk Burau di Pulau Langkawi adalah syurga untuk pemburu ikan kerapu. Apa tidaknya, pada siang harinya, joran saya diragut hampir 15 ekor ikan kerapu bersaiz A dan malamnya pula rentapan demi rentapan dilakukan tanpa henti. Akibatnya, beberapa kali mata kail joran saya rabut ditelan ikan yang tidak diketahui jenisnya !

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday 2 June 2013

Keriangan Berterusan Di Pulau Langkawi Bersama Tropical Charters.

Hampir separuh hari saya luangkan masa bersama Naomi dan rakan-rakan kerja kelmarin menikmati pelayaran bersama Tropical Charters.Walaupun dikhabarkan pada awalnya yang suasana lautan akan bergelombang, namun pelayaran tersebut diteruskan juga tanpa timbul sebarang masalah.

Pelayaran kami kelmarin bermula seawal pukul 4 petang dengan menaiki kapal layar "Warisan Duyung" milik Tropical Charters di Resort World,Langkawi. Kapal "Warisan Duyung"yang panjangnya hampir 40 meter ini adalah hasil buatan tenaga tempatan dan ianya cukup besar serta dilengkapi dengan kabin berhawa dingin,tandas, ruang dek yang mampu menampung hampir 25 orang, ruang BBQ dan kelengkapan elektronik untuk memancing seperti sonar Garmin untuk mengesan ikan !

Saya sertakan disini beberapa keping gambar pelayaran kelmarin dan insya allah, gambar selebihnya akan saya postkan nanti. Kepada anda yang inginkan pelayaran sebegini, anda boleh menghubungi terus Tropical Charters untuk tempahan di talian 04 955 3407.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday 1 June 2013

Bagai Sireh Pulang Ke Gagang : Langkawi Ke Kyoto 2013.

Hampir 2 minggu saya tidak sempat untuk menjengah ke laman blog saya.
Selain kerana terlibat dengan Aeromeet Tourism Malaysia , saya juga begitu sibuk menyusun jadual perjalanan saya untuk pulang ke Kyoto pada 18hb - 30hb November 2013 nanti.

Walaupun hasrat dihati ingin melawat ke Odaiba City,Tokyo sekali lagi untuk mencari Gundam dan juga melawat sebentar Tokyo Sky Tree, namun fikiran saya banyak jauh melayang ke Nikko ! Wallahualam. Saya masih mempunyai 5 bulan lagi untuk berfikir dan menyusun semula itinerary!  

All images copyright/video belong to Darwinfish105 ©.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Sunday 19 May 2013

Lightroom : Naomi In Black & White.

Saya akui yang keupayaan saya menguasai Lightroom cukup terhad.Walaupun sudah hampir 3 tahun berdampingan dengan sistem tersebut, saya sedari yang terdapat banyak lagi perkara perlu saya pelajari.Tetapi ianya tidak menghalang minat saya untuk terus mencuba dan memperbaiki kebolehan saya dengan perisian tersebut.

Terbaru, saya cuba memproses sekeping gambar Naomi yang saya ambil sewaktu saya berada di Sekigahara pada lewat tahun lepas. Walaupun ianya bukanlah edit bertaraf professional namun saya tetap gembira dengan hasilnya.

Nikon D3000 50mm f/2.8 1/160 sec.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday 14 May 2013

Samyang 85mm f/1.4 AS IF

Okay.

Akhirnya tercapai sudah hasrat untuk memiliki lensa potret 85mm !
Walaupun ianya bukan berjenama Nikon, tetapi hasil gambar yang dihasilkan cukup menarik malah hampir menandingi lensa Nikon 85mm f/1.4 yang berharga RM3,000 (JPY34,000) tersebut. Percaya atau tidak, lensa Samyang ini sebenarnya dijual oleh seorang Imam di Kepulauan Okinawa, Jepun yang kini sedang berkhidmat bersama US Army kepada saya hanya pada harga RM900 menerusi halaman eBay (Ianya adalah lensa baru bukan second hand). Hasil tinjauan saya pada pasaran tempatan juga menunjukkan yang lensa tersebut dijual pada harga sekitar RM1200-RM1,300. Jadi saya berjaya save lah RM400 !

Saya sertakan bersama beberapa keping gambar Rider chan yang diambil menggunakan lensa tersebut.

Samyang 85mm f/1.4 - murah dan terbaik. Negative point, ianya lensa manual dan kemahiran anda untuk bermain dengan fokus diperlukan di sini.

Nikon D300 85mm f/1.4 1/250 sec ISO 200

Nikon D300 85mm f/1.4 1/200 sec ISO 200

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday 13 May 2013

Renovation: Before & After !

Masa berubah sebegitu pantas.Renovation rumah yang saya mula lakukan pada pertengahan bulan Disember 2012 telah selesai. Alhamdulillah, akhirnya saya mempunyai ruang taman sendiri untuk beristirehat seisi keluarga !

Before.
Disember 2012

Keadaan ruang rumah yang botak selepas kerja-kerja pembinaan pagar siap.

After
May 2013.

Keadaan semasa selepas pembinaan kolam Japanese Koi siap serta penanaman tanaman hiasan.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday 4 May 2013

PRU 13 : Scorpene & Enjin Northrop F-5E Tersadai Di Pulau Langkawi ?

Hanya tajuk sahaja yang gempar tetapi hakikatnya tidak !

Ini bukanlah kapal selam Scorpene milik TLDM yang menjadi isu politik dan dikatakan tidak mampu lagi untuk menyelam. Ini adalah hiasan kempen Parti Keadilan Rakyat sempena General Election yang akan berlangsung esok. Pendapat ikhlas saya, segala macam objek yang dipamerkan di sekitar Pulau Langkawi sempena kempen pilihan raya kali ini agak kreatif dan ternyata penduduk Langkawi ini mempunyai idea yang cukup sinis dan tajam !

Kapal Selam Scorpene yang "tersadai" di Kampung Belibis, Langkawi.

Lagi isu kapal selam Scorpene. Kali ini ianya ditemui di Kampung Kilim, Langkawi.
Siapa pula yang tengah mendayung atas kapal tu - wallahualam !  

Enjin pesawat Northrop F-5E yang dilaporkan hilang tempoh hari pun ada juga dijumpai di Langkawi ! :D  

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday 27 April 2013

20 Tahun Mencari Belangkas.

Setelah hampir 20 tahun saya kemaruk mencari belangkas, akhirnya hajat tersebut berjaya juga ditunaikan semalam. Punyalah excited, hanya tuhan saja yang tahu!

( Imej dari Iphone 5)

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Wednesday 17 April 2013

Wordless Wednesday:The Sleeping Sun # Another Tribute to IJN YAMATO !

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Monday 15 April 2013

Langkawi International Maritime Aerospace 2013: Saab JAS 39 Gripen of Royal Thai Air Force !

Jangan ingat orang siam hanya tahu masak tom yam ataupun buat somtam sahaja. Selain mahir didalam bidang masakan, orang siam juga  handal dalam ilmu mempertahankan diri seperti sukan tomoi ataupun "kick boxing". Bercakap bab mempertahankan diri, mereka juga mempunyai juruterbang pesawat tempur yang baik serta berkemahiran tinggi- contohnya juruterbang pesawat Saab JAS 39 Gripen milik Tentera Udara Thailand yang saya temui sewaktu pertunjukkan udara LIMA 2013 tempoh hari. 

Sepanjang pemerhatian saya sewaktu saya berada di tarmac, saya akui juruterbang tersebut mempunyai kemahiran yang setanding dengan juruterbang pesawat Sukhoi 30MKM milik TUDM dan juga RAF Typhoon!!

(All photo was taken on March 27, 2013 in Langkawi, Malaysia, using a Nikon D300 with 70-200mm f/2.8  &  17-55mm f/2.8  lense).

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Saturday 13 April 2013

Photo Shooting & T-Bolan ?

Okay. 
Projek photo shooting untuk majalah telah selesai. Semuanya berjalan dengan cukup lancar tanpa sebarang masalah.Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana percaya akan kebolehan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Namun, saya minta maaf kerana tidak dapat menyertakan di sini gambar-gambar yang telah diambil kerana isu hak cipta ataupun copyright control majalah berkenaan. Insya Allah, saya akan postkan imej tersebut setelah majalah itu diedarkan nanti. 

Sewaktu pulang dari photo shooting tempoh hari , saya ada terdengar laungan lagu-lagu old skool  yang dipasang oleh Naomi di dalam kereta. Antara kesemua lagu yang dipasang, lagu dari T-BOLAN すれ違いの純情  ini cukup mencuit hati dan mengingatkan saya ke zaman remaja. Zaman dimana lagu-lagu daripada kumpulan rock seperti May,Wings ataupun Search beraja dihati !  Perrrhhhhkkhhhh !!

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved. 
Video from YOUTUBE.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday 9 April 2013

Japanese Koi Pond - Do It Yourself (DIY).

Saya akui yang lawatan saya ke Istana Matsumoto di Wilayah Nagano, Jepun pada  beberapa tahun yang lepas banyak membuka minda dan minat saya untuk membela ikan koi hiasan. Kepada anda yang pernah ke sana, anda pasti terpegun apabila melihat ikan-ikan koi yang sebegitu besar dan sihat berenang-renang bermain dipersekitaran istana tersebut. Sekembalinya saya ke bandar Kyoto, saya dapati ruangan rumah disana adalah cukup kecil dan terhad - tiada ruang untuk saya membina kolam kerana kesempitan ruang. Ini kerana halaman rumah disana adalah terlalu padat dimana kawasan di hadapan rumah dipenuhi dengan rumah-rumah manakala belakangnya pula adalah kawasan jurang serta mempunyai anak sungai yang mengalir lesu (dulu tebing sungai ini adalah kawasan permainan Tanuki liar ataupun Japanese racoon dog).    

Hasrat saya untuk membina kolam sendiri akhirnya tercapai selepas saya membeli rumah  di Pulau Langkawi. Kolam ikan koi DIY (Do It Yourself) ini akhirnya berjaya dibina atas bantuan adik saya - peminat setia ikan koi. Percaya atau tidak, kos untuk membuat kolam ini adalah jauh lebih murah sekiranya anda tahu membinanya sendiri. Kalau ingin mengupah orang untuk membinanya, saya percaya kos pembuatannya boleh mencecah ribuan ringgit. Selain daripada perkara kebocoran kolam dan pam, banyak perkara yang harus diambil kira sebelum kita membina kolam koi. Perkara tentang pepohon naungan ataupun pokok-pokok yang perlu ditanam bagi menurunkan suhu kolam agar tidak terlalu panas harus difikirkan. Faktor-faktor lain seperti penjagaan kebersihan kolam dan kesihatan ikan juga perlu diambil kira.  Sebagai contoh, menanam pokok-pokok  gantungan bukanlah idea yang baik kerana lambat laun, dedaun ataupun debunga dari pokok-pokok tersebut akan jatuh kedalam kolam serta mengotorkan air kolam...

Bersambung..............

Semua imej hanya dari Iphone.

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Wednesday 3 April 2013

RAF Typhoon Mengganas Di Pulau Langkawi !

Typhoon!! 
Desas-desus akan kehadirannya sudah diramalkan semenjak beberapa bulan yang lalu namun ramai yang tidak mahu mempercayainya. Rata-rata berpendapat yang Typhoon tak mungkin akan datang ke Pulau Langkawi. 

Akhirnya segala persoalan tersebut terjawap apabila pada awal pagi 26hb March baru-baru ini, bumi Langkawi bergegar dengan deruman dan dentuman enjin Typhoon!!  Ramai yang melopong serta terpegun sambil memandang ke langit. Ramai juga yang sangsi adakah benar ianya Typhoon!  Apa yang saya maksudkan adalah kehadiran 2 pesawat tempur serba moden Eurofighter Typhoon yang datang ke Pulau Langkawi baru-baru ini. Kehadiran pesawat tempur tersebut cukup istimewa kerana ianya bukan dinanti-nantikan untuk pertunjukkan udara malah ianya dapat membantu kita untuk membuka mata sambil mempelajari dan mengetahui teknologi peperangan udara pada masa hadapan. Terdengar juga kata-kata semangat si pelawat kecil yang berkunjung datang ke Dewan Mahsuri tempoh hari - 

"Ayah, bila besar nanti adik nak jadi juruterbang Typhoon!"

( Semua gambar diambil dengan menggunakan kamera Nikon D300 bersama lensa 70-200mm f/2.8 dan Sigma 300mm).

All images copyright © 2013 Langkawi Ink.Com. All rights reserved.

Interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this blog with the condition  that they are credited to http://hasnulyakin.blogspot.com/ to avoid
misunderstanding. Thank you.

Tuesday 2 April 2013

Langkawi International Maritime Aerospace 2013: Kehebatan Krisakti, Indonesia's Jupiter dan juga Smokey Bandit!

Kadang kadang kita terlebih puji akan kehebatan aksi-aksi memukau pasukan aerobatik negara barat. Maklumlah, aksi-aksi "berani mati" juruterbang mereka cukup handal jika hendak dibandingkan dengan juruterbang tempatan. Malah, saya sendiri pada ketika dulu adalah penyokong setia pasukan aerobatik Team Brietling dan juga pasukan-pasukan hebat lain seperti British RAF Red Arrow, Blue Angels dan Thunderbirds. 

Tetapi semenjak kebelakangan ini, perhatian saya sudah teralih kepada 3 pasukan dari negara Asean.Ternyata, kehebatan juruterbang-juruterbang  dari Asia ini juga tidak kurang hebatnya. Pendek kata, apa sahaja yang juruterbang barat boleh lakukan, mereka juga mampu melakukannya! Pasukan yang saya maksudkan tersebut adalah Team 1 Malaysia Krisakti, Jupiter Aerobatic Indonesia dan juga RMAF Smokey Bandit (saya akan menulis secara terperinci tentang Smokey Bandit pada post akan datang).Ketiga- tiga pasukan tersebut telah membuktikan kehandalan mereka di Pulau Langkawi minggu lepas sewaktu pertunjukan udara LIMA 2013.

MiG 29 Smokey Bandit.

Pasukan Aerobatik KriSakti

Lagi foto pasukan KriSakti.

Foto Team Jupiter Indonesia.